Kek keladi menjadi kesukaan saya sejak dulu lagi.Baru dalam tahun ini saya berpeluang cuba membuatnya,walaupun resepinya dah lama tersimpan.Saya belajar membuatnya dalam satu sesi kelas membuat kek kira-kira 7 tahun lepas.Kek keladi ini tidak menggunakan santan seperti kebiasaan kek keladi yang biasa kita makan.Jadi risiko kek rasa basi (beli masa raya la tu!) tiada.Bezanya,cuma ia tidaklah rasa berlemak sangat adunan keladinya kerana tidak menggunakan santan.
KEK KELADI
Resepi:Puan Sharifah Munirah/Baking class Harmuni.Thanks.
Bahan kek
250 gm tepung sponge mix
50 gm air
50 gm mentega cair/minyak
4 biji telur
sedikit esen vanila
Cara membuatnya
- Putar tepung sponge mix,telur dan air sehingga gebu.
- Masukkan esen vanila dan putar lagi.
- Masukkan mentega cair dan kacau perlahan-lahan.
- Masukkan ke dalam loyang yang telah berlapik dan bakar pada suhu 180'c sehingga masak.
- Sejukkan kek sebelum di potong kepada lapisan.
Bahan untuk adunan keladi
600 gm keladi pinang
sedikit garam
2 helai daun pandan
2 sudu besar mentega
1/2 paket /50 gm tepung Hong kwe putih
1 cawan air
susu pekat manis secukup rasa
sedikit pewarna ungu
sedikit esen vanila
Cara membuatnya
- Rebus keladi bersama daun pandan dan sedikit garam sehingga empuk.Bila sudah masak,toskan.
- Kisar keladi bersama susu pekat manis, mentega, pewarna ungu dan tepung hong kwe yang telah di bancuh dengan 1 cawan air.
- Kacau di dalam periuk yang tidak melekat sehingga pekat dan berkilat dengan api sederhana sehingga betul-betul masak(adunan keladi meletup-letup kecil).
- Akhir sekali tambahkan esen vanila.Kemanisan adunan keladi bergantung kepada sebanyak mana susu pekat manis yang kita gunakan.
- Potong kek kepada 2 atau 3 lapisan.
- Lapiskan setiap lapisan kek dengan adunan keladi.
- Sapukan adunan keladi pada keseluruhan kek.
- Taburkan sedikit kelapa kering untuk hiasan.Saya paipkan sedikit adunan keladi yang lebih di atas kek.
- Sejukkan kek di dalam peti sejuk,kemudian bolehlah di potong.
**jika tiada warna ungu,campurkan saja warna biru dan merah jambu.
**Jika adunan keladi terlalu pekat,tambahkan sedikit air.
sedapnyerr...
BalasPadamnampak gambar semua sedap kan!..
Padam