Khamis, 19 September 2013

NASI AYAM ISTIMEWA

As-Salam buat semua..
Hari ini saya hidangkan di dapur maya ini Nasi ayam yang sangat di gemari oleh anak-anak saya.Resepinya adalah dari Kak Azie kitchen yang banyak membuat Nasi ayam yang sedap-sedap.Walaupun resepinya lebih kurang sama sahaja tetapi penyediaan Nasi ayam itu yang membuat rasanya jadi berbeza.Dalam resepi ini saya skip sos lada kerana anak-anak hanya makan Nasi ayam dengan sos pencicah dalam botol sahaja.

NASI AYAM ISTIMEWA
Resepi:Azie kitchen

Bahan-bahan(6-8 orang)
Untuk rebus
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih
2 cm halia-di ketuk
air secukupnya

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikt kicap cair
sedikit minyak bijan


  • Ayam di potong ikut suka besarnya,bersihkan dan lumur dengan bawang putih yang di tumbuk dan halia yang di ketuk.Rebus sehingga empuk. 
  • Toskan ayam ,simpan air rebusan ayam tadi dan perap ayam dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam.
  • simpan dalam peti ais selama 15-20 minit.Lumurkan semua ayam dengan sedikit madu.Goreng hingga keperangan.
  • Angkat ayam dan di ketuk sedikit sebelum di hidangkan
Tips:Ayam di goreng sekejap sahaja iaitu secara touch and go,barulah ayam lembut

Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia
4 ulas bawang putih-di tumbuk
air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam

Bahan penumis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai-di ketuk
2 helai daun pandan
pewarna kuning -jika suka

Cara membuatnya
  • Basuh beras dan toskan.Panaskan butter,tumiskan bahan penumis,daun pandan,serai, halia serta bawang putih hingga garing .
  • Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit baunya.Masukkan air rebusan ayam secukupnya(bergantung pada jenis beras yang di gunakan) dan sedikit garam.Masukkan pewarna kuning jika suka .Masak nasi seperti biasa hingga masak.
**Saya tidak menggunakan garam tetapi menggantikannya dengan 1 kiub pati ayam.

untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Kisarkan kesemua bahan di atas.Boleh tambah sos tomato/sos cili jika suka.Boleh juga di masak sebentar jika suka.

Untuk sup
air rebusan ayam
1 biji bawang besar-di kisar
rempah sup
garam secukup rasa
daun sup yang di hiris


Untuk kicap
kicap manis cap kipas udang
gula
3 biji cili api
air rebusan ayam

Masukkan kicap manis,gula dan cili api kedalam blender dan kisar sampai jadi pekat
Sedia untuk di hidangkan.


Isnin, 16 September 2013

AGAR-AGAR GULA MERAH

As-Salam buat semua...
Petang semalam buat agar-agar yang mudah untuk buat stok dalam peti sejuk.Bila buka peti sejuk nampak agar-agar terasa sejuknya tekak dalam cuaca panas begini.Mujur juga semua bahan-bahan ada.Agar-agar ini boleh di buat dalam acuan kecil-kecil dan boleh juga di masukkan kesemuanya dalam loyang besar dan di potong kecil seperti yang saya buat.

AGAR-AGAR GULA MERAH
Resepi:homekreation-recipes.blogspot.com/Along Roz@My Resepi.Tq...

Bahan-bahan
  • 1 peket (13gm) Agar-agar serbuk
  • 150 gm gula Merah/Palm serbuk
  • 100 gm gula pasir
  • 1150 ml air
  •  140 ml santan -kurangkan jika mahu 2 lapisan
  • 2 biji Telur -di pukul dengan santan
  • 1 helai Daun Pandan - koyak dan simpul 
  • sedikit garam     saya tambah

Cara membuatnya


  • Rebus agar-agar dengan air sehingga mendidih.
  • Masukkan gula dan daun pandan .Masak hingga gula hancur.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan telur ,santan dan sedikit garam.Kacau supaya tidak bergentel dan masak lagi beberapa minit.
  • Angkat dan tuangkan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Ahad, 15 September 2013

KUAH YONG TAU FU

As-Salam buat semua...
Entri hari ini pasal kuah Yong Tau Fu.Saya memang suka makanan yang di rebus ini dan di makan pula dengan kuah manis pedasnya.Tapi tak teringin pula rasanya nak makan yang sedia di jual di pasar-pasar malam kerana saya meragui frozen foodnya.Usaha juga lah cari resepi nak buat sendiri.Yong Tau Fu ni kekuatan pada kuahnya.Bahan-bahan lain tu kebanyakkannya adalah frozen food mana yang kita suka. Saya pula hanya makan frozen food jenama Fusipim kerana ia ada status halal.

KUAH YONG TAU FU
Resepi:Minami @ My Resepi.Tq..

