style="text-align: center"

Rabu, 14 Mac 2018

AISKRIM MILO HOMEMADE

As salam buat semua..
Aiskrim homemade yang mudah dan sedap.
Perisa juga boleh di pebagaikan ikut pilihan sendiri.
Kalau suka boleh juga letak kepingan coklat di atasnya.
Let's try buat.

AISKRIM MILO HOMEMADE

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat manis(boleh tambah jika ingin lebih manis)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat
1 sudu teh pewarna coklat
milo secukupnya (boleh juga guna serbuk koko)
coklat cip atau hiasan pilihan

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.
  • Pukul guna mixer dengan kelajuan tinggi sehingga sebati,pekat dan gebu.
  • Tuang ke dalam bekas dan sejukkan semalaman.
  • Kalau ingin letak hiasan,taburkan ketika ia separuh beku.

2 ulasan: