Sabtu, 5 Januari 2013

TERUNG GORENG TELUR BERKICAP

Salam bahagia buat semua..
Terung yang di goreng dengan telur ini rasanya amat sesuai sekali bila di makan bersama kicap dan di taburi
dengan hirisan bawang dan cili merah.Resepi yang mudah sahaja sesuai lah dengan saya yang tak berapa rajin memasak hari ini!.Tekstur terung yang lembut di dalam dan garing di luar kerana di selaputi oleh telur amat sesuai untuk di buat hidangan makan tengahari bersama nasi putih dan lauk pauk lain.Jom tengok resepinya...

TERUNG GORENG TELUR BERKICAP
Sumber:Journey to simplicity.

Bahan-bahan
  • 1 biji terung panjang saiz besar
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 5-10 biji cili padi-hiris   saya guna cili besar merah dan hijau
  • 1 biji telur
  • kicap lemak manis
  • secubit garam
Cara membuatnya
  • Buang kulit terung berselang-seli atau pilihan masing-masing.
  • Potong terung 3 atau 4 bahagian sebelum di belah 6.
  • Celup terung ke dalam telur dan goreng hingga terung masak.
  • Dalam pinggan,satukan terung,bawang dan cili kemudian tuangkan kicap dan gaul rata.Hidangkan.

BUTIR NANGKA

Salam bahagia buat semua..

Hari ini saya bercuti sehari menghabiskan baki cuti tahun lepas yang tak habis-habis lagi.Di tambah lagi dengan cuti dalam tahun ni, makin bertambah banyak lagilah!.nanti bila sampai hujung tahun tak habis lagi.Petang semalam masuk dapur buka kelas buat butir nangka.Jumpa pula  beberapa ulas buah nangka yang dah lama duk dalam peti ais.Bila letak dalam kuah ..dah hilang warna kuningnya..hee..hee.

BUTIR NANGKA 

Sumber:yana@my resepi

Bahan-bahan


  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan 
Bahan untuk kuah
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba
  • garam
  • daun pandan 
  • hirisan nangka   saya tambah
  • hirisan halia -racik halus   saya tambah
Cara membuatnya
  • Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna.Kacau.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  • Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan.Tambah air ikut keperluan.
  • Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel.bila masak ia akan timbul.
  • Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
Untuk kuahnya 
  • Masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.Tambahkan gula dan garam semanis dan secukup rasa.
  • Bila dah siap bolehlah dicampurkan butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya.Sedia untuk dihidang.
  • Lebihkan santan kalau nak kuah banyak.Begitu juga dengan halba.Boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Jumaat, 4 Januari 2013

SOLOK LADA

Salam bahagia buat semua...
Saya cuba membuat Solok lada setelah' terbeli' lada hjau yang besar-besar semasa membeli-belah kat pasaraya pada minggu lepas.Sebelum ni kalau nak makan solok lada selalu sahaja di beli tetapi ia tidak memenuhi citarasa saya.Biasalah tu saikologi...,kalau buat sendiri lagi best!.Kalau di Kelantan,Solok lada biasanya di makan bersama Nasi kerabu.Tetapi ia juga boleh di makan dengan nasi biasa bersama lauk pauk lain.
Solok lada atau juga dikenali sebagai Lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu yang popular di negeri Kelantan.Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan.
Ia tiada sukatan tertentu,resepi di bawah sebagai panduan sahaja.Masakan yang sedap adalah resepi yang di olah kita mengikut citarasa sendiri.
 
SOLOK LADA
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 10 biji lada hijau besar
  • 6 ekor ikan selayang/ikan kembung- rebus ambil isinya
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • daun ubi kayu secukupnya-untuk alas dasar periuk.
Cara membuatnya
  • Belah tengah lada hijau dan buang bijinya.Rendam dalam air supaya belahan menjadi lebih terbuka.
  • Tumbuk lada hitam,bawang merah dan isi ikan,gula serta kelapa parut bersama hingga lumat.Jika tidak muat bolehlah di tumbuk kelapa parut berasingan dan di gaulkan bersama di dalam mangkuk.
  • Sesuaikan rasa inti solok,tambahkan garam secukup rasa dan tambahkan 2 sudu besar santan pekat dan gaul sebati.
  • Toskan lada yang di belah tadi.
  • Sumbatkan inti yang telah siap ke dalam lada dan buatlah sehingga habis.
  • Alaskan periuk dengan daun ubi kayu untuk mengelakkan dari solok lada menjadi hangus di dasarnya.
  • Masukkan solok lada yang telah siap di sumbat dan tambah santan ke dalam periuk.Gunakan api perlahan dan masaklah solok lada sehingga intinya masak.