Bahan-bahan
10 tangkai cili kering
gula melaka 
bijan goreng
gula-kalau kurang manis
1 sudu kecil garam
3 cm. belacan
300 ml. air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung
sedikit perasa jika suka     saya guna serbuk cukup rasa Maggi

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali.Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • Setelah garing,angkat dan kisar cili dengan sedikit air.
  • Panaskan air bersama gula melaka.Masukkan cili kering kisar tadi dan juga belacan.
  • Setelah mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Masukkan garam,serbuk perasa dan gula jika gula melaka tidak cukup manis.
  • Masukkan bijan goreng dan siap untuk di hidangkan bersama frozen food pilihan dan juga sayur kangkung celur.Saya hanya makan dengan daun salad segar.



Khamis, 12 September 2013

UDANG MASAK BRIYANI

As-Salam buat semua...
Udang masak Briyani ni sepatutnya saya buat untuk di makan bersama Nasi Briyani tetapi masa nak masak Nasi Briyani bahan-bahan pula tak cukup.Makan saja dengan nasi putih pun sedap juga.Udang....buatlah apapun semuanya sedap!.

UDANG MASAK BRIYANI
Resepi:Love touch-Zila4ever.Blogspot 

Bahan bahan
1 kilo udang sederhana besar
1 biji karot
2 biji kentang  - dipotong 4
2 sudu besar rempah Briyani
1 sudu besar rempah kari
1 biji bawang besar -  dihiris
2 batang cili merah/hijau dibelah dua
3 biji tomato - dibelah 4
1 paket rempah tumis
1 batang serai - diketuk
daun ketumbar
1 sudu besar serbuk lada

Bahan kisar
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Cara membuatnya
Udang di gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam.Goreng seketika.
Panaskan sedikit minyak,tumiskan rempah tumis,bawang besar,bahan kisar dan serai sehingga wangi .
Masukkan rempah Briyani,rempah kari dan serbuk lada.Kacau rata dan masak sehingga garing.
Masukkan udang dan masak seketika,perasakan dengan air asam dan garam.
Tambahkan daun ketumbar.dan apabila sudah masak tutup api dan boleh dihidang.

Rabu, 11 September 2013

SEKAYA TELUR

As-Salam buat semua...
Ia adalah salah satu dari kuih tradisionaL orang Kelantan.Rasanya agak manis dan bila di buat sendiri saya mengurangi sedikit kemanisan itu.Kuih ini paling popular di makan dalam bulan puasa.Tapi dalam bulan tak puasa pun ia sentiasa ada di jual.Saya mengukusnya di dalam bekas-bekas kecil supaya senang untuk di makan.Ia juga boleh di kukus dalam loyang besar dan kemudian  di potong.

SEKAYA TELUR
Resepi:Azie kitchen.Tq..

Bahan-bahan
6 biji telur itik-buang mata
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
3-4 bunga cengkih
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.
  • Satukan kesemua bahan kecuali bunga cengkih dan daun pandan dan di pukul ringan hingga sebati.
  • Alas loyang dengan plastik dan tapiskan adunan ke dalam loyang saiz 7 inci.
  • Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dan daun pandan.
  • Masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.Ia sedap di makan sejuk.

Sabtu, 7 September 2013

SATAY AYAM GORENG

As-Salam buat semua..
Satay ayam goreng yang selalu saya buat untuk di makan bersama Nasi impit dan Kuah kacang.Rasanya lebih kurang sama dengan satay yang di bakar,yang berbeza cuma ia di goreng .

SATAY AYAM GORENG
Resepi:dayangjack.blogspot.com/@Dapurku sayang.thanks

Bahan-bahan(anggaran)
1 ekor ayam-di potong kecil-kecil dan di ambil isinya sahaja
(saya menggunakan 5 keping dada ayam)
air asam jawa secukupnya
gula perang secukupnya
garam secukupnya

Bahan-bahan kisar
10-12 batang serai
1 1/2 inci halia
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar-di sangai.Boleh juga guna serbuk ketumbar
1/2 sudu makan jintan putih
2 sudu besar cili kering kisar   saya tambah

Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.Perapkan semalaman atau sekurang-kurangnya 2-3 jam.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng,dan apabila minyak cukup panas,gorenglah ayam hingga keemasan.

Jumaat, 6 September 2013

COCONUT SHAKE

As-Salam buat semua...
Hari ini nak hidangkan minuman Coconut Shake untuk tatapan siapa yang sudi singgah di sini.Kalau nak try buat sila tengok resepi di bawah.

COCONUT SHAKE
Daridapursuzana

Bahan-bahan
500 ml air kelapa muda
3 sudu besar isi kelapa muda
1 ceduk ais krim vanila
ketulan kiub ais
susu pekat manis-ikut manis yang di inginkan

Cara membuatnya
  • Masukkan isi kelapa muda ke dalam pengisar.
  • Tambahkan susu pekat manis.Masukkan kiub ais,air kelapa muda dan aiskrim vanila.
  • Kemudian kisar hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam gelas tinggi dan tambah 1 ceduk aiskrim vanila lagi di atas dan ceri merah untuk hiasan.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Selasa, 3 September 2013

PUDING AISKRIM COKLAT

As-Salam buat semua..
Puding aiskrim coklat yang rasanya seperti kita sedang makan aiskrim tetapi sebenarnya puding!.
Salah satu dari koleksi resepi puding yang pernah saya cuba dan ianya sedap terutama ketika di makan sejuk-sejuk.Resepi dan cara membuatnya mudah sahaja.

PUDING AISKRIM COKLAT
Resepi:resipiibundo.blogspot.com thanks 

Bahan-bahan
1/2 paket agar-agar tali
5 cawan air
1 cawan gula kastor
4 cawan aiskrim perisa coklat
1/2 sudu teh nescafe

Cara membuatnya
  • Masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama dengan air dan masak hingga agar-agar larut.Bila agar-agar sudah larut,tambahkan gula dan kacau sebati.
  • Padamkan api dan masukkan aiskrim dan nescafe.Kacau sebati.Kemudian masukkan ke dalam acuan pilihan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti ais.
**aiskrim perisa coklat boleh di gantikan dengan aiskrim perisa lain.

Isnin, 2 September 2013

STEW BEBOLA DAGING BERSAYUR

 As-Salam buat semua...
Saya teruja untuk mencuba resepi stew ini setelah ternampaknya di blog Dapur Ibundo.Memang tidak mengecewakan kerana rasanya pada selera saya amat bersesuaian.Stew yang rasanya ala-ala western dan di makan pula bersama roti Bonjour Gardenia.Best sangat..

STEW BEBOLA DAGING BERSAYUR
Resepi:Dapur Ibundo.Tq..

Bahan untuk bebola daging

200 gm daging kisar
2 ulas bawang putih- ditumbuk halus
1 sudu teh stok ayam
1/2  sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
garam secukup rasa


Cara membuatnya
Gaul semua bahan hingga sebati.
Bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.
Panaskan air dalam periuk dan bila mendidih, masukkan beberapa biji bebola ke dalam air. Masak sehingga bebola terapung.
Boleh juga kalau nak goreng. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.Saya goreng sahaja.

**saya buat beberapa biji bebola daging yang di balut dengan telur puyuh.

Untuk stew

Bebola daging
1 tin sup tomato Kimball
1 biji bawang besar- didadu kasar
2 ulas bawang putih- dicincang halus
1 kiub stok daging
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil celery kering
2 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
Beberapa batang cili api -kalau suka
3-4 cawan air - air boleh ikut sukatan yang kita rasa sesuai

(Banyak sayuran adalah mengikut  selera sendiri)
Baby carrot
Tomato cherry
Celery
Capsicum merah dan hijau
Cendawan shiitake

Cara membuatnya
Panaskan minyak zaitun secukupnya.
Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
Masukkan sup tomato dan air.
Masukkan kiub daging, lada hitam, celery, oregano dan garam.
Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran dan bebola.
Pekatkan kuahnya dengan bancuhan tepung jagung.

Hidangkan bersama roti atau nasi.

Ahad, 1 September 2013

MARBLE JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

 As-salam buat semua...
Cheese kek yang saya buat petang semalam sempena meraikan ulang tahun ke- 20 tahun perkahwinan kami,sama tarikh dengan Hari Merdeka ke-56 semalam.Gambar antik di atas di rakamkan kira-kira 20 tahun lepas...saya sengih sampai ke telinga!.My bodyguard pula muka serius sampai la ni...
Mujur juga buat waktu petang,saya boleh biarkan  ia satu malam dalam peti sejuk.Kalau buat pagi-pagi tentu saya dah tak sabar nak makan!.Pagi-pagi lagi saya cepat-cepat ambil gambar supaya my bodyguard dapat merasanya sebelum dia keluar.Siap pesan lagi,simpan sedikit untuk di makan bila dia pulang petang nanti.Saya dah tahu....dia adalah peminat cheese cake!..
Pada mulanya nak buat Cheese cake yang kosong sahaja tapi bila nampak Evelyn si cantik manis tu buat JCCCnya siap dengan corak marble dan di taburi Almond slice, nampak ringkas dan cantik pula.Terimakasih buat Evelyn kerana sudi berkongsi resepi kek yang cair dalam mulut ini...best!

MARBLE JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
Resepi:mybakingworkshop.blogspot.com/Evelyn Gemina.thanks

Bahan-bahan
A 
160 gm cream cheese
25 gm butter
120 gm full cream milk

B                                                                               
40 gm tepung kek/ gandum
30 gm. tepung jagung 

4 biji kuning telur
D 
4 biji putih telur 
1/8 sudu kecil cream of tartar
100 gm gula kaster
Secubit garam

E
1 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu besar air panas (tambah jika kurang)
                                    

Cara membuatnya

  • Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya dan alaskan dengan kertas minyak.Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium. 
  • Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair dan pekat.Matikan api. 
  • Masukkan bahan B, gaul sebati
  • Masukkan pula bahan C  
  • Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan
  • Pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk.Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
  • Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.
  • Satukan bahan E, tuang sedikit-sedikit ke atas kek dan swirlkan untuk membentuk marble. 
  • Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja.  
  • Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan dan sejukkan sepenuhnya.Hiaskan jika suka.
Cooling process:
*Untuk memastikkan kek nampak cantik & tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang dan sejukkan atas wire rack.
Potong kek bila sudah sejuk sahaja.