Rabu, 3 Ogos 2011

APAM STRAWBERRY

Pertama kali membuat Apam Strawberry ni hasilnya cukup memuaskan .Jika berkesempatan membuatnya saya selalu sediakan apam ini awal -awal jika ingin berkunjung ke rumah saudara mara,semasa majlis kenduri atau majlis kesyukuran. 
APAM STRAWBERRY
Sumber:Masriyah.blogspot

Bahan -bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan susu segar
  • 2 cawan tepung naik sendiri-di ayak
  • jem strawberry
  • pewarna yang  disukai
Cara membuatnya
  • Panaskan pengukus.
  • Pukul telur,gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang dan berwarna putih.
  • Masukkan susu segar,gaul sebati.
  • Masukkan tepung,sebatikan.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian  mengikut warna yang disukai.
  • Masukkan separuh adunan dalam acuan ,kemudian  masukkan sedikit jem strawberry,dan masukkan lagi adunan ke atas jem tadi sampai penuh
  • kukus selama10-15 minit.
#saya juga meletakkan kaya,blueberry.Rasanya juga sedap.

SAKIT/PAIN

Salam semua ...entri dalam bulan puasa ni kenalah ucapkan selamat berpuasa,
untuk kawan -kawan semua.Ok tak puasa hari ni.Saya macam biasa saja.Hari ni dah mula kerja selepas bercuti selama 4 hari.Masuk saja pintu wad ramainya insan -insan yang sedang sakit.
Hari ini kita tulis sikit pasal sakit.Saya ambil catatan ini semasa Dr.Syamsul bagi lecture pasal"pain the fifth vital sign.Dr. Syamsul adalah seorang doktor pakar bius kat HUSM..
  • Sakit adalah tanda-tanda orang muslim yang baik.
  • Doa orang yang sakit seperti doa para malaikat.
  • Apabila kita sembuh dari sakit,kita ibarat salji yang turun dari langit.
  • Allah ampunkan  dosa orang yang meninggal dunia  kerana sakit.
  • sakit:yang paling sakit,
  1. sakit sakaratul maut 
  2. sakit semasa melahirkan anak
  3. sakit gigi
  4. sakit glaucoma(mata)
  • Inilah di antara sakit -sakit yang paling hebat di atas dunia.Hanya Allah yang maha mengetahui.
Sakit adalah penyakit/pain is a disease.


Persepsi sakit dalam setiap manusia adalah pelbagai.
Ada manusia yang kuat tahan sakitnya dan ada juga manusia yang tidak tahan sakitnya walaupunmengalami kecederaan yang kecil.
Pain adalah perkataan Greek~dome-penalty-punishment from God.
Pain is a real when you get other people to believe in it.If no one believe in it but you,your pain is madness or histeria.

Selasa, 2 Ogos 2011

PUDING JAGUNG

Saya sangat suka makan puding .Tak kiralah puding apa pun.Puding jagung ni baru 2 kali buat tapi agak lembik sikit.Mungkin lain kali boleh adjust sikit.Kalau letak dalam peti sejuk lagi sedap di makan bila balik dari kerja.

PUDING JAGUNG
Sumber:MyR

Bahan A
  • 1 peket agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir(ikut manis masing-masing)
** Masak bahan di atas dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.Perlahankan api.

Bahan B
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 cawan air
  • 1 tin jagung krim 
  • 1 cawan susu cair 
  • sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya
  • Bancuhkan tepung kastard dengan air didalam periuk hingga larut. Hidupkan api perlahan.
  • Masukkan jagung krim dan susu cair.
  • Kacau campuran hingga memekat.Masukkan bahan A tadi dan sedikit pewarna kuning.
  • Kacau lagi hingga puding pekat dan berkilat.Rasa manisnya dan tambah sedikit gula lagi jika perlu
  • Angkat dari dapur dan tuangkan kedalam acuan pilihan
  • Sejukkan sebelum di potong dan dihidang.
                                                                                                                                                                

KERABU IKAN TONGKOL

 Tengok dalam peti, ikan banyak sangat .Kalau beratur nak di goreng tentu lambat habis.Jadi saya telah memproses ikan itu untuk di jadikan kerabu .Ini dia resipinya.Sedap di makan dengan nasi panas.ooii!..  terliurnya tengok gambar.

Bahan -bahan                                                                   
  • 1 ekor ikan Tongkol/ikan Aya
  • 2 labu bawang besar-dihiris nipis
  • 2 biji cili merah-di hiris nipis
  • 5 biji cili api-kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi.
  • Air perahan limau kasturi/limau nipis
  • Secubit garam/gula  ikut selera anda
  • 1kuntum bunga kantan -dihiris nipis
  • 2 biji pauh muda-dicincang halus.
  • sedikit daun sup-dihiris halus
Cara membuatnya.
  • Ikan tongkol di bakar atau di rebus(saya rebus je)
  • Bila dah masak carik-carikkan isi ikan dan masukkan kedalam mangkuk
  • Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati.
#kita juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan kembung.

PUDING KARAMEL

Puding karamel yang dibuat semasa majlis perkahwinan sepupu saya.Ia dibuat untuk hantaran kepada pihak lelaki.Yang saya buat tak sempat ambil gambar kerana kamera habis bateri.Dibawah ini adalah resipinya.Saya ambil dari blog Srs.Feqah.Terimakasih daun keladi.

PUDING KARAMEL 
Sumber:Srs.Feqah 

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar esen vanila
  • 2 sudu besar tepung jagung/tepung kastard
Cara membuatnya
  • Masak gula hangus hingga cair.Tuangkan air panas,kacau hingga sebati.Sejukkan.
  • Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu cair.Pukul hingga sebati(saya guna whisker sahaja)
  • Masukkan esen dan tepung jagung.
  • Tuangkan adunan gula hangus dalam loyang dan adunan puding.
  • Kukus hingga masak.
  • Bila masak terbalikkan puding karamel dalam bekas(tunggu sejuk dahulu).

Isnin, 1 Ogos 2011

PUASA AZIM..

Cerita Azim berpuasa hari pertama Ramadhan.Sepanjang hidupnya dia tak pernah lagi berpuasa. saya.. tak pernah memaksanya untuk berpuasa.Biarlah dia melakukannya tanpa paksaan.Hari-hari kerjanya cuma makan dan makan saja.Mula- mula saya tak percaya yang dia boleh melalui hari ini tanpa makan dan tanpa menangis.Malam tadi demand nak sahur dengan nasi lemak .Tercongok-congok saya kat dapur pukul 4 pagi nak siapkan nasi lomak itu.Makan sampai 2 pinggan di sapunya dengan sambal dan 2 biji telur rebus(makan telur putih saja).Hebat punya bersahur!.
Pukul 4 petang,dia cakap mata dah kabur.Alahai ni taktik nak makan la tu,kata saya dalam hati.Bertahan Azim,bertahan!.Pukul 6 petang pula dah muntah - muntah.Ciannya!.mandi sampai 2 kali dalam masa 2 jam.Minum air ke dia?.Anak dahlah nyawa-nyawa ikan berpuasa,saya pula dok fikir macam -macam.
Petang bawa gi bazar Ramadhan kat stadium ,dia cuma minta 4 jenis makanan kegemarannya iaitu nasi goreng,akok,roti jala dan air jagung.Bila azan semuanya di sapu licin sekali harung saja.

Dia tak bangun-bangun dari tempat duduknya akibat kekenyangan.Muka pucat lesi!!.alahai anak mama.
Apapun dia dah menghabiskan puasanya hari ni.Tahniah.

Ini dia makanan Azim buat berbuka
Abang dan kakak lagi simple cuma nasi kerabu aje.Saya pula ni dia...
Popia basah Chef Lanz.Bolehlah.
 Ramadhan buatku.

Ya Allah ,kau datangkan lagi Ramadhan buatku
ketika aku masih saja tak mampu
mensyukuri Ramadhan mu yang lalu

Hari-hari Mu masih saja ku lalui
tanpa isi
tanpa makna
tanpa syukur
bahkan dengan sikap takabur

Kadang kami masih saja lupa bahwa engkaulah
penentu..
kadangkala kami masih saja merasa
kebenaran itu hanya punyaku 
yang lain bukan makhlukMu
yang lain bukan umatMu

Dalam doa seringku sampaikan dengan memaksa
seolah akulah lebih tau dari Mu
doa ku bukan harapan 
tapi itu keharusan
dan ketika ada satu yang tak Kau kabulkan 
seolah hilang seluruh nikmat yang kau limpahkan.


sumber:Fandy Tarakan .




RAMADHAN-BULAN MULIA

Catatan ini ditulis sehari sebelum Ramadhan .Tapi tak dapat diposkan kerana line internet ada masalah.

