Khamis, 6 Ogos 2020

DONUT

Assalam buat semua..
Seminggu dua ni hidup ada sibuk sedikit menguruskan Azim yang akan belajar di Kolej Matrikulasi,Kepala Batas,Penang.
Dah berjauhan seorang anak yang selalu saja...
pantang nampak saya cuti mesti oder makanan sedap-sedap yang dia suka makan.
..yang juga membuatkan saya belajar buat macam-macam masakan,walaupun tidak berapa mahir memasak,buat kek,roti dan dessert.
Seperti Donut coklat ini,Azim minta saya buatkan sebelum dia tinggal di Penang.
Semua donut sama sahaja kecuali saya hias pelbagai supaya nampak menarik.
Let's try buat.

DONUT 

Bahan A
Che Azim Ashmawi 
2 sudu besar yis Mauripan  

1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
**Campur semua bahan biarkan kembang.

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara membuatnya
  • Gaul rata kesemua bahan B sehingga jadi serbuk roti dan campurkan dengan bahan A.Gaul rata.
  • Biarkan kembang(dalam 15 minit )
  • Bila dah kembang,tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
  • Kemudian terap guna acuan ataupun bentukkan bulat.
  • Biarkan ia kembang sekali lagi (dalam15 minit).
  • Goreng dalam minyak yang cukup panas sederhana dengan api perlahan.
  • Toskan dan biarkan sejuk sebentar.
  • Boleh lah di salut dengan gula halus ataupun celup coklat cair dan hiaskan seperti dalam gambar di atas.

2 ulasan:

  1. Tahniah Azim. Moga terus bersemangat belajar di tempat baru.
    Rajinnya hias donut. Cantik2 semuanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih Amie..hahaha dah dua minggu berlalu,hari ini baru dapat jumpa di sini..sooo busy.Terimakasih.

      Padam