Rabu, 2 Januari 2013

APPLE CRUMBLE


Salam bahagia buat semua...
Kebiasaanya saya membuat Apple crumble dalam bekas kaca besar tahan panas tapi kali ini saya cuba letakkannya pula di dalam acuan kertas empat segi kecil supaya senang di makan.Ambil satu dalam peti ais,letak satu sudu ais krim dan nikmatinya sambil membaca buku!.

APPLE CRUMBLE
Sumber:Hanamemorries.blogspot

Bahan-bahan untuk crumble
  • 150 gm.tepung gandum
  • 50 gm.gula
  • 110 gm .mentega sejuk dari peti ais
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar nestum  saya tambah
Untuk inti
  • 3 biji epal-kupas dan potong dadu
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar almond nib   saya tambah
  • 2 sudu besar kismis           saya tambah
Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan crumble,gaulkan perlahan-lahan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain,satukan semua bahan inti dan gaul sebati.Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas atau bekas kecil pilihan.tutupkan inti dengan menaburkan crumble tadi.Bakar pada suhu 180'C selama lebih kurang 30-40 minit atau sehingga bahagian atas crumble berwarna keperangan.
  • Hidangkan dengan ais krim atau sos kastard jika suka.Kalau suka makan sejuk,masukkan ke dalam  peti ais terlebih dahulu.

Selasa, 1 Januari 2013

IKAN MASIN TELUR HANCUR

Salam bahagia buat semua....
Hujan masih  turun di Kota Bharu sudah dua hari dan belum reda- reda lagi.Hari pertama sekolah kasut anak-anak dah basah.Hujan-hujan begini kalau makan nasi berlaukkan Ikan masin goreng tentu berselera sekali.Resepinya mudah dan ringkas sekali.

IKAN MASIN TELUR HANCUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan masin
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai daun parsli-potong halus
  • 3 biji cili padi-potong kecil 
  • 1/2 labu bawang besar-dadu
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan goreng Ikan masin sehingga masak.Angkat dan buang tulang ikan.Ambil isinya sahaja.
  • Pukul telur sekejap dan gaul sebati dengan isi ikan,daun parsli ,bawang besar dadu dan cili padi.
  • Panaskan sedikit minyak,masukkan kesemuanya  ke dalam kuali dan kacaukan sentiasa supaya telur menjadi hancur.
  • Bila telur nampak sedikit garing ,bolehlah di angkat dan di hidangkan.

MUFFIN NANGKA


Salam bahagia buat semua...
Entri saya yang pertama pada 1 Januari 2013.Selamat tahun baru diucapkan kepada semua kawan-kawan di alam nyata dan kawan-kawan di dapur maya ini.Saya tiada azam...,cuma ada pendirian hidup saya sendiri.Semoga semuanya akan menjadi lebih baik lagi dan apa yang akan di usahakan dalam tahun ini beroleh kebahagiaan.Amin.
Selesai sudah ucapan tahun baru.Kita tulis resepi Muffin nangka pula..

MUFFIN NANGKA
Sumber :Zqah.com.tq

Bahan-bahan
  • 100 gm.mentega
  • 2 biji telur A
  • 70 gm.gula halus
  • 175 gm.tepung gandum
  • 10 gm .baking powder
  • 80 ml.susu segar
  • 100 gm.nangka masak-dadu
  • 1/4 sudu teh esen nangka-pilihan
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'C.Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  • Putar mentega dan gula hingga kembang(nampak putih),masukkan telur dan terus memutar hingga berkrim.Perlahankan kelajuan pemutar dan masukkan tepung berselang -seli dengan susu segar.Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan esen nangka dan nangka yang di dadu tadi.Gaul rata dengan spatula.Isikan 3/4 penuh dalam muffin cup yang di sediakan.
  • Bakar selama 25 minit hingga warna keemasan atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan di atas jaringan sebelum di hidangkan.

Isnin, 31 Disember 2012

KETAM GORENG SOS BERTELUR

Salam bahagia buat semua...
Catatan yang last sekali di tahun 2012.Resepi masakan ketam yang amat sedap ni saya dapat dari blog Hasue-I love my life.Sedap sangat kalau makan dengan nasi putih.Sesuai juga di buat hidangan lauk pengantin,tak kiralah pengantin baru ke atau pengantin lama!

KETAM GORENG SOS BERTELUR
Sumber:Hasue:I Love My Life.TenQ!

Bahan-bahan 
  • 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang dan poket bahan buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum(optional)
  • 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  • 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Tomato(optional-potong baji
Cara membuatnya
  • Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda *
  • Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja.Jangan goreng lama-lama nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali.
  • Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan),perasakan dengan garam dan sedikit gula/perasa
  • Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadidan gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong baji.
  • Setelah bahan-bahan sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika.
  • Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!

Sabtu, 29 Disember 2012

AIS KRIM LOLIPOP DURIAN




Salam bahagia buat semua..
Dessert yang di buat dalam musim cuti sekolah ini telah membuatkan anak-anak saya makan durian yang saya  ubah-suaikan menjadi ais krim.Mereka sebenarnya tidak makan durian tetapi bila melihat ais krim ini mereka jadi 'termakan 'durian pula.hee..hee taktik bersih!.Tapi bentuk kejadian tidak begitu smooth kerana saya tidak menghentakkan bekas acuan ais krim selepas memasukkan adunan.Jadi la berlubang-lubang tu..


AIS KRIM LOLIPOP DURIAN
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 ulas durian-ambil isinya
  • 2 skop ais krim vanila atau 1 cawan krim putar
  • sedikit garam
Cara membuatnya
  • Kisarkan semua bahan hinggan hancur dan sebati.
  • Tuangkan ke dalam bekas acuan ais krim pilihan.
  • Bekukan semalaman atau sehingga ia mengeras di dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk di makan.                                       

Khamis, 27 Disember 2012

AYAM BAKAR BEREMPAH

Salam bahagia buat semua....
Ayam bakar yang sedap di makan dengan Sos lada hitam dan Coleslaw.Saya hanya menggunakan bahagian kepak ayam yang menjadi kesukaan saya.Ia sedap di makan begitu sahaja dan sesuai untuk di buat barbeku.Ini dia resepi asalnya.

KEPAK AYAM BEREMPAH
Sumber:yatiememories.blogspot.com/.tq

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya
  • Bersihkan ayam dan basuh.Toskan hingga kering.
  • Kisar bawang besar,bawang putih dan halia bersama.Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata
  • Perapkan selama dua jam atau lebih.
  • Gunakan pemanggang ajaib atau kuali non-stick dan bakar ayam selama 30 minit atau sehingga masak.
Coleslaw
bahan racik halus
  • 1/2 biji kecil kobis manis
  • 1 batang karot kecil
Sos (gaul rata)
  • 1 cawan mayonis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar jus limau kasturi atau jus lemon
  • 2 sudu besar air sejuk
Cara membuatnya
Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebelum di hidangkan bersama ayam bakar.
Sos lada hitam
  • 1 labu bawang besar-dadu
  • 4-5 sudu besar serbuk lada hitam kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 cawan air rebusan tulang ayam/daging-boleh gantikan dengan serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar mentega-untuk menumis
  • garam dan sedikit gula
Cara membuatnya
  • Panaskan mentega dan tumis bawang sehingga layu.
  • Bila sudah agak wangi,masukkan air rebusan/pati ayam.
  • Bila dah pekat,masukkan sos tomato,lada hitam,kicap dan tepung jagung.
  • Masukkan susu cair dan kacau rata.Sesuaikan rasanya dengan garam dan gula.
  • Bila menghidang,curahkan sedikit sos lada hitam keatas ayam bakar dan makan bersama coleslaw.

DURIAN CREPE

Salam bahgia buat semua...
Kalau orang lain sudah lama buat Durian crepe ,saya baru saja membuatnya dalam musim cuti sekolah ni.Sentiasa saja tak berkesempatan untuk membuatnya semasa fenomena Durian crepe melanda di dalam blog-blog masakan semasa musim durian yang lepas.Sebelum membuatnya saya menempah dulu untuk merasa adakah ia betul-betul sedap seperti yang dicakapkan.Bagi saya rasanya boleh tahan juga cuma ia tidak boleh di makan selalu kerana kalorinya tinggi.Kesedapannya bergantung kepada isi durian dan kulitnya yang nipis.Kalau orang lain buat ia nampak tembam,pada kali pertama saya buat ,kulitnya tebal sikit dan ia nampak kurus !!...


DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
Sumber:Azlita masam manis
 
Bahan-bahan crepe
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500 ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pandan emulco
  • 1 sudu teh pewarna hijau
Cara membuat crepe
  • Satukan semua bahan di atas di dalam bekas.Kacau rata.
  • Masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapis
  • Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.
  • Panaskan hingga kuali benar-benar panas.
  • Oleskan sedikit minyak pada kuali.Kemudian kecilkan api.
  • Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
  • Adunan tak perlu di balikkan.
  • Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat.Buat sehingga habis.
  • Biarkan sejuk.

Durian Filling
  • 1 cawan Non dairy Whipping Cream
  • Isi durian secukupnya
 Cara membuatnya
  • Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental.
  • Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Cara melipat crepe
  • Bentangkan 1 keping crepe
  • Letakkan Whipping Cream di tengahnya.
  • Letakkan isi durian
  • Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  • Lipatlah crepe.
  • Kemudian simpan dalam peti ais sebentar.
  • Enak di hidangkan dingin.