Semoga hidup kita sentiasa di rahmati dan di berkati olehNya di pagi Jumaat yang mulia ini.Saya baru saja balik dari bertugas malam,nak tidur pun mata masih tak mengantuk lagi.Sempat lagi ni nak postkan resepi Kek Black Forest yang telah saya cuba buat dari blog Happy cooking time/Ida Japan.Dalam banyak-banyak resepi Kek Black Forest,resepi dari Ida ni nampak mudah.Lagipun kek ni baru pertama kali saya buat,cuba resepi yang mudah dahulu.Nanti-nanti kalau dah pro kita buat Kek Black Forest yang macam kat kedai tu!..
KEK BLACK FOREST
By:Sharm 1969@My Resepi
Sumber:HAPPY COOKING TIME .Thanks
Loyang saiz 9 inci
Kalau nak kek lebih besar,boleh buat 1 1/2 adunan atau gandakan.
Bahan-bahan
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air sejuk
20 ml minyak jagung/mentega cair
Bahan krim
400 ml whipping cream
6-7 sudu besar gula kastor saya tak letak
secubit garam
Campurkan semua bahan krim dan pukul hingga kembang dan pekat(jangan terlalu pekat)
Cara membuat kek dan hias
- Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
- Perlahankan putaran, masukkan minyak.
- Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
- Sejukan kek, potong 2 lapisan atau 3 lapis.
- Sapu krim dan letakkan beri.( saya sapu krim, sapu sikit blueberry filling dan tabur coklat parut di setiap lapis )
- Letak lapisan akhir kek atas lapisan yang telah di krim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
- Hiaslah mengikut citarasa kita.
- Saya hias atasnya dengan blueberry filling yang dicampurkan sedikit dengan air panas.Tepi atasnya dengan coklat parut. Tepi kek juga saya hias dengan parutan coklat masakan.Boleh juga guna chocolate rice.
black forest cake memang sedap kan kak..lamanya x buat kek ni..nak sepotong bleh?hehe..
BalasPadamBoleh saja,tapi tengok sepotong kat dalam gambar lah ye..cuci mata pun kenyang jugak kan!
PadamDuk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye ��
BalasPadam