Tips membuat kek - mengelakkan kek menjadi kering
- Bahan-bahan tidak disukat dengan betul.
Kadangkala penimbang jenis spring yang kita gunakan tidak berfungsi dengan betul. Ini menyebabkan sukatan menjadi tidak tepat. Anda disarankan menggunakan penimbang jenis digital kerana timbangannya lebih tepat. Harganya dalam lingkungan RM 120 dan boleh dibeli dikedai-kedai menjual kek. Walaupun harganya sedikit mahal dari penimbang jenis spring tetapi berbaloi menggunakannya.
- Suhu ketuhar
Ada sesetengah orang suka mengubah kuantiti bahan yang ditetapkan dalam resepi. Jika dalam resepi menghendaki 10 biji telur, tapi digunakan 9 sahaja. Jika 100 gm susu pekat , dikurangkan
50 gm saja, kononnya nak jimat. Jangan amalkan sikap sedemikian kerana anda tidak akan mendapatkan hasil yang sepatutnya kerana bahan-bahannya telah dikurangkan.
50 gm saja, kononnya nak jimat. Jangan amalkan sikap sedemikian kerana anda tidak akan mendapatkan hasil yang sepatutnya kerana bahan-bahannya telah dikurangkan.
- Penyimpanan
Kek yang baru keluar dari ketuhar memang kering kerana masih lagi panas. Sebaiknya sejukkan kek anda semalaman dan keesokannya barulah boleh dipotong. Ini untuk memberi peluang kepada kek untuk menyerap lembapan udara dan mengeluarkan minyak bagi melembabkan kek tersebut. Ataupun setelah kek disejukkan balutkan dengan aluminium foil dan simpan semalaman. Keesokannya tentu kek menjadi lembab. Juga tidak boleh didedahkan pada udara persekitaran terlalu lama kerana membuatkannya kering. Hidang untuk dimakan saja yang selebihnya bungkus dengan aluminium foil atau plastik wrap dan simpan dalam bekas kedap udara.
- Perbezaan bahan-bahan mentah
Bahan-bahan mentah memainkan peranan penting dalam pembuatan kek, kuih muih atau biskut. Bahan-bahan asas seperti mentega, gula, tepung dan telur maka terhasillah sesuatu produk itu. Penggunaan mentega tulin menghasilkan kek yang lebih lembab. Jika gunakan mentega jenis campuran, kek lebih kering dan terpaksalah menambahkan sedikit air atau susu agar kek lebih lembab.
Penggunaan tepung seperti tepung gandum dan tepung kek juga menghasilkan perbezaan dari segi tekstur dan kelembapan kek. Jika anda membuat kek lapis atau lain-lain kek menggunakan tepung gandum biasa kek akan lebih kasar,keras atau kering. Oleh itu gunakan tepung kek atau superfine untuk membuat kek biasa dan untuk kek lapis sebaiknya gunakan tepung Hong kong kerana ia lebih halus.
Penggunaan telur juga memainkan peranan kerana telur membekalkan cecair kepada adunan kek bagi menjadikannya lembab. Semua resepi dalam variasi kek lapis menggunakan telur gred A. Jika anda menggunakan telur gred B saiznya lebih kecil. Jika anda tidak menambahkan telur, maka adunan kek kekurangan cecair dan menjadikannya kering apabila masak.
Sumber: Majalah Saji
Gambar:Cik Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan