Sabtu, 4 Januari 2025

CILI SUMBAT TEMPURA

Assalam buat semua..
Saya jumpa resepi Cili Sumbat ini kat IG
Nampak macam sedap,jadi kita cuba buat
Memang sedap di makan selepas di goreng,cicah pula dengan sos cili Thai
Let's try buat

CILI SUMBAT THAI

Bahan
Cili hijau saiz sederhana
1 keping isi Ikan Tenggiri
2 ulas bawang merah
Hirisan daun sup
Serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung ubi
Garam 
Tepung goreng tempura

Cara membuatnya
Belah cili,keluarkan bijinya dan rendam seketika didalam air sejuk.Toskan
Potong isi Ikan dan masukkan kedalam blender bersama bawang dan kisar.
Ambil adunan isi Ikan dan tambah tepung ubi,daun sup,serbuk lada sulah dan sedikit garam
Gaul rata dan seterusnya sumbat ke dalam cili
Buat sampai habis
Panaskan minyak  goreng
Bancuh tepung goreng tempura Dan celup lada sumbat dan goreng
Toskan minyak,boleh lah dihidang dengan sos cili thai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan