Semasa catatan ini di tulis,hujan sedang turun di Kota Bharu,dah hampir seminggu..
Hari-hari hujan turun..
Perasaan pun jadi sayu dan rindu...rindu nak tidur puas-puas!
Time masak kena masuk dapur juga..
Hujan-hujan ni makan muffin panas-panas best juga..
2-3 biji makan bersama secawan nescafe panas ,sambil duduk di beranda tengok hujan turun.
Let's try baking.
Resepi dari Hanieliza's cooking.Thanks
Bahan-bahan
140 gm mentega atau marjerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan pisang-yg telah di lenyek.
2 sudu besar sebuk koko
1/2 cawan coklat cip
sedikit badam cincang-utk.hiasan
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 180'c.
- Sediakan cawan kertas dan susunkan dalam loyang muffin.Ketepikan.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder.
- Gaulkan mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.Kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah di ayak.
- Masukkan pisang dan serbuk koko.Kacau rata.
- Masukkan coklat cip dan kacau lagi.
- Masukkan adunan ke dalam cawan muffin.
- Taburkan coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya(saya guna gajus cincang).
- Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan di atas redai dan sedia untuk di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan