Isnin, 20 April 2020

SAMBAL UDANG MADU

Asslam buat semua..
Hari ini saya masuk bertugas jam 2100.
Pagi-pagi masuk dapur goreng mee,siapkan sebiji kek tempahan.
dan masak kuah Kari daging untuk dimakan dengan Roti jala yang telah ditempah.
Kemudian kemas dapur untuk masak makan tengahari pula.
saya buat Ayam goreng butter untuk anak-anak dan Sambal tumis udang madu.
Dah siap semua baru boleh rehat dan taip resepi.
baru lah boleh tidur supaya malam ini tidak mengantuk sangat.
Let's try buat.

SAMBAL TUMIS UDANG MADU

Bahan-bahan
1/2 kg.udang
1 senduk sederhana cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu teh jus limau nipis
daun limau purut
1 batang serai-ketuk
2 sudu besar madu
serbuk cukup rasa Maggi

Bahan kisar
1/2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 biji buah keras
1/2 cm belacan

hirisan daun sup

Cara mmembuatnya

  • Panaskan minyak dan goreng udang sebentar.Ketepikan.
  • Buangkan sedikit lebihan minyak menggoreng udang dan tumis bahan kisar hingga masak.
  • Masukkan kesemua bahan lain kacau rata.
  • Tambah sedikit air dan masak hingga mendidih dan masukkan udang.
  • Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
  • Bolehlah di angkat.
  • Taburkan sedikit hirisan daun sup

6 ulasan:

  1. Bubuh madu dalam sambal memang padu betul rasanya!

    BalasPadam
  2. Sedapnya sambal udang. Tak pernah lagi masak letak madu. Kira ganti gula lah ni. Nanti boleh cuba ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul dah..sebagai ganti gula,lagipun anak-anak tak suka makan madu,jadi salah satu cara saya masukkan dalam masakan.

      Padam