Perkenalkan..dessert yang saya buat untuk berbuka puasa.Simple sahaja tapi best juga makan sejuk-sejuk.Buat untuk berdua sahaja kerana anak-anak tak makan yogurt.Kalau campur dalam kek mungkin mereka makan kerana tak nampak yogurt tu.
BANANA-OREO PARFAIT
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
1 bekas yogurt perisa mangga
beberapa keping biskut oreo
Honey flakes secukupnya
beberapa potongan pisang
Cara membuatnya
- Ambil dua gelas dessert.Patahkan biskut oreo dan penuhkan dasar gelas.
- Masukkan dua sudu besar yogurt atas biskut dan letakkan hirisan pisang di atasnya.
- Hancurkan Honey flakes taburkan di atas pisang.Ulang langkah dan buat 2 lapis.
- Atas sekali letak pecahan biskut dan hirisan pisang.
- Sejukkan.Taburkan baki Honey flakes bila sedia untuk di makan.
Sedapnya mkn sejuk2....tambah dimakn time berbuka..blh jd kenyg gak sbb ada buah pisang :D
BalasPadambetul la Atie,best jer makan time sejuk -sejuk
PadamSaya hantu yogurt.... he he heee... anak-anak pun 2x5.
BalasPadamhanya saya yang makan yogurt ,anak-anak tak suka.best la Amie semua anak makan tak memilih.
Padamnampak sngt mengancam lah Su...
BalasPadamgambar boleh membuka selera,Kak Noor.
Padam