Jumaat, 13 Ogos 2021

ROTI JALA

Assalam buat semua.. 
Saya buat Roti Jala ini sempena harijadi
Kakak Afiqah yang ke-26 tahun.
Tengok Roti jala yang cantik-cantik rasa teruja pula nak cuba buat sendiri. 
Walau tak secantik orang lain tapi puashati sebab anak-anak sukakannya.
Kuahnya Kari daging cincang campur karot. 

ROTI JALA

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3  1/2 cawan air
2 biji telur 
1/2 cawan minyak
Sedikit garam
Pewarna kuning

Cara membuatnya 
1.Satukan kesemua bahan dan blend.
2.Bila kesemua bahan bergaul rata, tapiskan. Bahagikan kepada dua bahagian.
3.Satu bahagian di letak pewarna kuning, satu bahagian lagi tanpa pewarna 
4.Masukkan adunan ke dalam bekas acuan Roti jala.
5.Sapukan sedikit minyak guna tisu pada kuali leper. 
6.Kiraikan kesemua adunan sampai habis. 


2 ulasan:

  1. sedapnya nampak, sesuai dibuat hantaran kahwin juga roti jala cantik macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tenkiuu Syaz.Alhamdulillah...Sedap anak-anak beritahu

      Padam