Isnin, 7 Januari 2019

FRUIT PASTRY CAKE

Assalam buat semua..
Walaupun dah lama kek ni popular dari tahun 2011 lagi tetapi baru sekarang saya berpeluang membuatnya.
Bila dah semua orang dok viral dan kata sedap,mula lah kita terasa nak membuatnya..
Tapi dah taste kita ni subjektif..
Bagi saya rasanya ok lah juga,harga yang di jual pun boleh tahan mahal.
Nak buat kek hati kena cool..
Baru lah kek lembut..kan!
Let's try baking

FRUIT PASTRY CAKE

Bahan-bahan
100m gm unsalted butter
160 gm gula kastor
50 gm sour cream/yogurt
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 biji oren/lemon-parut kulit
190 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buahan sitrus(strawbery,blueberry,peach,raspbery dll.)

Cara membuatnya

  • Satukan tepung dengan baking powder dan ayak.
  • Cuci buah-buahan,potong dan toskan.Gaul dengan 2 sudu besar gula(saya skip).
  • Kalau guna buah dalam tin,basuh buah dan toskan.
  • Dalam mixer,putar butter,sour cream dan gula hingga putih dan gebu.
  • Masukkan telur satu persatu dan terus putar.
  • Adunan akan nampak pecah dan berbintil-bintil(normal).
  • Masukkan esen vanila dan kulit limau dan terus putar.
  • Tutup mixer dan kaup-balik tepung sampai rata. Adunan akan jadi pekat.
  • Tuang dalam loyang 8 inci yang di lapik baking sheet.
  • Taburkan buah-buahan di atas adunan.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 45 minit -1 jam atau sehingga kek masak sempurna-permukaan atas akan golden brown.

1 ulasan: