Hari ini saya tidak bertugas selepas enam hari berterusan kerja.Pagi-pagi lagi spent my sweet time in the kitchen.Saya menyiapkan sebiji kek untuk Azim bawa ke kelas mengaji Quran esok,beberapa biji muffin untuk makan pada sebelah petang nanti(rasanya tak sampai petang)dan masak lauk Ikan patin untuk makan tengahari.Penat tapi suka....ni dok depan PC pula cuci-cuci mata..sambil tulis blog.Let's try masak Ikan patin masak tempoyak.
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Sumber:Azie Kitchenthanks
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air atau secukupnya
1 biji cili merah
cili padi-ikut kepedasan yang di sukai
1 inci kunyit hidup
secekak daun kesum
sedikit garam
Cara membuatnya
- Tumbuk cili merah,cili padi dan kunyit hidup,jangan sampai terlalu hancur.
- Kemudian masukkan tempoyak dan di tumbuk supaya bergaul rata.
- Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.Masak dengan api perlahan hingga ia mendidih.
- Setelah mendidih masukkan daun kesum dan garam secukup rasa.
- Masak dalam 2-3 minit lagi dan bolehlah di angkat.
Nota
- Kalau tempoyak kurang masam,bolehlah di tambah asam keping.
- Basuh ikan dengan gandum untuk hilangkan hanyir ikan sungai.
- Kalau mahukan kuah pekat,boleh masak kuah sehingga masak dan pekat,kemudian barulah di masukkan ikan.
Sedapnya.... ikan patin kegemaran bujang kedua kami! Kalau dia nampak ni nanti disuruhnya saya masak!
BalasPadammemang sedap ni Amie..lembut je isinya tak puas makan.
BalasPadam