PKP hari ke-26
Saya masih bertugas seperti biasa,hospital-rumah-hospital -rumah.
Ini lah saja kehidupan setakat ni.
Walaupun bosan sebab tidak dapat keluar berjalan-jalan seperti biasa tapi saya reda dengan semua ini
Stay at home itulah cara yang paling selamat.
Sentiasa cuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat.
dan jarakkan pergerakan kita sejauh satu meter.
Cuma tiga sahaja.
Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang,dalam kesulitan ada juga kesenangan.
Ok..hari ini saya buat kopi viral ini.
Dalgona di katakan mula terkenal di Korea.
Nama Dalgona adalah sempena nama manisan Toffee Caramel kerana rasa kopi ini mirip manisan tersebut.
Dah 'penagih' kaffein tegar,jadi saya rasa harus mencubanya.
bukan sekali buat..ada dalam 4-5 kali.
Kena stop dulu,sebab selalu saja tak boleh tidur selepas minum kopi ini.
Jom lihat resepi mudah ini.
DALGONA COFFEE
Bahan(untuk segelas)
2 sudu teh serbuk Nescafe Gold/biasa
2 sudu teh gula
2 sudu teh air panas
Full cream milk
ketulan ais
Cara membuatkan
- Campurkan kesemua bahan dan kacau sampai gula larut.
- Putar sampai berubah warna dan kelihatan berkrim.
- Masukkan ketulan ais dan susu ke dalam gelas.
- Letakkan krim kopi di atasnya.
- Kacau sebati sebelum di minum.
Waalaikumussalam Suzana.
BalasPadamAlhamdulillah, segala tugas dapat dijalankan penuh tanggungjawab. Moga sihat-sihat saja.
Saya pun teringin nak cuba dalgona coffe, tapi bila memikirkan tak boleh tidur malam, saya kurung keinginan. Saya ni, kalau minum kopi sebelah petang, sampai esok pagi tak boleh tidur. Bila minum sebelah pagi, malam mata terkebl-kebil tak boleh tidur. Tak boleh tidur tak apa, masalahnya bila terlambat tidur, sakit pula kepala... heheeee.
Alhamdulillah saya di sini sihat-sihat sahaja. Sekarang ni saya ambil Nescafe semasa bertugas malam sahaja demi memastikan mata tidak mengantuk.Hihihi.. serik minum Dalgona ni...tak boleh tidur!
Padam