
Salam bahagia buat semua....
Horee...saya dapat cuti selama 4 hari.Dapatlah buat tugasan yang dah tertangguh sekian lama .Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi resipi yang biasa di buat di dapur rumah ini iaitu Pengat sotong.Mula-mula tengok dulu rasa pelik juga sebab sotong di buat pengat. Biar betul!.


PENGAT SOTONG
Sumber:daridapursuzana
Bahan-bahan
- sotong saiz kecil
- santan
- beberapa helai daun pandan
- gula melaka
- garam secukup rasa
- gula secukup manis
- beras pulut
- hirisan halia -potong halus
* tiada sukatan asas untuk resipi ini.
Cara membuatnya
- Basuh bersih beras pulut dan tanak pulut sehingga masak.
- Bersihkan sotong ,jangan di potong.
- Masukkan santan,hirisan halia dan beberapa helai daun pandan ke dalam periuk.
- Masukkan sotong dan masak dengan api perlahan sambil di kacau sekali sekala.
- Jika santan nampak agak pekat ,bolehlah di tambahkan air secukupnya sebagai kuah pengat.
- Bila kuah mendidih ,masukkan beberapa keping gula melaka.Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Bila sotong masak,bolehlah di hidang kan bersama pulut.Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan