Rabu, 30 Januari 2019

AISKRIM DURIAN

Assalam buat semua..
Aiskrim ni ada rasa durian yang sedap.
Saya menggunakan isi durian frozen.
Ia masih ada rasa durian asli sebab masa di frozenkan durian masih fresh.
Let's try  buat.

AISKRIM DURIAN
1 cawan isi durian
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovalette
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya

  • Putarkan kesemua bahan-bahan hingga kembang dan gebu.
  • Curahkan ke dalam bekas sesuai.
  • Bekukan di dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk di nikmati. 

Isnin, 14 Januari 2019

WHITE LADY CAKE


Assalam buat semua..
Cuti dua hari dah habis hari ini.
Alang-alang jadi surirumah dua hari ni,pagi tadi saya baking kek.
Dah lama tak buat kek yang sedap ni..
dari nak makan sikit,sudahnya berkeping-keping saya makan.
Let's try baking

WHITE LADY CAKE
Bahan untuk kek span
4 biji telur gred B
2 biji kuning telur
100 gm tepung superfine/tepung gandum
60 gm tepung jagung
100 gm gula kastor
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil ovalette
50 gm air sejuk
75 gm minyak/mentega cair

Bahan krim
250 gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat /ikut manis sendiri
1/2 buku keju cheddar-parut

Car membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak/mentega ke dalam bekas.
  • Putar hingga ringan dan gebu.
  • Setelah itu kaup-balik minyak/mentega ke dalam adunan sampai rata.
  • Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Biar ia sejuk. Potong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan krim

  • Putar cream cheese dan susu pekat hingga sebati.
  • Setelah itu sapu di antara lapisan kek dan tabur keju parut setiap lapisan.
  • Sapu kesemua bahagian kek di luar dan tabur keju parut selebihnya.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum di potong.


Sabtu, 12 Januari 2019

CUCUR JAGUNG MANIS

Assalam buat semua..
Cucur jagung yang rangup diluar dan lembut di dalam
Sedap di makan waktu pagi atau petang.
Tambahan pula kalau makan beramai-ramai.
Cepat saja habis..
Let's try masak

CUCUR JAGUNG MANIS.

Bahan-bahan
2 cawan isi jagung rebus
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 labu bawang besar-dadu
2 tangkai daun ketumbar-hiris halus
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar marjerin campur 1/2 cawan air panas.
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
air secukupnya

Car membuatntya

  • Gaul rata kesemua bahan dan perap selama 1 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng cucur hingga habis
  • Sedap dimakan bersama sos cili Thai.

Khamis, 10 Januari 2019

PUDING SANTAN PELANGI

Assalam buat semua..
Kali ini saya kongsikan resepi Puding Santan Pelangi ni.
Kan best kalu petang-petang balik kerja buka peti sejuk dah ada puding yang sedap ni.
Buat warna- warni lagi nampak menarik
Tapi tu lah..gambar blur sikit
Let's try buat.

PUDING SANTAN PELANGI
Bahan-bahan
20 gm agar-agar-rendam sekejap
1 cawan gula- atau secukup rasa sendiri
1 cawan santan pekat
5 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit gula batu
secubit garam
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Tambahkan gula,garam dan gula batu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian
  • Bahagian pertama 3 1/2 cawan,biarkan kosong
  • Bahagian kedua 2 1/2 cawan dan tambah satu cawan santan pekat.
  • Letak 3 pewarna pilihan.
  • Bekukan dalam freezer sebentar
  • Bila dah beku,potong kiub kecil.
  • Basahkan acuan dan masukkan agar-agar kosong.
  • Tambahkan agar-agar kiub ,kemudian sejukkan semula di dalam peti sejuk. 

Rabu, 9 Januari 2019

SPAGHETTI CARBONARA

Assalam buat semua..
Western today..tu pun sebab dah lama tak makan spaghetti.
Beli stok banyak pastu dok terperap lama dalam kabinet dapur sampai terlupa.
Dah teringat ni,kita masak la.
Boleh makan-makan sambil baca novel.
Novel tengah baca ni bertajuk Pulang..best ceritanya sampai saya 'masuk' dalam buku tu.
Ok let's try masak.

SPAGHETTI CARBONARA
Bahan-bahan
1 paket spaghetti
1 biji bawang Holland-cincang
5 ulas bawang putih-cincang
5 batang sosej-potong kiub kecil
1 tin cendawan-hiris nipis
2 tin sos carbonara prego
1 liter susu segar
serbuk lada hitam
oregano flakes
daun pasli/ketumbar-cincang

Cara membuatnya

  • Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
  • Rebus spaghetti sampai masak dan toskan.Gaul sedikit minyak agar ia tidak melekat.
  • Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
  • Masukkan sosej dan cendawan butang. Gaul rata.
  • Taburkan oregano flake dan serbuk lada hitam.
  • Tambahkan sos Prego Carbonara.
  • Tambahkan susu dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Boleh juga di tambah cheese slice jika suka
  • Letakkan spaghetti ke dalam pinggan dan curah sos di atasnya.
  • Taburkan dengan pasli/ketumbar cincang
  • Boleh juga di gaul terus semua spaghetti tadi dan hidangkan.

