Pagi ini cuaca di Kota Bharu mendung sungguh kerana hujan turun tak berhenti dari pagi lagi.Tak dapatlah nak berjalan-jalan hari ini, saya buat aktiviti indoor sahaja iaitu masak dan makan!.Saya sempat menyiapkan sarapan pagi yang simple sahaja sebab sekejap lagi nak masak untuk makan tengahari pula...
ROTI TELUR HANCUR
Olahan:daridapursuzana
bahan-bahan
1 batang sosej-celur sekejap
1 biji telur
1 pokok daun sup
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak canola
bahan sampingan
2 keping roti perang
1/2 cawan kacang panggang
Cara membuatnya
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan daun sup yang telah dihiris halus,sosej yang di potong bulat,serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Kacaukan biar bergaul rata.
- Panaskan minyak canola dan masukkan adunan telur tadi dan kacaukan biar ia menjadi hancur.
- Goreng hingga telur kelihatan garing.Angkat dan ketepikan.
- Hidangkan bersama roti perang dan kacang panggang yang telah di panaskan sebentar.
sedapnya..sesuai sangat makan time breakfast..sihat dan mengenyangkan..
BalasPadamSimple tapi bervariasi Suzana... suka kacang panggangnya tu.
BalasPadam