Selamat tahun baru buat semua rakan-rakan blogger dan silent reader tidak kira walau di mana pun anda berada tika ini.Selama seminggu tidak bersiaran dek banjir yang amat teruk melanda Kelantan.Di sana -sini banyak kemusnahan yang saya lihat,amat teruk sekali.Walau tidak tinggal di kawasan banjir tetapi kesannya terasa juga,dengan tiada line internet ,tiada bekalan elektrik dan bekalan air yang kena potong hampir seminggu duduk bertemankan cahaya lilin-harga sekotak lilin sampai Rm 15 !.Segalanya menjadikan kita lebih insaf dengan apa yang berlaku,ujian dari Allah untuk menyedarkan ramai manusia yang lalai.
Barang -barang dapur melambung tinggi,seekor ayam dengan harga Rm 20-30,telur sebekas(30 biji)gred C dengan harga Rm 20,betul-betul membuatkan saya terkedu.Tutup dapur maya saya buat sementara waktu,nanti bila ada peluang saya akan letak resepi lagi dalam dua tiga hari ini setelah dapur maya ini beroperasi semula.Tahun baru tidak di sambut disini....,menoleh ke belakang setahun yang lepas dan baru semalam banyak kenangan pahit manis yang telah di tinggalkan....
Gambar-gambar semasa banjir terburuk seumur hidup saya beberapa hari lepas di sekitar tempat saya tinggal..
pasti ada hikmah disebalik semua kejadian pada tahun 2014..moga tahun ni membawa sinar baru pada kita semua..
BalasPadamselamat tahun baru 2015 kak su..
juga selamat tahun baru buat Wana...
PadamSelamat tahun baru 2015
BalasPadamJangan di kenang apa yang lepas..
Kita mulakan farsa baru dengan harapan dan semangat baru
Semoga terus suksess ^_^
Thanks,saya juga mengucapakan selamat tahun baru 2015 buat Ita,semoga sentiasa bahagia.
PadamKalau tak keberatan, followlaa blog sy...:)
BalasPadam