Hari ketujuh Ramadhan ...sekarang ni tak kira letih ke tidak main masak sahaja kecuali hari saya bertugas sebelah petang.Ada sorang tu pula asyik nak makan yang saya masak sahaja.Pejam mata..buat saja!gi bazar Ramadhan tidak begitu membuka selera pula.Nak puas hati masak sendiri.Berbuka puasa dengan Kerabu Ikan Pari petang semalam pun membuka selera juga.Bahan-bahan boleh di letakkan sesedap rasa,tidak perlu sukatan pun tak apa.Let's try buat..
KERABU IKAN PARI
Olahan:daridapur Suzana
Bahan-bahan
3 keping ikan pari
2 ulas bawang merah-hiris nipis
3 tangkai kacang panjang-potong halus
1 tangkai lada merah-potong halus
1/2 biji timun-buang biji dan potong nipis memanjang
1 tangkai bunga kantan
3 sudu besar kerisik
2 tangkai daun ketumbar-potong halus
sos ikan secukup rasa
jus limau nipis
gula
Cara membuatnya
- Bersihkan Ikan pari,basuh dengan tepung gandum dan bakar hingga masak.
- Carik-carikkan isinya menjadi ketulan lebih kecil.
- Gaulkan dengan semua bahan di atas.
- Sesuaikan rasanya mengikut selera masing-masing.
- Bolehlah di hidangkan semasa berbuka puasa.
sedapnyaaa
BalasPadammeratah baru best nyam !!!
boleh buat untuk berbuka nanti ye, Adda!
Padamcooking with soul... apa-apa pun jadi kan Suzana..., asalkan ada kemahuan.
BalasPadambetul la apa-apa boleh jadi..pisau dengan timun kat tangan kita he..hee.
Padam