Ramadhan dah dekat!.hati menanti dengan penuh gembira.Ramai yang tak sabar menanti kehadirannya.Ramai juga yang tak putus berdoa."Ya Allah pertemukan lah aku dengan dia."
Yang biasa kita dengar...
"alaa,nanti bulan Ramadhan aku bangun la solat malam ."
"alaa, nanti bulan Ramadhan aku mengaji la banyak -banyak."
"alaa, relaklah dulu.Baru bulan Sya'aban ,nanti masuk Ramadhan aku berhentilah merokok.
Kita memandang bulan Ramadhan hanya pada sebulan yang bernama Ramadhan.Kita tunggu Ramadhan baru nak
khatam Al- Quran ,kita tunggu Ramadhan baru nak solat tahajjud.Namun jika di fikir logik akal sekalipun analoginya mudah,mampukah kita memenangi pertandingan marathon sejauh 30km jika sekalipun kita tidak pernah berlatih berlari.
Mampukah juga tiba-tiba kita menjadi sangat kuat untuk bangkit dari tidur pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud sepanjang 30 malam andai hari-hari sebelum itu pukul 3 pagi pun  kita masih lena di katil empuk.
Marilah kita duduk dan bermuhasabah.Bagaimana persediaan kita menyambut bulan mulia ini.Bulan Sya'aban bukanlah bulan kita' menunggu' kehadiran Ramadhan ,tapi bulan sya'ban  ini bulan paling semangat persediaan ibadah kita menyambut kehadiran Ramadhan.
Suatu hari Jibril AS telah datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata;"Wahai Muhammad ,barangsiapa yang melalui Ramadhan ,tetapi tidak di ampunkan dosanya,maka dia di jauhkan dari Allah.Katakan lah ..amin."
Dan Rasulullah mengaminkannya.Bagaimana Ramadhan  kita sebelum ini ya?adakah kita golongan yang di jauhkan dari Allah itu?Nauzubillah.
Tapi kenapa lepas saja habis bulan Ramadhan,kita dah tak tahajjud lagi?.Tapi kenapa lepas habis saja bulan Ramadhan ,jarang-jarang pula kita baca Al-Quran Kalam Allah itu?.

Duduk sejenak,renung-renungkan dan muhasabah kembali diri kita.Ramadhan kali ini-1432H/2011 entah sempat entah tidak kita laluinya.Bukankah mati itu bila -bila masa datangnya?.
"Ya Allah sampaikan kami pada Ramadhan kali ini."amin~.
Kalau masa kecil dulu kita puasa sebab nak dapat duit banyak .Kalau ketika belasan tahun dulu kita puasa sebab nak dapat pahala banyak,biarlah puasa kali ini adalah puasa untuk mendapat redha dan ampunan Allah semata- mata.
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan ,dan berkira-kira(bersungguh-sungguh memperhatikan amalnya)maka diampunkan  untuknya segala dosanya yang lalu."(Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Nasaai,Tirmizi, Abu Dawud dan Ahmad).
Kerana keredhaan Allah itu dan keampunan Allah itu lebih besar dari pahala.Siapa kita mahu menghitung -hitung pahala amal kita sedangkan pahala dan dosa itu rahsia Allah.Siapa kita nak rasa senang dan lapang dengan pahala amalan kita sedangkan pahala itu boleh terhapus dengan dosa-dosa yang kita lakukan.Damba dan letakkan harapan hanya pada redha dan keampunan Allah kerana keampunan Allah itu menghapus dosa-dosa malah menggantikan kebaikkan pada diri kita.Subhanalah...

DARI MAILBOX-MAILING LIST

MODEM INTERNET

Satu Ramadhan ...selamat datang dengan hati yang terbuka.
Hari yang bahagia..sebabnya talian Streamyx Wi-Fi dah pulih sepenuhnya.Semalam dah berkunjung kekedai telekom kat bandar Kota Bharu,nak bertanya masalah internet.Rupa-rupanya kena lapor kat talian 100.Hai darat betul saya,talian dah hampir sebulan kiook baru nak lapor.Seperti kata operator tu,'kenapa puan baru nak lapor,!...kalau dia ada kat depan dah tentu saya tersengih-sengih.'Ok..kami akan baiki dalam masa 24 jam,janjinya. Hari ini 1 Ramadhan mujur cuti,2 orang pekerja telekom datang .Ada mujur lagi ,my body guard ada sekali.Bolehlah bagi naik.Kalau tidak seram juga sebab kita dok sorang-sorang.Semuanya beres.Rupanya ada satu wayar yang bersambung ke modem rosak.Itulah puncanya.Alahai........

Sabtu, 30 Julai 2011

KISAH SI KECIL ITA........

