1 Ramadan.
Alhamdulillah kerana kita bertemu lagi dengan Ramadan tahun ini
Dengan PKP di lanjutkan tarikh lagi ni,memasak setiap hari la saya.
Kebiasaannya tahun sebelum ni kalau tak larat masak tu adakalanya saya tempah kat kedai atau beli Nasi bungkus sahaja.
Hari ini saya kongsikan satu resepi dari Ubi kayu yang telah di buat dalam beberapa hari lepas.
Makan time panas-panas,rangup sahaja.
Let's try buat.
UBI KAYU CRUNCHY
Bahan-bahan
ubi kayu-di parut
2 senduk tepung beras
1/2 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa parut
sedikit kunyit/pewarna kuning
garam secukup rasa
1 sudu besar gula
air secukupnya
Cara membuatnya
- Gaul rata kesemua bahan.Tekstur adunan tidak terlalu cair.
- Panaskan minyak dan ambil sesudu adunan dan goreng ubi kayu ini sehingga perang.
- Angkat dan toskan.
- Sesuai di makan dengan sos pilihan atau di makan begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan