PKP yang sedang di lalui ini membuatkan semua orang jadi bosan dan terutama sekali cepat saja jadi lapar.
Walaupun dah berbagai perkara di lakukan,rasa bosan di tambah dengan rasa lapar sentiasa hadir tak kira masa.
Semakin kerap saya masuk dapur dan cepat pula habis selepas di hidangkan.
Semalam saya buat roti bun untuk anak-anak,Inti kelapa muda.
Keluar saja dari oven,terus saja di makan ketika masih lagi suam-suam.
Let's try baking.
Resepi ini dari Chef Danial Hadi/FB
BUN INTI KELAPA
Bahan doh asas
500 gm tepung roti/serbaguna
100 gm gula kastor
11 gm yis
8 gm.garam
4 gm bread improver
40 gm susu tepung
** Gaulkan serata semua bahan kering.
ketepikan.
132 gm.telur
Masukkan ke dalam bahan kering dan sebatikan.
132 gm.air/susu
Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut serapan tepung sambil menguli doh.
80 gm butter/shortening
Uli bersama doh hingga menjadi elastik(dalam proses menguli boleh masukkan tepung kalau doh lembik,boleh tambah air jika doh keras).
- Rehatkan doh sekejap.
- Bentukkan doh mengikut bentuk yang hendak di buat.
- Untuk roti yang ada inti,boleh masukkan terus,manakala untuk inti di luar seperti piza,roti sosej,bila dah kembang dan sedia untuk di bakar boleh di letakkan inti seperti sosej dan lain-lain.
- Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda.
- Proses toreh/ukir roti perlu di l;akukan selepas roti kembang sedikit atau selepas pembentukkan roti.
- Bakar dengan suhu 200'c selama 10-15 minit sehingga masak.
Nota
- Untuk elakkan roti kering,boleh letakkan air panas dalam cawan dan bakar sekali dengan roti
- Wap air yang terhasil semasa membakar akan mengelakkan roti jadi kering
Tiada ulasan:
Catat Ulasan