Rabu, 21 September 2011

Tip membuat kek keju.

Tip membuat kek keju-dari Chef Zamzani Abdul Wahab.

Kek keju terbahagi kepada dua jenis iaitu yang di bakar dan di sejukkan dalam peti ais sehingga 'set'dipanggil 'chilled cheese cake' dan selalunya dimasukkan serbuk gelatin bagi membantu proses itu.
a)Mengadun
  • Pastikan semua bahan seperti krim keju,krim ,gula dan telur yang digunakan berada pada suhu bilik,jika tidak adunan akan berketul dan tidak rata.
  • Jika krim yang digunakan terlalu dingin kemungkinan anda memukulnya terlalu lama dan hasilnya mengandungi gelembung-gelembung udara pada permukaan kek.
  • Keju krim seharusnya dipukul dahulu sehingga kembang sebelum dimasukkan bahan -bahan lain.
  • Jika adunan kek keju masih berketul,anda boleh menapisnya ataupun mengisarnya selama beberapa minit sehingga halus.
b)Tekstur kek keju
  • Kebanyakkan kek keju yang murah harganya agak keras apabila dibandingkan dengan kek keju yang tinggi harganya.Ini disebabkan kandungan tepung jagung yang mungkin agak tinggi.
  • Jadi ,kalau anda mahukan tekstur  yang licin dan mewah ,elakkan tepung jagung sepenuhnya.



c)Membakar
  • Pada dasarnya kek keju adalah adunan kastard yang diperbuat dari telur,krim ,gula dan bahan perisa yang dicampurkan tepung jagung untuk memberinya'body'@isinya
  • Seperti kuih-kuih lain seperti krim karamel,puding roti,creme brulee dan sebagainya yang dibuat berasaskan kastard,teknik membakar haruslah menggunakan  api yang perlahan /bersuhu rendah.
  • Adunan kek diletakkan  diatas dulang yang berisi air untuk mengelakkannya dari cepat hangus.
  • Suhu yang tinggi akan menyebabkannya masak tidak sekata dan mungkin berlubang didalamnya.
  • Gunakan acuan 'spring form' yang boleh dibuka dibahagian tepinya agar proses mengeluarkan kek menjadi mudah .Lebih elok melapik acuan dengan kertas minyak supaya tidak melekat.
  • Lazimnya pembakaran kek keju akan selesai setelah 1 1/2 jam dan apabila ditepinya sudah agak 'set' walaupun ditengahnya masih'wobby' jika dibandingkan dengan kek biasa.
  • Pada peringkat ini kepanasan yang masih bersisa akan terus memasak kek itu sehingga sempurna di tengahnya.
  • Untuk mendapatkan hasil yang baik,kek keju yang sudah masak haruslah dibiarkan didalam ketuhar yang dibuka pintunya (setelah dimatikan api).
Gambar:google image

Jumaat, 9 September 2011

MEE GORENG

  As-Salam buat semua..
Mee goreng adalah salah satu menu kesukaan anak-anak saya. Mereka selalu makan mee goreng sebagai sarapan untuk ke sekolah atau sebagai makan malam .satu paket mee kuning cukup mereka bertiga.Saya? makan la kalau masih ada yang tinggal.
 Bahan -bahan 
  • 500 gm(1 paket ) mee kuning
  • 100gm sotong
  • 100gm udang
  • 100gm isi ayam-dihiris nipis
  • 50gm isi kerang
  • 2 ulas bawang putih -di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah-di tumbuk
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 pokok sawi/kubis
  • 3 keping tauhu-di goreng garing dan dipotong kiub
  • 1 biji tomato
  • sedikit minyak masak 
  • garam/gula secukup rasa
  • daun bawang/sup untuk hiasan
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk,dan bila naik bau masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  • Masukkan isi ayam ,sotong dan udang.
  • Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih seketika.
  • Apabila mendidih,masukkan mee kuning bersama sos tiram,sos tomato ,sos cili , kicap,tauhu,tomato dan sawi.Kacau hingga sebati.
  • Goreng rata hingga masak dan bolehlah di angkat.Hidang bersama daun bawang /daun sup yang telah di hiris nipis.

AGAR-AGAR SUSU

Saya ada membeli mould agar-agar kat Pasaraya Billion baru-baru ini.Tersangkut hati melihat bentuknya yang cantik-cantik.Apalagi terus je ambil 3 paket. Setiap paket ada 2 set mould agar-agar yang berharga Rm 3.90 sahaja .Murahkan.Esoknya terus cuba buat agar-agar yang kecil-kecil ni .Nampak menarik juga.
Ini adalah agar-agar yang paling mudah dibuat .Cuma agak menarik sebab dibuat warna -warni dan berlapis pula.Kalau buat tak cantik tak ada orang terliur nak makan .Tapi akhirnya saya sorang juga yang tukang makannya.Ia dibuat dalam bulan Ramadhan lepas untuk berbuka puasa.Banyak entri tertunggak tengah beratur nak masuk blog.
AGAR-AGAR SUSU
Sumber:daridapursuzana


