Jumaat, 9 Mac 2018

KEK PUDING KARAMEL

 As Salam buat semua..
Cubaan yang ke 3456 kali membuat kek ni...
Asyik tak jadi saja.Tengok orang lain buat elok saja kejadiannya.
Bukan resepi yang salah,teknik dan faktor lain yang salah.
Lepas penat mencuba tapi tak bosan..
Akhirnya saya puashati sikit dengan kejadiannya.
Permukaan kek tidak begitu licin.
Kek ni agak manis untuk rasa saya,jadi sukatan gulanya saya kurangkan.
Resepi sebenarnya di bawah.
Let's try baking.

Bahan A/Karamel
4 sudu besar gula pasir
*masak atas api kecil hingga cair dan perang.
*ratakan dalam loyang saiz 8.Ketepikan

Bahan B/lapisan puding
1 cawan susu cair
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

*kacau sebati perlahan-lahan.
*untuk bagi tebal sedikit lapisan pudingnya,tambah 1/3 cawan susu cair dan 1 biji kuning telur.

Bahan C/Lapisan kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 gm/ml air
1/2 sudu teh baking powder
50 ml minyak jagung /minyak masak

  • Ayak tepung gandum bersama baking powder
  • Putar bersama kesemua bahan hingga kembang.

Bahan meringue
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh cream of tartar
*Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh bila di terbalikkan.
  • Campurkan adunan C dan adunan meringue sambil di kaup balik perlahan hingga sebati.
  • Masukkan adunan B/puding ke dalam loyang yang ada lapisan karamel tadi.
  • Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna pilihan.
  • Lapiskan setiap warna ke atas adunan puding hingga habis.
  • Panaskan oven selama 10 minit.
  • Masukkan air panas mendidih ke dalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi dan bakar dengan kaedah steam bake.
  • Bakar guna api bawah saja dalam 45 minit pertama dan 15 minit lagi guna api atas dan bawah dengan suhu 180'c.
  • Bila kek sudah masak,biarkan sejuk.Kek akan turun sedikit dan tepinya akan mengecut dari loyang.
  • Terbalikkan kek perlahan-lahan.
  • Jika ada lebihan air gula,lapkan dengan tisu.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan