Pertama kali saya cuba buat roti pizza sendiri.Selalunya saya beli yang ready made sahaja kerana ia mudah dan cepat,letak topping yang di sukai then bakar..dah siap.Tapi kali ini bercadang nak buat pizza besar dengan topping banyak-banyak kat atas baru puas makan.Tak nak buat bentuk bulat,saya gi buat bentuk bentuk rectangle.Azim siap komen,kenapa tak rasa macam pizza hut!.laaa..nya gi banding dengan pizza hut pula..tak rasa macam pizza hut ye..sekali dia makan sampai dua keping besar!berulang-ulang pulak tu...
PIZZA BASE
Sumber:DapurKu SaYang/Dayang jack.thanks
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera Mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener /pelembut doh
1 suud besar olive oil/marjerin/mentega cair
Cara membuatnya
- Rendam yis bersama air suam selama 10 minit(yis yang baik akan mengeluarkan buih).
- Dalam mangkuk,campurkan kesemua bahan dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari.Kemudian buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan.
- Uli hingga jadi doh yang elastik
tidak merendam yis dalam air suam.Campurkan kesemua bahan biar bergaul rata,baru di tambahkan air suam dan uli hingga elastik.
- Simpan doh di dalam bekas dan agak besar dan tutup kemas dengan kain lembab(saya guna plastik cling wrap)
- Rehatkan doh selama 45-50 minit.
- Panaskan oven pada suhu 180'c.
- Sediakan acuan/loyang /pan pizza.
- Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
- Keluarkan doh yang telah kembang dan naik sekali ganda dari bekasnya.
- Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan anginnya.
- Kemudian letakkan doh pizza di atas loyang dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja.Tidak perlu di canai(tapi kalau nak,boleh juga).
- Ratakan doh sehingga padat ikut bentuk yang di sukai.
- Cucuk permukaan doh dengan garfu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh degan berus pastri(supaya ia kelihatan cantik dan berkilat bila masak).
- Biarkan ia rehat lagi selama lebih kurang 10 minit
- Bakar doh pizza selam 7-10 minit.Kemudian keluarkan dari oven.
- Akhir sekali ratakan dengan sos tomato,mayonis dan bahan-bahan toping kesukaan.
- Tuangkan sos keju(tak letak )dan keju parut.
- Bakar lagi selama 20 minit atau hingga keperangan.
daging ayam kisar
sosej
bawang besar
daun ketumbar
kepingan nenas
serbuk kari ayam
keju mozzarela parut
- Tumiskan bawang besar bersama serbuk kari ayam.
- Masukkan daging ayam kisar dan kacau rata.Biarkan ayam masak.
- Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
- Ratakan inti ayam.Letakkan kepingan nenas yang telah di hiris.
- Letakkan kepingan sosej dan akhir sekali taburkan keju mozzarela parut.
Rasa nak ambil pisau. pastu bwk pizza masuk ke mulut.. lama dah tak makan ni :)
BalasPadamtry la buat Adda,memang berbaloi-baloi
Padam