Bahan-bahan
  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 cawan gula(ikut suka masing-masing)
  • 5 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin buah koktel
Cara membuatnya
  • Masukkan 5 cawan air kedalam periuk bersama agar-agar yang telah dibasuh.
  • Masak hingga agar-agar cair sepenuhnya.
  • Masukkan gula dan susu cair dan kacau sebati
  • bila sudah masak,sediakan acuan dan letakkan beberapa hiris buah koktel kedalam acuan.
  • masukkan agar-agar sampai penuh acuan .Kalau nak buat berlapis macam saya ,letakkan warna yang berlainan,dan tunggu hingga lapisan bawah keras sedikit baru masukkan warna untuk lapisan atas.
  • Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.

Khamis, 8 September 2011

KENANGAN 1SYAWAL


 Kenangan Syawal yang terindah adalah apabila kita menyambutnya bersama kedua ibubapa kita. Tetapi saya tiada semua itu kerana mereka berdua sudah tiada lagi.Setiap tahun selepas kematian ibu saya  kami menyambutnya secara sederhana sahaja.
 Saya tidak pulang kemana -mana pada 1 Syawal ,hanya beraya di rumah sendiri sahaja.Keluarga En.hubi juga sudah tiada.Semua kejiranan disini pulang ke kampung masing-masing dan yang tinggal hanyalah kami.Tempat pertama yang saya pergi sesudah sembahyang raya adalah ke pusara ibu dan ayah .Pagi-pagi dah sebak di hati sehingga mengalir air mata ini. .
 Sesungguhnya rindu kepada ibubapa yang telah tiada adalah rindu yang tak tertanggung,rindu yang tak pernah terlerai  dan rindu yang tak pernah berkesudahan. Walaupun dah beberapa tahun berlalu tapi masih terasa seperti semalam ibu masih ada- sedang sibuk menjahit baju raya,sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa dan sibuk menyediakan ketupat untuk hari raya.Sekarang ,selepas semuanya tiada ,ketupat dimeja pun sudah tiada lagi.
Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah bahagiakanlah kedua-dua mereka walaupun ketika itu kita sedang dilanda masalah.
Apabila mereka sudah pergi mengadap Illahi ,apapun sudah tiada lagi  dalam hidup kita .Yang tinggal hanyalah kenangan yang sentiasa hadir dalam hati ini.Rindu yang tidak bertepian...semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh kedua-dua ibubapaku, ampunilah  segala dosa kedua-duanya dan tempatkanlah kedua-dua mereka kedalam golongan orang-orang yang beriman .Amin....


Sanak-saudara yang datang berhari -raya.
sekali datang beramai-ramai sampai tak sempat nak layan semua.
  


Hidangan yang sempat dibuat untuk para tetamu dan sanak -saudara pada 1 Syawal-Nasi impit dan Sate ayam goreng serta Kuah kacang.Ada juga Tart apple crumble,Sambal daging dan Triffle.
Disamping itu ada juga Tiramisu,Kek karot,Kek puding karamel dan Mee hoon goreng.Saya tak sediakan nasi pun seperti rumah terbuka yang lain.Tak larat nak masak nasi.

NASI GORENG PLANTA

 Azim sangat suka makan nasi goreng bersama Planta. Kalau boleh hari-hari dia mahu makan nasi goreng.Hai tak larat betul saya nak menggoreng hari -hari.Tapi dalam tak larat pun saya buat juga kalau dia dok buat muka kesiannya.

Bahan -bahan
  • 2 pinggan nasi putih
  • 2 sudu besar Planta
  • 5 ulas bawang putih (di kisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris nipis)
  • 1 cawan sayur campur(saya tak letak)
  • 3 biji telur (di pukul)
  • 1 kiub pati ayam 
  • sedikit garam ikut rasa.
  • beberapa ekor udang



Cara membuatnya
  • Panaskan kuali dan masukkan Planta.Biarkan Planta itu cair seketika dalam kuali dengan api yang sederhana.
  • Kemudian ,masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar tadi .Tumis semua bahan  hingga naik bau.
  • Setelah semua bahan wangi,masukkan sayur campur.Gaulkan selama beberapa minit.
  • Seterusnya, masukkan pula kiub pati ayam. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  • Setelah nasi di gaul sebati bersama semua bahan ,masukkan telur yang telah di pukul tadi.
  • Gaul sehingga semua bahan benar- benar masak Siap untuk di nikmati dan boleh dihias dengan daun bawang dan bawang goreng.
*Kalau versi Azim ,nasi kosong je tak boleh nak letak itu ini nanti dia tak makan .
RESIPI:MAJALAH WANITA SEPTEMBER 2009.

