Sudah empat hari tak bersiaran kerana cuaca gelap dan mendung serta hujan turun tak berhenti-henti menyebabkan line internet menjadi lambat,siap not responding lagi.Malas nak menunggu jadi saya pun jadi malas nak menulis.Hari ini pun keadaan masih sama,semasa catatan ini di buat langit gelap sahaja walaupun dah hampir jam 0900...penghujung Disember...
KEK CAWAN COKLAT
Sumber:RESEPI NENNIE KHUZAIFAH thanks
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam halus
Bahan B
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu segar
1 cawan air panas
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuatnya
- Campurkan dan ayak kesemua bahan A.
- Pukul telur dan gula sampai kembang.
- Kemudian masukkan susu segar dan minyak sayur.Kacau dengan whisk sampai sebati
- Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata dengan cara kaup-balik.
- Akhir sekali,masukkan air panas dan kacau semua bahan sehingga sebati.
- Masukn adunan kedalam acuan kek cawan dan bakar pada suhu 180'c selama 20-30 minit atau sehingga kek masak.
230 gm coklat masakan
180 ml krim putar
1 sudu kecil mentega
Cara membuatnya
- Potong coklat masakan menjadi ketulan kecil .
- Panaskan krim putar dengan mentega hingga mendidih dan curahkan ke atas coklat.
- Kacau sebati semua bahan-bahan dan boleh di letak di atas kek cawan.
- Hiaskan mengikut citarasa sendiri.
Cairkan coklat secara double boiler dan masukan krim putar serta mentega dan kacau sebati.
Erm..sedapnya..pasti disukai ramai..
BalasPadammeme sedap,cuba la..
Padam