Isnin, 7 Januari 2019

FRUIT PASTRY CAKE

Assalam buat semua..
Walaupun dah lama kek ni popular dari tahun 2011 lagi tetapi baru sekarang saya berpeluang membuatnya.
Bila dah semua orang dok viral dan kata sedap,mula lah kita terasa nak membuatnya..
Tapi dah taste kita ni subjektif..
Bagi saya rasanya ok lah juga,harga yang di jual pun boleh tahan mahal.
Nak buat kek hati kena cool..
Baru lah kek lembut..kan!
Let's try baking

FRUIT PASTRY CAKE

Bahan-bahan
100m gm unsalted butter
160 gm gula kastor
50 gm sour cream/yogurt
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 biji oren/lemon-parut kulit
190 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buahan sitrus(strawbery,blueberry,peach,raspbery dll.)

Cara membuatnya

  • Satukan tepung dengan baking powder dan ayak.
  • Cuci buah-buahan,potong dan toskan.Gaul dengan 2 sudu besar gula(saya skip).
  • Kalau guna buah dalam tin,basuh buah dan toskan.
  • Dalam mixer,putar butter,sour cream dan gula hingga putih dan gebu.
  • Masukkan telur satu persatu dan terus putar.
  • Adunan akan nampak pecah dan berbintil-bintil(normal).
  • Masukkan esen vanila dan kulit limau dan terus putar.
  • Tutup mixer dan kaup-balik tepung sampai rata. Adunan akan jadi pekat.
  • Tuang dalam loyang 8 inci yang di lapik baking sheet.
  • Taburkan buah-buahan di atas adunan.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 45 minit -1 jam atau sehingga kek masak sempurna-permukaan atas akan golden brown.

Ahad, 6 Januari 2019

NASI GORENG IKAN REBUS

Assalam buat semua..
Nasi leftover semalam simpan dalam peti sejuk.
Pagi-pagi lagi dah goreng nasi sejuk
Makan panas-panas habis sepinggan.
Lets try masak

Bahan-bahan
3 cawan nasi sejuk
2 ekor ikan rebus
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 -3 biji cili padi-potong kecil
1 biji tomato hijau
serbuk cukup rasa Maggi
2 helai daun kubis-potong halus
sos ikan secukup rasa.

Cara membuatnya

  • Tumbuk bawang merah,bawang putih hingga hancur.
  • Masukkan isi ikan rebus dan tumbuk lagi.
  • Panaskan minyak secukupnya untuk menumis.
  • Tumis campuran bawang dan ikan tumbuk hingga naik bau dan garing.
  • Masukkan nasi dan sedikit air.Gaul rata.
  • Goreng dengan api sederhana sambil di kaup balik sekali-sekala.
  • Tambahakan cili padi,kubis,serbuk cukup rasa,tomato hijau dan sos ikan
  • Sesuaiakan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Sabtu, 5 Januari 2019

MILO SLICE

Assalam buat semua..
Kudapan dalam bentuk biskut bar yang sedap.
Mudah dan ringkas sahaja resepinya
Saya buat tidak berapa manis.
Sedap juga buat overnight kudapan..ehh ada ke malam-malam kudapan.
Senyum...
Let's try baking

Bahan-bahan
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan rolled oats
2/3 cawan serbuk kelapa kering(shredded coconut)
2/3 cawan gula perang
1/2 cawan milo
1 biji telur-kacau sedikit
125 gm butter-cairkan

Cara membuatnya

  • Satukan bahan -bahan kering.
  • Campurkan dengan butter cair,telur dan kacau rata.
  • Padatkan campuran di dalam loyang empatsegi yang telah di lapik baking sheet.
  • Bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit.
  • Sejukkan dahulu baru di potong dalam bentuk bar.

Rabu, 2 Januari 2019

KASTARD JAGUNG

Assalam buat semua..
Ini post pertama di tahun 2kosongsatu9.
Kuih Kastard jagung ni sudah beberapa kali saya buat dalam tahun lepas.
Bunyi macam lama jer tapi baru dua hari lepas..
Ok..rasanya sedap dan rasanya kurang manis sesuai dengan selera.
Let's try buat

KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin jagung cream
1 cawan corn's kennel
1 pek tepung bird's custard(300 gm)
6 cawan air
1 cawan santan
gula secukup manis
1 sudu teh esen vanila
daun pandan
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan-bahan di dalam periuk.
  • Kacau di atas api sederhana sampai pekat
  • Bila mendidih dan adunan meletup-letup kecil boleh lah di angkat
  • Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.