MERCU TANDA CINTA

MERCU TANDA CINTA

Cinta hadir tanpa 
Dipinta....
Antara mata dan 
Sekeping hati.....
Terukir sebuah tugu
Nan teguh...
Menjadi mercu tanda 
Di persisiran yang abadi
Tiada alasan untuk
Diragui...
Hanya kesetiaan yang 
Melekat di sanubari...
Berganding bersama
meniti dikaki 
Pelangi...
Mentari merah memancar
Tika senja kian 
Berlabuh...
Menjadi  saksi pada
Insan yang di lamun 
Cinta..
Esok masih menanti 
Sebuah  harapan..
Sinar permata yang
Sedang merindu..
Tautan kasih dan
Sayang mengundang 
Eratnya kemesraan

KARYA :AZZA RIENA,PONTIAN JOHOR.Terimakasih diatas puisi yang indah ini.Saya letakkan diblog saya sebagai bacaan di kemudian hari.
GAMBAR;
Terimakasih daun keladi kepada tuan punya gambar kerana sudi mengizinkan saya untuk meletakkan gambarnya di ruangan ini..sebagai kenangan .

CENDOL SANTAN

Sedap sungguh makan cendol dengan santan ni, ia dibuat untuk berbuka puasa.Bagi sesiapa yang tak makan santan boleh di gantikan dengan susu segar .Lepas tu letak dalam peti ais .Ooohhhh!! sungguh nyaman terasa bila di makan pada hari yang panas.

Bahan -bahan
  • Cendol,sagu halus/sagu mata ikan ,agar-agar hitam/cincau.
  • buah kabung,santan yg di letak sedikit garam
  • Gula melaka (dicampurkan sedikit air dan masak hingga jadi cair)  


Bila menghidang campurkan kesemua bahan -bahan di dalam mangkuk ,curahkan santan ke atasnya dan masukkan air gula melaka yang telah dicairkan .

SUP KEPALA IKAN MERAH

As-Salam buat semua...
My bodyguard bawa balik kepala ikan.Lepas fikir-fikir nak buat apa,akhirnya saya cuba buat sup kepala ikan .Sebelum ni saya tak pernah buat sup kepala ikan sebab tak suka dengan bau ikan bila di buat sup. Kepala ikan  yang digunakan ialah kepala ikan merah.

 SUP KEPALA IKAN MERAH
Olahan:daridapursuzana

Bahan -bahan
  • 1 ketul kepala ikan merah
  • 700ml air
  • serbuk rempah adabi/sup bunjut
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun ketumbar
  • bawang goreng
  • 4 ulas bawang putih 
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah,halia ,serai hingga berbau wangi.
  • Masukkan air dan letakkan serbuk rempah sup Adabi,biarkan kuah mendidih.
  • Masukkan kepala ikan dan masukkan lada sulah ,garam ,gula secukup rasa.
  • Bila menghidang taburkan daun ketumbar yang telah dihiris halus dan bawang goreng.

Rabu, 7 September 2011

DALAM KITA ADA DIA

DALAM KITA ADA DIA

Dalam hutan ada taman 
dalam taman ada puteri
aku tertidur diserambi
meracau sendiri

Apa ada pada mimpi
jika mimpi jadi ngeri
malam pun rebah ,bulan menjadi sepi

Dalam awan ada hujan 
dalam hujan ada lautan 
aku terdampar di pelabuhan
mencari ayu perawan

Apa ada pada iman 
jika iman jadi taruhan 
angin gunung menderu rawan

Dalam baju ada cinta
dalam cinta ada segala -galanya
dalam aku ada dia 
ada kita ada semua.

KARYA:MOHD IZAHAM MANAP
AIR HITAM PULAU PINANG...saya letakkan diblog ini sebagai kenangan.tq
GAMBAR:GOOGLE IMAGE

PUDING TAPAI


Puding tapai ni dibuat pada hari Jumaat dua minggu sudah .Tapi tak dapat nak entri awal-awal sebab kesuntukan masa.Tapai yang dibeli kat pasar dok terperuk dalam peti ais,tengok pun nampak sedih....saya tak begitu suka makan tapai begitu saja ,tapi kalau di buat puding atau apa-apa kuih barulah saya makan .
PUDING TAPAI 
Sumber:Home sweet home

Bahan -bahan 
  • 1 paket tapai ubi(6 ketul)
  • 500ml susu segar
  • 2/3 cawan gula
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur -pukul sedikit
  • 1/2 sudu teh pes pandan/pewarna hijau
Untuk kuah
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 2/3 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air
  • 1 tin buah koktel
Masak semua bahan kuah atas api perlahan .Tutup api bila mendidih dan sejukkan .

Cara membuatnya
  • Buangkan empulur tapai ubi,satukan bahan dan masukkan kedalam blender.
  • Blend bahan -bahan sehingga sebati dan masukkan pes pandan /pewarna hijau.
  • Tuangkan ke dalam loyang atau mangkuk kecil tahan panas.Kukus lebih kurang 15 minit.
  • Scop dalam bekas puding /gelas puding dan letakkan buah koktel.Tuangkan kuah diatasnya dan kemudian sejukkan dalam peti ais.
  • Sedap di makan semasa sejuk.