Khamis, 13 Februari 2020

TAUFU FA

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi pencuci mulut yang mudah.
Hanya menggunakan air soya kotak dan agar-agar.
Boleh lah nak buat basahkan tekak pada hari yang panas
Tak pun sebagai dessert selepas makan nasi.
Makan panas-panas ataupun sejuk,semuanya sedap.
Let's try buat.

TAUFU FA

Bahan
2 kotak air soya
Agar-agar tali/26 gm.
2 cawan air biasa
daun pandan

Cara membuatnya

  • Masak agar-agar dengan air dan masukkan daun pandan .Masak hingga agar-agar larut
  • Tambahkan air soya dan biarkan seketika.
  • Tapiskan ke dalam bekas sesuai.
  • Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
Air gula
Larutkan 1 keping gula melaka dengan 2 cawan air.
Tapis dan sejukkan.

2 ulasan:

  1. Sedapnya dessert dia. Rasa dah masuk tekak taufu fa sejuk ni...heheheee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Amie,bulan puasa ni nak buat yang ni lah..lagipun yang di buat sendiri tidak begitu manis.

      Padam