Jumaat, 14 Oktober 2016

APPLE RING

Assalam buat semua..
Saya tak makan epal segar.
Kalau di olah buat apa-apa resepi barulah saya makan.
Lagi satu,saya tak makan epal hijau cuma yang merah saja saya guna.
An apple a day keep doctor away tu tak ada lah dalam buku hidup saya.
Resepi hari ini sedap dimakan bersama aiskrim vanila atau taburkan saja gula aising bercampur serbuk kayu manis.
Saya letak gula aising kosong sebab anak-anak tak makan serbuk kayu manis.
Resepi dari Dapur Kak Noor.Thanks
Let's try goreng

Bahan-bahan
5-6 biji epal hijau atau merah
1 biji telur di sejukkan
1 cawan tepung serbaguna/gandum
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
susu segar secukupnya
1/2 cawan gula pasir halus   saya guna gula aising
minyak untuk menggoreng
    
Cara membuatnya

  • Potong epal bentuk bulat guna cutter atau seumpamanya.
  • Masukkan kesemua bahan bater ke dalam mangkuk dan bancuh adunan/kepekatan untuk menyalut.
  • Panaskan minyak .
  • Celupkan epal ring ke dalam bater dan goreng hingga perang.Toskan.
  • Campurkan gula pasir halus bersama serbuk kayu manis
  • Gaulkan epal yang di goreng tadi.
  • Sedap di makan ketika masih panas.

1 ulasan: