Khamis, 20 Februari 2014

BLUEBERRY VANILA PANNA COTTA

As-Salam buat semua...
Resepi asalnya bertajuk Vanila panna cotta with blackberry dari ilhamdapur.blogspot.Saya dah ubah-suai sikit resepi ini bergantung kepada bahan-bahan yang ada,tu la namanya pun dah bertukar.Jarang-jarang saya jumpa buah blackberries kat Kota Bharu ni,kalau adapun mungkin kat Tesco saja.

BLUEBERRY VANILA PANNA COTTA
Sumber:ilhamdapur.blogspot.Thanks.

Bahan-bahan
125 ml susu segar
75 ml whipping cream
2 sudu besar madu atau gula pasir    saya letak 1 sudu madu
1 sudu besar gelatin
1/2 sudu kecil esen vanila
secubit garam
*blackberries secukupnya atau boleh guna buahan lain.
-saya gantikan dengan blueberry filings
2-3 sudu besar air panas mendidih

Cara membuatnya 
  • Satukan air panas dan gelatin,kacau agar gelatin larut sepenuhnya.
  • Dalam periuk,panaskan susu segar dengan api perlahan sehingga sedikit panas,kemudian masukkan gelatin yang telah larut tadi dan kacau sebati.
  • Masukkan whipping cream,vanila,garam dan madu.Kacau agar semua sebati.Padamkan api.
  • Tuang dalam bekas/ramekin dan biarkan keras dalam peti ais sekitar 4-5 jam.Letakkan blueberry filing(campurkan dengan sedikit air panas) di lapisan atas dan sejukkan semula di dalam peti sejuk
  • Kemudian bolehlah di hidangkan.
Jika guna buah blackberries
  • Masak5-8 biji buah blackberries bersama 1/4 cawan air dan 1/2 sudu besar gula sambil di tekan-tekan sehingga berbuih dan keluar jus dari buah,kemudian sejukkan dulu agar jadi sos pekat.
  • Kemudaian bolehlah di hidang bersama Vanila panna cotta.

Isnin, 17 Februari 2014

RISOLES AYAM


As-Salam buat semua....
Dah lama saya cuba nak buat Risoles ini selepas makan yang di beli semasa bercuti  di Kuala Lumpur dalam tahun lepas.Tetapi bila tengok langkah membuatnya agak lama saya jadi malas nak mencubanya.Tapi lama-lama saya teruja juga cuba membuatnya bila time cuti dan angin tiba-tiba jadi rajin.Best Risoles ni dan ia menjadi kesukaan di rumah ini.Tambahan pula kalau makan masa panas-panas lagi.Rangup sahaja.Boleh di buat inti kentang atau inti ayam.Dua-dua pun sedap!...


RISOLES AYAM~
Oleh:Hidayatul Hafiza.Thanks.
cc .www.facebook/Buku resepi



Bahan-bahan inti
3 biji ubi kentang- dipotong dadu
*1 tin kecil kacang peas
*1 batang karot sederhana -di potong dadu kecil
kedua-dua bahan *ini saya ganti dengan mix vege.
500 gm isi ayam di cincang atau 4 keping burger ayam
1 biji bawang besar dicincang halus 
3 biji bawang putih, dicincang halus 
3 sudu besar serbuk kari - jadikan pes campurkan dengan air 
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan pes kari. Kacau seketika.
  • Masukkan ayam dan kentang(saya rebus dahulu kentang dadu), dan mix vege.Masak sehingga air kering dan dan semua bahan  empuk.Tambahkan dengan sedikit garam dan gula sebagai perasa.





Kulit Risoles
Sumber:Chik Mimi@qasehmu-abadi.blogspot.Thanks.
- dapat 25kpg guna pan 16cm

Bahan-bahan 

2 cawan tepung gandum
3 cawan air boleh gantikan dengan santan atau susu cair
secubit garam
sebiji telur
minyak untuk mengoreng





Untuk salutan
2 biji telur
breadcrumb secukupnya 


Caranya membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.Adunan jangan terlalu cair atau pekat.
  • Panaskan non-stik pan dan masukkan 1 senduk adunan buat dadar nipis,ulang sehingga habis.Ketepikan.
  • Ambil sehelai kulit, masukkan inti dan gulung macam buat ketayap dan buat sehingga habis.
  • Telur di pukul sebati,celupkan Risoles yang telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb.
  • Panaskan minyak dan goreng keemasan.Siap untuk di hidangkan bersama sos cili dan mayonis atau sos pencicah.


Ahad, 16 Februari 2014

ASAM PEDAS IKAN BAWAL EMAS



As-Salam buat semua...
Hari ini masak Asam pedas buat menu makan tengahari.Masak seekor sahaja ikan pun sudah cukup kerana anak-anak tak makan ikan tambahan pula kalau buat jenis yang berkuah macam ni.Resepinya dari blog kak azie yang menggunakan ikan patin tapi saya tukar ke Ikan bawal emas kerana hanya ikan tu saja yang ada dalam peti sejuk.Tak kisah la ye apa-apa ikan pun janji dapat makan..

ASAM PEDAS IKAN BAWAL EMAS
Sumber:aziejaya.blogspot.com/.thanks Kak Azie

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal emas -saiz sederhana
1 bunga kantan-belah 4
1 ikat daun kesum
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
garam dan gula sebagai peras
kacang bendi secukupnya

Bahan kisar
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar-saiz sederhana
1 inci halia
1 senduk cili giling   guna 1/2 senduk
1 ibu jari belacan

Cara membuatnya
  • Kisar bawang ,halia dan belacan.Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling.
  • Masak sehingga cili benar- benar masak.Bila naik minyak, masukkan bunga kantan, jika guna bunga kantan.
  • Masukkan air secukupnya.Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, baru dimasukkan ikan dan asam jawa.  
  • Renih atas dapur dan masukkan daun kesum,kacang bendi, garam dan gula secukup rasa.Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
  • Bila masak bolehlah di hidangkan bersama nasi.

Sabtu, 15 Februari 2014

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE

 As-Salam buat semua...
Saya buat Kek pisang lagi tapi kali ini guna resepi yang lain pula.Banyak juga saya jumpa berbagai versi resepi kek pisang dan kebanyakkannya telah saya cuba buat.Hasilnya berbaloi juga kerana setiap resepi yang di cuba menghasilkan kek pisang yang gebu dan sedap dimakan.

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By:Amy Wong& KS Lee
Sumber:Home Sweet Home.Thanks..

Bahan A
150gm marjerin atau mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum-di lecek

 bahan B
200 gm tepung protein rendah/tepung kek/tepung naik sendiri
30 gm coklat rice
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang-dipotong nipis bulat  tak letak
1/4 cawan hirisan badam

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170' C.
  • Sediakan loyang 8x3x3 inci./loyang pilihan sendiri
  • Alas baking paper dan griskan dengan mentega.
  • Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
  • Masukkan telur satu persatu dan pastikan pukul telur hingga bercampur rata,baru di masukkan yang berikutnya dan pukul lagi hingga sebati.
  • Secara berselang-seli,masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan susu ,adun rata.
  • Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.Masukkan coklat rice dan gaul rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai .Ratakan adunan  dan susun hirisan pisang(jika letak)atau taburkan hirisan badam di atas kek.
  • Bakar dalam oven yang telah di panaskan  selama 40 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  • Bila masak,sejukkan kek di atas redai dan sedia untuk di potong.
A

Jumaat, 14 Februari 2014

BEBOLA DURIAN

As-Salam buat semua
Isi durian yang di sejuk beku masih banyak dalam peti ais.Buat cekodok durian sudah,lepas tu saya buat bebola durian  pula.Jom tengok resepinya..mudah sahaja.

BEBOLA DURIAN
Olahan:daridapursuzana

isi durian yang manis- di sejuk beku
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
air secukupnya
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
minyak untuk menggoreng terendam

Cara membuatnya
  • Ambil isi durian biarkan sebentar di luar hingga separuh beku.
  • Bancuh tepung gandum dan tepung ubi hingga jadi adunan bater.Tambah sedikit garam dan pewarna kuning.
  • Isi durian separuh beku tadi di buat bebola.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng terendam.Celupkan bebola durian ke dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas.
  • Goreng hingga kelihatan garing.Angkat dan toskan minyaknya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Rabu, 12 Februari 2014

SAMBAL TUMIS TEMPOYAK UDANG DAN PETAI


As-Salam buat semua....
Masak Udang sambal tumis dengan tempoyak best juga bila di makan dengan nasi putih.Saya ni semuanya best,tapi setakat ni saya dah dapat kawal sikit jumlah makanan yang di ambil untuk mendisiplinkan diri ke arah kesihatan yang lebih baik lagi selagi saya mampu.Sorry ye gambar tersalah label,tertinggal pula perkataan tempoyak tu!.

SAMBAL TUMIS TEMPOYAK UDANG DAN PETAI
Resepi:Tiffin biru.blogspot.thanks CMG!

Bahan-bahan
.
3/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
2 papan petai, ambil isinya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Bahan kisar halus

1/2 cawan cili padi kampung      saya ganti dengan cili kering kisar
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum,masukkan tempoyak dan kacau hingga rata.
  • Tambah asam gelugor dan air, kacau dan biar mendidih. Tambah petai dan masak sekejap.
  • Masukkan udang, gaul rata dan masak hingga pekat.
  • Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.Tambah daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata. Rasa dan jika menepati selera boleh matikan api.Hidangkan bersama nasi hangat.

Selasa, 11 Februari 2014

BISKUT LAPIS CHEESE


 As-Salam buat semua...
Resepi yang mudah dan sedap ini saya dapat dari blog Evelyn.Kebetulan semua bahan-bahan sudah ada,kita terus saja membuatnya.Makan petang-petang bersama secawan nescafe best juga...

BISKUT LAPIS CHEESE
Sumber:My baking workshop.thanks!Evelyn..

Bahan A
250 gm cream cheese
1/2 tin /250 gm susu pekat manis

Bahan B
1 paket biskut cream crackers

Bahan C
oat/nestum atau quaker oat with cereal



Cara membuatnya
  • Sediakan loyang false bottom pan segiempat bersaiz 8 inci atau bekas yang sesuai supaya mudah untuk keluarkan dari acuan nanti.Alaskan dasar loyang dengan plastik wraper
  • Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim.Ketepikan.
  • Susun biskut dengan kemas dalam loyang.
  • Sapu dan  ratakan adunan cheese sedikit diatas biskut yang di susun tadi.Taburkan bahan C.
  • Ulang semua proses tadi hingga biskut dan adunan cheese habis.Tutup dan sejukkan 1-3 jam atau semalaman baru di potong.


Sabtu, 8 Februari 2014

APAM PISANG


As-Salam buat semua...
Hari ini saya nak postkan satu resepi dari pisang lagi.Awal tahun 2014 ni ada beberapa resepi dari pisang yang saya telah cuba.Buat kek pisang sudah,buat cekodok pisang sudah dan sekarang ni  buat Apam pisang pula.Ia di buat untuk kenduri  di rumah sepupu saya minggu lepas .

APAM PISANG
Sumber:Sinar kehidupanku.blogspot.thanks.

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum - dilecek
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam
Cara membuatnya
  • Pisang lecek di campurkan dengan secubit garam.Ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
  • Panaskan pengukus, isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit.
  • Di dalam mangkuk adunan, pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
  • Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan.

Selasa, 4 Februari 2014

KEK COKLAT KEJU LELEH

As-Salam buat semua..
Dah semua orang dok buat keju leleh sana -sini saya pun teruja juga nak cuba membuatnya.Pada mulanya saya beli kek ni sebab nak test macam mana rasanya.Ok lah juga kena dengan selera,nak pula cuba buat,bila dah buat banyak pula makannya...Saya buat bentuk sebiji seperti di atas(bakar) untuk jamuan kelas Quran Azim manakala untuk makan di rumah saya letak dalam bekas-bekas kecil(kukus).Kek pula di buat dua adunan untuk dua versi.

KEK COKLAT KEJU LELEH
Sumber:dari dapur Kak Yah.blogspot.thanks Kak Yah!

Bahan kek coklat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

**semua bahan di ayak bersama

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula   saya letak 1/2 cawan
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 sudu besar susu tepung

**kacau sebati semua bahan dengan whisk dan masak di atas api yang perlahan hingga mendidih.Pastikan jangan sampai hangit.Ketepikan.

2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
50 ml air panas

parutan keju cheedar secukupnya

Cara membuatnya
  • Panaskan oven dengan suhu 180'c.
  • Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang di masak.Kacau sebati.
  • Putar telur dan esen vanila sampai gebu.Campurkan telur ke dalam adunan tadi.Campurkan air panas.Gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.Kek ini boleh di bakar atau di kukus sehingga masak.

Krim keju
250 gm krim cheese
200 gm krim putar
3 sudu besar gula kastor    tak letak
  • Putar krim cheese hingga kembang dan masukkan gula.Putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan krim putar dan putar hingga putih dan berkrim.Bila kek sudah sejuk,tuangkan krim keju di atasnya.
  • Taburkan parutan keju secukupnya di atas kek sebagai hiasan.

Ahad, 2 Februari 2014

KURMA HATI DAN PEDAL AYAM

As-Salam buat semua...
Setiap kali saya membeli ayam,hati dan pedal akan dikumpulkan  untuk di buat masakan lain kerana anak-anak tak makan benda alah ni, samada di goreng kunyit sahaja atau pun di campurkan ke dalam kuah sup,di buat teresek,di goreng bersama sayuran.Kali ini saya cuba masak kurma pula.Sedap juga bila di makan bersama nasi.Menggunakan resepi kurma ayam yang biasa di buat cuma ayam di ganti dengan hati dan pedalnya.

KURMA HATI DAN PEDAL AYAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

  • Hati dan pedal ayam- di potong kecil
  • 500 ml santan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 paket rempah kurma -jadikan pes
  • 1 biji kentang -potong kiub besar
  • 1 biji bawang besar dibelah empat
  • 1 sudu makan kerisik
  • garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya

  • Rebus hati dan pedal ayam sampai empuk.ketepikan.
  • Bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk. Tumiskan hingga naik baunya.
  • Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan hati dan pedal diikuti santan.
  • Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.Jika kuah hampir kering,tambahkan sedikit air.
  • Kemudian masukkan pula bawang besar yang dibelah empat, garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah kentang hampir empuk masukkan kerisik.Biarkan seketika di atas dapur. 
  • Bila semua bahan masak dan cukup rasa,tutup api dan bolehlah di hidangkan.