Selasa, 7 Mei 2019

IKAN PATIN KENGSOM

Assalam buat semua..
Hari kedua Ramadhan.
Resepi asal menggunakan Ikan Siakap tetapi cuma ada Ikan patin sahaja dalam peti sejuk.
Saya buat jugalah sebab dah nak makan sangat.
Ia adalah sejenis masakan Asam Pedas siam yang mempunyai rasa masam,manis dan pedas.
Let's try masak

IKAN PATIN KENGSOM

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
2 asam keping
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula melaka
1/2 biji nenas masak
1 ikat kangkung
2 batang serai-di ketuk
garam secukup rasa


Bahan kisar
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 hiris lengkuas
sedikit belacan

Cara membuatnya

  • Masukkan bahan kisar.air asam jawa,asam keping dan air secukupnya ke dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan nenas dan serai.Masak hingga mendidih seketika.
  • Masukkan ikan.
  • Setelah ikan masak,masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang rangup.
  • Sedia untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. Sedapnya masak ikan patin! Teringat bujang kedua yang suka sgt makan ikan patin. Tak sabar tunggu dia balik 31 Mei nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan..isinya lembut sahaja.Tapi anak-anak saya tak makan.Maknya saja yang suka ikan.

      Padam