Kita nak tulis karangan hari ini.Dah hobi menulis balik apa yang dah dibaca,nak buat macam mana.Tulis ajelah...kisah ini saya dapat dari seorang kawan dekat e-mail box saya.Sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya.
Kisah si kecil Ita.........(yang membuatku menitis air mata))
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan.Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya....kerana kereta itu berwarna gelap,lakarannya jelas.Hari itu ibubapanya bermotosikal ke tempat kerja.
Penuh sebelah kanan ,dia beredar ke sebelah kiri kereta .Kejadian itu langsung tidak di sedari oleh pembantu rumah.
Pulang petang itu,terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun di beli,berbatik-batik .Si bapa yang belum pun masuk ke dalam rumah terus menjerit,'siapa punya kerja ni?'.Pembantu rumah yang terkejut dengan jeritan itu berlari keluar.'Tak tahu...!'saya tak tahu tuan..!
'Duduk rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?'herdik si isteri lagi.
Tiba-tiba anaknya berlari keluar dari bilik.Dengan penuh manja dia berkata'Ita buat ayah...cantikkan?'katanya menarik ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya,terus di pukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.Ita yang tidak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan.
Puas memukul tapak tangan,si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.Si ibu berdiam diri.Mungkin  setuju dan berasa puas dengan hukuman yang di berikan .Pembantu rumah melopong.Tak tahu nak buat apa-apa.Sungguh kesian dan terasa sedih.Namun dia sangat takut.Selepas puas memukul kedua-dua tangan anaknya,si bapa masuk ke dalam rumah diikuti oleh si ibu.Pembantu rumah segera mengendong anak keci itu masuk ke dalam biliknya.

Dilihatnya tapak dan belakang tangan  si anak calar balar.Segera dimandikannya sambil menangis teresak -esak kedua-duanya.Anak kecil itu pula menjerit-jerit kesakitan menahan pedih terkena air.Pembantu rumah kemudiaan menidurkan anak kecil itu.
Keesokkan harinya kedua-dua tangan  menjadi bengkak.Pembantu rumah mengadu.'sapukan minyak gamat tu'.kata si bapa.Pulang dari kerja, dia tidak melayan  anak kecil itu yang duduk di bilik pembantu.Kononnya mahu mengajar anaknya itu.
Tiga hari berlalu,si ayah dan ibu langsung tidak menjenguk anaknya tetapi setiap hari,si ibu bertanya pada pembantu rumah.'..Ita demam...'jawab pembantu ringkas.'Bagi makan Panadol tu',balas si ibu.

Sebelum tidur si ibu mnjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya itu dalam pelukan pembantu rumah,dia menutup semula pintu.Masuk hari ke-4,pembantu rumah memberitahu,bahawa suhu badan Ita terlalu panas.'petang nanti kita bawa ke klinik,pukul 5.00 petang siap' kata majikannya.
Si anak yang longlai di bawa ke klinik dan kemudiannya di rujuk ke hospital besar kerana keadaannya nya serius.Selepas seminggu di wad pediatrik doktor memnggil kedua-dua ibubapanya.
'tiada pilihan...'katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan anaknya di potong sebab ia sudah menjadi gangrene.Ia sudah bernanah ,demi nyawanya tangan perlu di potong dari siku ke bawah' kata doktor.Si ibu meraung merangkul anaknya .Dengan tangan terketar-ketar si bapa menandangi surat kebenaran pembedahan .Keluar dari bilik pembedahan ,selepas kesan ubat bius habis ,si anak menangis kesakitan dan terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut.Di renung muka ayah dan ibunya,kemudian ke wajah pembantu rumah....'abah...mama.. Ita tak buat lagi.Ita tak mahu ayah pukul.Ita tak mahu jahat.Ita sayang abah ..sayang mama dan kak Narti katanya berulang kali.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis..'..abah bagilah balik tanganIita.Buat apa ambil...Ita janji tak buat lagi!Ita nak makan macam mana?Ita janji tak conteng kereta lagi.Abah bagi balik tangan Ita '...,katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu  mendengar kata-kata anaknya.Takdir yang sudah terjadi tiada manusia yang dapat menahannya.
Didiklah dan pukullah anak anda denga penuh kasih sayang,bukan untuk lepaskan geram dan marah anda.
Walaupun manusia sering melakukan kesilapan ...mungkin ada yang boleh di maafkan atau di perbetulkan semula.Dan ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan  yang tidak berpenghujung.Terlajak perahu boleh di undur .Terlajak perbuatan sesal selamanya.....Allah maha besar.

MENUNGGU RANKING NOMBOR 7.

Cuba baca apa yang Pak Ungku Aziz kata.Segala-galanya benar belaka.Ia berlaku hari-hari di setiap saat kehidupan kita....DARI CATATAN E-MAIL KAMPUS.