Sabtu, 3 Januari 2015

TART KELAPA NESTUM

 As-Salam buat semua..
Saya bercuti hari ini dari tugasan berterusan selama hampir dua minggu.Peluang ini digunakan untuk masuk dapur sebelah pagi dan pada sebelah petang,gi ronda-ronda keliling bandar Kota Bharu.Banyak kedai-kedai yang masih belum di buka dan pekerja-pekerja sedang membasuh lumpur dan mengemas barang-barang yang rosak.Keadaan dalam bandar seperti kawasan pendalaman sahaja dengan sampah sarap yang bertimbun dan lumpur di mana sahaja serta udara yang berdebu.Sana-sini juga banyak lelongan barang serta pakaian.
Ok,berbalik pada cerita Tart kelapa di atas..best sangat,nanti nak buat lagi lepas ni.Tart shellnya rangup sahaja kerana di letak nestum manakala inti kelapanya sedap.Let,s try baking..

TART KELAPA NESTUM
Sumber:cerita tentang SEGALA thanks cheq sue.

 Bahan A ( 50 biji(ikut saiz) )
2 cawan kelapa muda parut
1/2 cawan susu pekat manis     saya letak dua sudu besar
1/4 cawan gula
1 camca besar majerin
1camca besar mentega
1 biji telur     saya tambah

Bahan B
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung beras
1 cawan nestum
160 gm mentega
1/4 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Hiasan(saya tambah)
ceri hijau

Cara membuatnya
  • Gaul semua bahan A (untuk inti)hingga sebati dan ketepikan. 
  • Ayak kedua jenis tepung dan campur dengan nestum. 
  • Krim mentega dan gula hingga sebati.Masukkan esen vanila dan telur,pukul hingga sebati. 
  • Masukkan campuran tepung dan gaul jadi doh. 
  • Canai setebal 5 mm dan terap dengan acuan bulat bergerigi.Letak dalam acuan tart dan rapikan. 
  • Letak anggaran 1 sudu inti kelapa tadi (tak perlu padatkan).Taburkan ceri hijau.
  • Bakar dengan suhu 180'C selama 10 minit atau hingga masak.

6 ulasan:

  1. selamat malam su, kaknoor belum pernah buat tart kelapa nestum ni boleh try cam sedapppppppppp je

    BalasPadam
  2. menarik dan unik..wana x pernah lagi jumpa tat kelapa nestum ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak su baru pertama kali cuba,tidak mengecewakan Wana,cuba la.

      Padam
  3. Waahh..!!! Kreatif sungguh ye. Macam-macam jenis tart sekarang ni. Dulu ada tart nenas je. Ini nestum dan kelapa. Menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarik juga ya Aishah,kalau tak cuba tak tahu kan.

      Padam