Resepi kuih ni dah hampir 10 tahun saya simpan.
Sekali tu tengah kemas almari buku terjumpa pula buku resepi lama.
Belek punya belek terjumpa pula resepi yang sedap ni.
Boleh di makan potong ataupun guna scoop sahaja.
Atasnya garing dengan meringue dan lapisan bawahnya lembut.
Let's try baking
KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS
Bahan-bahan
400 ml santan
500 ml susu segar/full cream milk/susu cair
80 gm gula kastor
2 cawan serbuk biskut cream crackers
1 cawan kelapa muda parut
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan gula
sedikit garam
2 biji putih telur
Hiasan
cornflakes/serbuk biskut
Untuk meringue
Putar putih telur dengan gula(80 gm )hingga stiff.
- Campurkan santan,susu,gula (2 sudu besar) dan sedikit garam.
- Panaskan di atas api sederhana sambil di kacau sebati selama 2 minit.
- Masukkan serbuk biskut dan kelapa parut.
- Kacau hingga pekat dan alihkan dari api.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan ke dalam bekas kaca tahan panas yang telah di lengser minyak.
- Ratakan bahagian atas dengan meringue.
- Bakar adunan dengan suhu 200 'c sehingga meringue berwarna keemasan.
- Tukar api bawah sahaja dan tabur hiasan bila meringue keemasan lebih kurang 5 minit.
- Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan