Assalam buat semua..
Sudah masuk fasa hujung tahun
Semakin cepat peredaran masa
Tahu-tahu sudah jauh meninggalkan dan ditinggalkan
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melangkah.
Tart Telur ini seringkali saya buat dirumah
Sekarang ini mudah sahaja sebab kita boleh guna pastri readymade
Let's try buat
TART TELUR PORTUGESE
Bahan
2 biji telur
2 biji kuning telur
250 ml.full cream milk
200 ml.krim putar
4 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Pastry puff 4x4 cm
Bekas puff yang sesuai
Cara membuatnya
1.Dalam bekas campurkan kesemua bahan dan kacau rata guna whisk.
2.Ambil sekeping pastry puff dan tekan ke dalam acuan pastry.Potong tepi-tepinya dan rapikan.
3.Tapiskan adunan dan tuang penuh tapi jangan sampai melimpah keluar.
4.Bakar dalam oven dengan suhu 160'c sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan