Cucur jagung yang rangup diluar dan lembut di dalam
Sedap di makan waktu pagi atau petang.
Tambahan pula kalau makan beramai-ramai.
Cepat saja habis..
Let's try masak
CUCUR JAGUNG MANIS.
Bahan-bahan
2 cawan isi jagung rebus
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 labu bawang besar-dadu
2 tangkai daun ketumbar-hiris halus
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar marjerin campur 1/2 cawan air panas.
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
air secukupnya
Car membuatntya
- Gaul rata kesemua bahan dan perap selama 1 jam.
- Panaskan minyak dan goreng cucur hingga habis
- Sedap dimakan bersama sos cili Thai.
Assalamualaikum Suzana,
BalasPadammoga sihat di samping keluarga tersayang. Belum terlambat rasanya untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Rajin2 kongsi resepi ye.
Wassalam sahabatku Amie..Selamat tahun baru juga dari saya di sini.Semoga di tahun 2019 ini,Allah menjadikan kita lebih sihat dan bahagia di usia ini.
PadamOk..tahun ni saya berazam untuk aktif kembali menulis di blog ini
kerana di sini lah segala kenangan tersimpan..