Ahad, 27 Disember 2015

IKAN SIAKAP MASAK LAPRIK

As-Salam buat semua..
Sebelum ni tak pernah dengar..apalagi pernah merasa ikan dimasak cara ini.
Semasa annual dinner hari tu..
Salah satu hidangan adalah Ikan Siakap masak sos Thai
Best sangat dan lain dari resepi yang biasa kita buat.
Saya dah berkenan dengan rasanya.
Saya google dan dapatkan resepinya dan buat ikut citarasa sendiri
Betul la memang best..harus di cuba
Resepi dari yatiememories.blogspot
thanks.
Let's try masak.

IKAN SIAKAP MASAK LAPRIK

Bahan-bahan
1 ekor Ikan Siakap
sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
10 tangkai cili padi-potong kecil
5 ulas bawang putih-cincang halus
5 sudu besar sos Thai
1 biji bawang besar-potong dadu
1 tangkai daun ketumbar
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
daun salad,tomato dan cili besar-hiasan
minyak masak secukupnya.

Cara memasaknya
  • Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing,angkat dan letakkan dalam pinggan.Ketepikan.
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  • Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  • Kemudian masukkan sos thai ,bawang besar dan daun ketumbar.
  • Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan mendidih sebentar.
  • Angkat dan curahkan ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan dengan bahan hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan