Jom sarapan pagi dengan Nasi goreng cina yang ringkas ni.Tak perlu letak macam-macam bahan pun dah sedap dimakan.
NASI GORENG CINA
Sumber:Wikibooks
Bahan-bahan
nasi putihBawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Lada sulah
Serbuk ayam
Ayam (tambahan sahaja)
Sayur campur
Minyak bijan
Minyak masak
Telur
Cara membuatnya
- Masukkan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan panaskannya, lalu masukkan bawang putih dan bawang besar.
- Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
- Selepas itu masukkan nasi dan sayur campur dan kacau supaya telur yang dihancurkan sebati dengan nasi dan juga sayur campur. Anda juga boleh menambah daging ayam yang dipotong kecil.
- Selepas itu masukkan lada sulah, lada hitam, dan serbuk ayam, lalu gaulkan sampai naik bau.
- Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan dan siap dihidang.
Kalau dah namanya nasi goreng cina memang sedap tu... kalau saya buat, anak-anak suka sangat hidu minyak bijannya!
BalasPadamsebenarnya minyak bijanlah yang menyedapkan nasi goreng yang sinmple ini.
Padam