Biasanya saya buat Pindang Tapai..
Tapi kali ini saya tukar guna pisang pula,boleh lah buat dessert selepas makan nasi..
Makan manis-manis lagi!...hari-hari makan manis.
Let's try masak..
PINDANG PISANG
Bahan-bahan
5 biji pisang-belah dua
1 kotak kecil santan
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
gula perang secukup manis
sedikit garam
2 helai daun pandan
Cara membuatnya
- Campurkan santan,telur,gula perang,garam dan esen vanila di dalam mangkuk dan kacau sebati.
- Siatkan daun pandan dan susun di dasar non stick pan.
- Susun pisang dan curahkan adunan santan di atasnya.
- Masak dengan api perlahan hingga pekat.Matikan api dan sejukkan.
- Letakkan di dalam peti sejuk.Ia sedap di makan sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan