Khamis, 27 Disember 2012

KERABU JANTUNG PISANG

Salam bahagia buat semua...

Kerabu jantung pisang yang sedap di makan bersama Ikan masin goreng di hidangkan pula bersama nasi putih yang panas.Ia juga boleh di makan begitu saja tanpa nasi.

Bahan-bahan 
Sumber:daridapursuzana

  • 1 biji jantung pisang
  • 5 ekor ikan-rebus sebentar
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • cili padi-di hiris
  • 1 biji bawang merah besar-hiris halus
  • santan pekat secukupnya
  • air perahan limau nipis
  • garam dan gula dan budu secukup rasa

Cara membuatnya

  • Buang isi ikan dari tulangnya dan tumbuk hingga halus.
  • Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan rebus sehingga empuk.
  • Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.Hiris nipis-nipis/halus
  • Sementara itu, tumbuk lada hitam dan bawang merah dan gula bersama-sama.Gaulkan bersama-sama  isi ikan yang telah ditumbuk tadi.
  • Kemudian campurkan ke dalam satu mangkuk-jantung pisang,isi ikan,cili padi ,santan,bawang merah hiris dan bahan tumbuk tadi.Tambah air limau nipis.
  • Masukkan garam,budu(pilihan)dan gula secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan.

Rabu, 26 Disember 2012

KEPINGAN TAUHU RANGUP

Salam bahagia buat semua...
Penghujung Disember tinggal beberapa hari lagi.Kalau boleh saya nak masukkan semua entri dalam tahun 2012 sebelum tahun baru menjelma.Banyak perkara  yang saya tak sempat buat ikut masa yang telah saya rancangkan.Macam la kehidupan saya ni sibuk sangat.Tahun depan bila sekolah di buka bermula lah kembali rutin harian saya yang sama setiap hari.Semoga segalanya bahagia....
Mari kita tengok resepi Tauhu goreng rangup ni.Sedap di makan panas-panas sambil di cicah dengan sos cili.

KEPINGAN TAUHU RANGUP
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 4 keping tauhu-belah dua dan potong nipis
  • 1 tangkai daun sup-potong halus
  • 1 cawan tepung berempah goreng serbaguna
  • air secukupnya
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak.Campurkan tepung berempah dengan air mengikut kepekatan yang bersesuaian. 
  • Tambahkan daun sup yang di potong halus dan gaul rata.
  • Celupkan kepingan kecil tauhu ke dalam adunan tepung dan goreng hingga warna keperangan. 
  • Bila masak,toskan minyaknya dan sedia untuk di hidang bersama sos pilihan.  


























Ta..ta  sampai jumpa lagi!.....

Selasa, 25 Disember 2012

DAGING GORENG DAUN BAWANG

Salam bahagia buat semua...

Selama beberapa hari ini saya tidak menulis disini kerana pergi bercuti dengan keluarga di Kuala Lumpur,Pahang dan Terengganu.Banyak plan yang tak jadi,dari plan A sampailah ke plan D!dek kerana hujan, cuma semasa di Kuala Lumpur sahaja panas terik pula.
Entri hari ini adalah daging goreng yang selalu saya buat jika rasa jemu makan daging goreng kunyit.Ia sedap di makan dengan nasi panas.Hujan-hujan begini kalau makan berlaukkan daging goreng ni,pasti menambah nasi lagi!

DAGING GORENG DAUN BAWANG
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 250 gm. daging 
  • 1 biji lada merah-hiris nipis 
  • 1 labu bawang besar-belah dua dan potong separuh bulat
  • 2 batang daun bawang-potong panjang
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit garam
Cara membuatnya
  • Potong nipis daging dan gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.Perapkan selama 2 jam.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging tadi dan di goreng hingga hampir masak.
  • Tambahkan lada merah,bawang besar dan daun bawang serta gaulkan hingga rata.
  • Sesuaikan rasanya dan bila daging masak,bolehlah padamkan api dan sedia di hidang.

Khamis, 20 Disember 2012

PUDING SUSU KIWI

Salam bahagia buat semua ....
Oleh kerana lama tidak membuat puding,walaupun musim hujan ni saya buat juga sebab sudah lama tidak makan puding yang manis dan sejuk.Buah kiwi pun dah hampir sebulan ada dalam peti sejuk,mujur juga buahnya tidak cepat rosak.Rasa puding ini lemak dan sedikit rasa masam manis dari buah kiwi.
PUDING SUSU KIWI
Sumber:Yatimemorries.blogspot

Bahan-bahan
  • 700 ml. air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 10 gm.serbuk agar-agar
  • 2 helai daun pandan
  • 400ml.susu segar/susu cair
  • 200 ml.santan
  • buah kiwi secukupnya
  • sedikit pewarna hijau    saya tambah
Cara membuatnya
  • Satukan serbuk agar-agar,air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau sehingga serbuk agar-agar sebati.
  • Masukkan gula pasir,pewarna hijau dan kacau hingga gula hancur.
  • Masukkan pula susu segar dan santan ke dalam adunan agar-agar.Kacau sebati.Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi. 
  • Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil atau acuan yang di sukai dan taburkan buah kiwi yang di potong dadu di atasnya.Saya membuatnya jadi dua lapis.
  • Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais,sedap makan sejuk.
*Saya telah mengisar sedikit buah kiwi dengan susu sebelum di masukkan ke dalam agar-agar.  

Rabu, 19 Disember 2012

ORANGE CHOCOLATE CUPCAKE

Salam bahagia buat semua..
Sudah sampai ke penghujung Disember...hati terasa sayu mengenangkan segala kenangan dan peristiwa dalam tahun ini yang hampir di tinggalkan.Entah apa yang saya lakukan di sepanjang tahun ini.Tengok-tengok dah sampai ke  penghujung tahun..seperti juga hidup kita yang semakin bertambah usia!
Okeylah  ini dia resepi Kek cawan yang saya buat semasa cuti sekolah ini.Kek coklat yang sedap di tambah pula dengan rasa oren.Anak-anak sukakannya.Seperti biasa sekejap sahaja sudah habis.

ORANGE CHOCOLATE CUPCAKE
Sumber:Rahel.blogspot.tq!

Bahan-bahan
  • 1 biji buah oren-buang biji
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar jus pekat oren sunquick    saya tambah
Cara membuatnya
  • Satukan buah oren,gula pasir dan minyak dan telur.Kisar sehingga hancur.
  • Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk,tambahkan bahan lain,kacau rata.
  • Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh.Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit pada suhu 170'C.

Isnin, 17 Disember 2012

TUMIS TOFU TELUR DAN SAYURAN


Salam bahagia buat semua..
Sekarang ni selalu saja masak sayur tumis air.Buat hari-hari dengan bahan yang berlainan.Ia tidaklah terasa jemu memakannya berbanding dengan sayur masak lemak.Saya pula jarang-jarang masak kuah lemak,jadi masak sayur sebegini selalu saja di buat hidangan  pada waktu makan.

TUMIS TOFU TELUR DAN SAYURAN
Sumber;daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 batang tofu telur
  • 3 helai daun kubis-di potong kecil
  • 1 biji tomato-potong enam
  • 2 tangkai sawi hijau
  • 3 biji cili padi-diketuk
  • 1 biji bawang besar-potong nipis
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji telur-di pukul sedikit
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk  Maggi cukup rasa
Cara membuatnya
  • tofu telur di potong bulat kepada 4 keping(semuanya jadi 8 keping).Panaskan minyak dan goreng tofu telur sehingga perang.Angkat dan toskan minyaknya.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya.Tambahkan air secukupnya untuk kuah .
  • Masukkan pati ikan bilis dan serbuk lada hitam.
  • Bila kuah mendidih masukkan telur dan kacau sekejap sayur sawi ,kubis dan cili padi.
  • Sesuaikan rasa kuah sayurnya dengan maggi cukup rasa, garam dan gula jika perlu.Masukkan tomato dan tofu telur tadi dan padamkan api.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Ahad, 16 Disember 2012

KETUPAT SOTONG


Salam bahagia buat semua....
Ketupat sotong adalah makanan yang menjadi kesukaan abang yang tengah.Dia yang minta saya buatkan ketupat sotong ini setelah begitu lama saya tidak membuatnya kerana musim hujan ni susah nak cari sotong yang sesuai untuk di buat ketupat .Mujur juga sotong ini ada di jual kat TESCO.Dulu-dulu masa baru-baru kahwin,buat Ketupat sotong selalu saja 'meletop' sebab saya sumbat pulut tu sampai penuh badan sotong!!...

KETUPAT SOTONG

Bahan-bahan  

Sumber:daridapursuzana

  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • beras pulut
  • santan sederhana pekat
  • gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya 
  • sedikit hirisan halia
  • beberapa helai daun pandan
  • 10 batang lidi pendek-untuk cucuk kepala sotong

Cara membuatnya


  • Bersihkan beras pulut dan rendam selama lebih kurang 2 jam .Toskan beras pulut dan ketepikan. 
  • Bersihkan sotong dan buang kulit luarnya yang nipis dan pisahkan kepala dari badan sotong.Basuh bersih dan toskan.
  • Ambil beras pulut dan campurkan dengan separuh dari santan .
  • Isikan beras pulut ke dalam sotong separuh penuh.Tutupkan dengan kepala sotong.Ambil lidi pendek tadi dan cucuk kepala sotong dengan lidi supaya kepala tak tercabut.
  • Rebuslah sotong bersama santan,daun pandan dan hirisan halia dengan api yang perlahan.Kalau api kuat ia akan pecah.
  • Bila pulut di dalam sotong masak,masukkan garam, gula melaka dan gula jika perlu.Masak lagi sehingga pekat dan gula melaka hancur sepenuhnya.Tambahkan garam secukup rasa.
  • Sesuaikan rasanya mengikut citarasa sendiri.Citarasa saya-ketupat sotong yang saya buat ni tidaklah begitu manis sangat dan kuahnya ada rasa aroma halia.

Sabtu, 15 Disember 2012

MOO-MOO CAKE

 
Salam bahagia buat semua.
Kek ini adalah kek sponge gulung yang bercorak lembut yang bertompok-tompok seperti lembu orang putih! Keknya cukup lembut dan krimnya boleh dipelbagaikan.Di dalam resepi ini saya menggunakan krim putar.Macam biasa la kalau buat kek gulung tu mesti krimnya bersepah!!...
 
MOO-MOO CAKE
Sumber:Paty's kitchen

Bahan-bahan kek 
  • 8 biji telur gred A-asingkan putih dan kuning telur
  • 60 gm madu
  • 100 gm tepung gandum
  • 60 gm mentega cair
  • secubit garam
  • 80 gm gula kastor
  • 1 sdt serbuk bamboo charchoal            saya ganti dengan serbuk koko 
  • serbuk oreo untuk taburan
Krim
  • 6 biji telur
  • 100 gm gula halus
  • 30 gm tepung jagung
  • 10 gm tepung gandum 
  • 500 ml susu segar
  • 1 batang vanilla pod        
  • 15 gm mentega
  • 300 ml krim putar
Cara membuatnya
  • Pukul kuning telur dengan tepung sehingga licin. Kemudian masukkan mentega cair dan letak sebelah.
  • Pukul putih telur, gula dan garam sehingga pekat dan gebu, kemudian satukan dengan adunan kuning telur.
  • Keluarkan 80 gm dari adunan dan masukkan bamboo charcoal dan letak sebelah.
  • Pipekan adunan charcoal seperti tompok-tompok dalam loyang pembakar 14 x 14.Kemudian curahkan adunan putih ke atasnya. Kemudian bakar pada suhu 190'c selama 9 minit.
Cara buat krim
  • Sementara itu sediakan inti atau fillingnya. Pukul telur, gula, tepung jagung dan tepung. Pukul sehingga sebati.
  • Panaskan susu dan curahkan ke dalam adunan telur tadi.
  • Panaskan adunan atas api kecil.Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan letak sebelah.
  • Bila krim sudah sejuk.Mesin sehingga menjadi seperti krim.Keluarkan kek yang masak tadi sejukkan dan balikkan.B
  • Bahagian bercorak di bawah manakala bahagian kosong di atas. 
  • Potong hujung tepi kek 45 darjah bagi memudahkan bila digulung nanti.Sapukan krim.
  • Taburkan serbuk oreo dan gulung kek kemas-kemas. 
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU

Salam bahagia buat semua...
Saya dapat cuti sehari pada hari ini.Pagi-pagi dah masuk dapur nak release tension dengan memasak-perkara yang paling saya suka buat kalau penyakit 'M' tidak melanda!.Hari ini saya masak kepak ayam yang menjadi kegemaran saya.Kalau ayam seekor tu,bahagian ni yang paling saya suka.Resepinya mudah sahaja.Jika menggunakan seekor ayam,bahan-bahan boleh di adjust mengikut kesesuaian sendiri.Ia amat sedap dan menyelerakan.


KEPAK AYAM BERMADU
Sumber:anymz-mykitchen.blogspot.com/tq

Bahan-bahan
  • 4 keping kepak ayam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu teh kicap pekat    saya ganti dengan 2 sudu besar kicap saus manis Heinz
  • 3 sudu besar madu
  • 2 ulas bawang putih-di sagat
  • sedikit halia-di sagat
Cara membuatnya
Gaul semua bahan bersama dan di perap semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam
Dah siap, panggang atas bara atau boleh juga di panggang dalam oven dengan kepanasan 180'C,bergantung pada oven masing-masing.
*saya membakarnya di dalam pemanggang ajaib.

Khamis, 13 Disember 2012

BAKED SANDWICH
























Salam bahagia buat semua...
Saya baru sahaja pulang dari kerja syif petang,dah hampir sebelas malam tapi mata masih tak mengantuk lagi walaupun badan berasa penat.Saya masukkan satu lagi entri makanan kudapan yang sesuai di makan bila-bila sahaja dan paling sesuai di buat hidangan pada waktu petang bersama secawan Nescafe/teh.Ia sedap di makan ketika masih suam di mana rotinya masih garing lagi.Terasa keranggupannya.
BAKED SANDWICH
Sumber:tulip77@my resepi.com

Bahan -bahan
  • 8 keping roti sandwich
Bahan inti
  • bawang merah-dadu        saya guna bawang besar
  • bawang putih -cincang halus
  • cincangan isi ayam/daging
  • sayur campur(frozen)  saya guna karot dan kentang dadu
  • sos cili
  • sos tomato
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • parutan keju
Cara membuat bakul roti
  • Panaskan oven pada suhu 180'C.Roti di gelek nipis.
  • Gunakan penekap bergerigi dan tekap roti serta masukkan kedalam acuan tart dan di tekan sedikit supaya rata.
  • Bakar selama 7-8 minit bergantung kepada oven masing-masing.Angkat dan sejukkan.
Untuk intinya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan cincangan isi ayam/daging dan serbuk lada hitam dan gaul rata.
  • Masukkan sos cili,sos tomato dan sayur campur.Kacau sebati.
  • Masak sehingga inti nampak sedikit kering.Perasakan dengan sedikit garam jika perlu.Angkat.
  • Letakkan inti kedalam bakul roti ,taburkan keju parut diatasnya dan bakar sekejap.Bila keju sudah mencair bolehlah di angkat.