Asalam buat semua..
Resepi pertama pembuka tirai 2017..
Kulat sisir ni banyak di jual di pasar-pasar tani sekitar Kota Bharu dengan sukatan dulu-dulu..dalam tin susu dengan harga Rm 3.
Makan dengan nasi panas jadi appetiser la..
di Kelantan,biasanya kulat sisir di goreng sahaja ataupun di masak lemak putih.
Dulu-dulu masa saya masih bersekolah,selalu kutip kulat sisir di batang pokok getah tumbang.
Kenangan itu..semakin jauh berlalu tetapi masih kekal dalam ingatan.
Let's try masak
KULAT SISIR GORENG DENGAN IKAN MASIN
Bahan-bahan
1 1/2 tin kulat sisir
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji telur
1 keping ikan Tenggiri masin
1 sudu teh lada hitam biji
1 biji lada merah atau hijau atau cili padi
1 biji bawang besar-potong nipis
air secukupnya
minyak sayur
Cara membuatnya
Rendam kulat sisir dalam air bergaram seketika untuk membuang segala kekotoran.
Ramas-ramaskan kulat sisir dalam air bergaram tadi bertujuan untuk melembutkannya.
Kemudian toskan.
Tumbuk bawang merah,bawang putih dan lada hitam sampai hancur.
Gaulkan bersama kulat sisir.
Masukkan kulat sisir ke dalam kuali dan masukkan air.
Renehkan sampai air kering dengan api perlahan.
Bila kulat nampak lembut,angkat dan ketepikan
Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan masin sampai garing.
Masukkan bawang besar dan cili padi atau lada besar.
Masukkan kulat tadi dan pecahkan sebiji telur dan gaul bersama.
Goreng sampai kulat masak dan sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.
Teringat kampung laman! Huhuhuuu....
BalasPadamye Amie..saya pun teringat nostalgia itu..
Padam