Sabtu, 23 Julai 2016

ONE POT SHRIMP PASTA

Assalam buat semua..
Saya..big fan of pasta!
Macam-macam resepi pasta dah saya cuba,browse sana -sini
semuanya melekat di hati,boleh cuba untuk di buat lagi.
Biasanya saya akan cuba buat resepi pasta yang ringkas dan cepat siap.
dan juga bergantung kepada bahan-bahan yang ada di dapur.
ubah sendiri tak apa asalkan boleh di makan
dinner time lately sekali-sekala makan pasta pun kenyang juga
Resepi dari cookiesandcups.com.
jom tengok resepi selepas di translate ikut ayat saya dan di ubah-suai ikut versi sendiri.
Let's try cooking.

ONE POT SHRIMP PASTA

Bahan-bahan(untuk 2 orang)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar olive oil
1 labu bawang besar-cincang
3 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 sudu besar cuka balsamic-gantikan dengan cuka biasa
air rebusan ayam
1 sudu teh serbuk lada merah-gantikan dengan serbuk lada hitam
pasta linguine secukupnya
udang secukupnya-buang kulitnya
1/2 cawan sos pasta
parsli untuk hiasan/optional

Cara membuatnya

  • Dalam skillet (10 inci)jika tiada guna kuali non stick,panaskan mentega dan olive oil.
  • masukkan bawang besar cincang dan masak untuk selama 5 minit.Kacau sentiasa.
  • Kecilkan api dapur dan masak hingga 20-30 minit sehingga bawang jadi lembut dan golden brown.
  • 5 minit terakhir,tambah bawang putih dan kacau rata.
  • Tambah sos pasta,air rebusan ayam dan serbuk lada hitam dan kacau rata.Jika perlu,tambah sedikit air.
  • Tambah pasta linguine dan kacau rata dalam sos.
  • Buka api dapur secara sederhana tinggi dan biarkan kuah mendidih.
  • Bila mendidih turunkan api dapur ke sederhana panas dan renehkan pasta dan sos selama 15-20 minit
  • Kacau sentiasa supaya pasta tidak melekat.
  • Bila pasta hampir masak,tambahkan udang dan dan gaul rata.
  • Biarkan sebentar hingga udang masak.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat
  • Hiaskan dengan parsli cincang.
  • Sedia untuk di hidangkan.

*untuk menjimat masa memasak,pasta boleh di rebus dahulu sehingga masak dan simpan sedikit air rebusannya.
*jika menggunakan cara di atas,pasta masih tidak masak atau lambat masak dan menyerap semua sos ,tambahkan lagi air dan teruskan memasak
*masa memasak pasta adalah berlainan mengikut brand masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan