As-Salam buat semua...
Saya buat biskut ini untuk di makan pada hujung minggu di mana hari tidak bersekolah biasanya saya kena buat sesuatu sebagai kudapan.Kalau tidak budak berdua tu asyik ulang-alik cari makanan kat dapur.Biskut adalah antara makanan sampingan anak-anak.Lagi pula kalau buat biskut time ni boleh juga saya buat testimoni untuk buat lagi kalau time nak raya nanti.Saya telah mengurangkan sukatan gula di dalam resepi ini kerana menggunakan coklat cip butterscotch yang telah manis.Mudah saja membuatnya....
BISKUT CIP NUT NESTUM
Resepi:Nestle.com
Bahan A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
Bahan B
1 cawan bijirin Nestum
1 cawan cip coklat
1 cawan cincangan kacang - apa-apa kacang pun boleh
150 gm mentega atau marjerin
150 gm gula kastor saya letak 80 gm
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Ayak bersama bahan A,masukkan bijirin Nestum,cip coklat dan kacang.Ketepikan.
- Krimkan mentega dan gula hingga ringan dan kembang.Masukkan telur dan esen vanila,gaul sebati.
- Kaup-balikkan bahan Adan gaul sebati.
- Ambil satu sudu adunan biskut dan letak di atas tin pembakar yang telah di lengserkan.Jarakkan untuk doh biskut mengembang.
- Bakar dalam oven yang bersuhu 175'C selama 10-15 minit atau hingga kekuningan.
- Sejukkan di atas redai sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
*Saya telah menambahkan 4 sudu besar tepung ke dalam adunan biskut ini.
As-Salam buat semua..
Laku dan cepat saja habis Jeli kelapa ni dalam cuaca yang panas begini.Saya bekukannya dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam peti ais.Sejuk dan nyaman tekak ,tak puas makan lepas satu-satu kena culik!.Kebetulan pula buah kelapa muda tengah berbuah dengan banyaknya kat belakang rumah.Nanti nak ulang buat lagi sebab dah ada orang tu request suruh buat lagi.
JELLY KELAPA
By:Kak Nor/Secubit garam.Thanks.
Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gm)
2.6 liter air kelapa muda isi kelapa muda
11 sudu besar gula saya letak 8 sudu besar
3 helai daun pandan
Cara membuatnya
- Masukkan air kelapa muda,serbuk agar-agar,gula dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
- Padamkan api.
- Biarkan sejuk sedikit dan bolehlah di masukkan ke dalam bekas yang di sukai.
- Sejukkan dalam peti ais dan bila dah sejuk bolehlah di makan.
**sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi,bolehlah di tambah
dengan air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
As-Salam buat semua...
Resepi sayur goreng yang ringkas sahaja petang ini gandingan dengan masakan sotong yang resepinya dipostkan semalam.Dah ada hidangan berkuah saya buat sayur goreng ringkas ini sahaja.Sedap juga bila di makan dengan nasi putih ,mujur tak menambah-nambah..tahan saja walaupun teringin nak makan nasi lebih.
PAK CHOY GORENG AYAM
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
2 pokok Pak choy
1/2 keping dada ayam-potong dadu
3 ulas bawang putih-di ketuk
1/2 labu bawang besar-potong nipis
2 biji lada merah-potong bulat
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
sedikit sos ikan
minyak canola untuk menumis
Cara membuatnya
- Sayur Pak choy di potong pendek,asingkan daun dan batangnya.
- Panaskan minyak canola dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
- Masukkan isi dada ayam dadu dan gaul rata.Tambah sedikit air
- Bila isi ayam hampir masak,tambahkan batang hijau pak choy,sos tiram,serbuk lada hitam ,kiub pati ayam dan sos ikan secukup rasa.
- Goreng sebati semua bahan dan akhir sekali masukkan daun hijau dan biarkan sebentar kemudian bolehlah di hidangkan.
As-Salam buat semua...
Dah lama rasanya tak masak sotong,dah kita sorang je yang makan nak masak pun sentiasa fikir dua tiga kali.Tapi akhirnya saya buat juga with a small portion.Cukuplah untuk sorang makan.Resepinya saya ubah suai sedikit ikut keperluan sendiri.Masak sotong macam ni best juga dapat hirup kuahnya yang manis-manis sedikit,tambahan pula sotongnya ada telur..saya sukaaa....
SUP SOTONG LADA HITAM
Sumber:dari dapur FHA.Thanks Fauziah.
Bahan-bahan
1 kilo sotong
1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam-tumbuk halus
10 biji tomato ceri saya guna tomato besar
1 helai daun limau purut saya letak 5 helai
5 biji cili padi-di ketuk saya guna lada merah
air secukupnya untuk kuah
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit halia-hiris tebal
garam secukup rasa
sedikit gula saya tambah
Cara membuatnya
- Sotong di bersihkan dan di sumbat kepalanya ke dalam badan dan di kelip dengan lidi.
- Bawang besar di hiris nipis dan bawang putih di ketuk.
- Panaskan sedikit minyak canola/masak di dalam kuali dan tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia hingga naik baunya.
- Tambahkan air secukupnya,daun limau purut ,kiub pati ikan bilis dan sotong.
- Bila mendidih tambahkan lada merah,tomato ,serbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.
- Bila sotong masak,padamkan api dan hidangkan.
As-Salam buat semua...
Resepi seterusnya adalah Banana milo slice cheesecake yang saya kongsikan dari blog My baking project/Evelyn.Biasanya resepi cheese cake yang sedap-sedap dalam blog Evelyn semuanya menjadi.Seperti juga kek yang telah saya cuba buat ni,ia moist dan gebu sekali cuma cheesenya nampak hangus sedikit!..
BANANA MILO SLICE CHEESECAKE
Resepi:mybakingworkshop.blogspot.com/Thanks
Bahan A
100 gm mentega
90 gm gula kastor
40 gm milo
Bahan B
2 biji telur gred A
Bahan C
200 gm pisang (apa saja pisang yang di sukai)
Bahan D
150 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
30 gm susu tepung
semua bahan di atas di ayak bersama
Bahan E
60 ml susu segar
Bahan F
2 keping cheese slice
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 175'C.Sediakan loaf pan bersaiz 8 inci.Griskan dan alaskan dasarnya dengan baking sheet dan sapu mentega.
- Pukul bahan-bahan A hingga sebati.
- Masukkan bahan B satu persatu dan pukul lagi.Kemudian masukkan bahan C.Pukul sebati.
- Masukkan pula bahan D yang telah di ayak tadi dan bahan E.Kaup balikkan hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sediakan,carik-carikkan bahan F dan tabur atas adunan kek tadi..
- Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak.Sejukkan atas wire rack.Potong dan hidangkan.
As-Salam buat semua...
Akhirnya isi durian yang saya bekukan di dalam freezer habis juga selepas saya mengacaunya untuk di jadikan Lempuk durian.Lempuk durian yang di buat sendiri tidaklah manis sangat seperti yang di jual.Dulu-dulu selalu nampak arwah ayah buat Lempuk durian di dalam kuali tembaga,,lagi best aromanya tetapi sekarang kuali tembaga itu pun tiada lagi...nostalgia.
LEMPUK DURIAN
Sumber:Air tangan Reen Khan.
Thanks
Bahan-bahan
1 biji durian sederhana besar/secukupnya
gula melaka ikut kemanisan
gula pasir ikut kemanisan
1 helai daun pandan
secubit garam
Cara membuatnya
- Asingkan isi durian dengan bijinya
- Masukkan isi durian ke dalam periuk beserta gula pasir dan gula melaka ikut kemanisan sendiri tetapi jangan terlalu banyak gula sebab bila sejuk ia akan keras.
- Masukkan secubit garam dan daun pandan,
- Dengan menggunakan api kecil,kacau bahan-bahan yang di campurkan tadi sehingga likat dan berkilat lebih kurang 30-45 minit.
- Jika masa mengacau lebih lama ia jadi lebih bagus kualiti lempuknya dan tahan lebih lama
- Bila sudah masak,keluarkan daun pandan tadi,masukkan ke dalam bekas bertutup rapat.
- Bolehlah di simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
As-Salam buat semua...
Saya sempat menyediakan sebiji puding bersaiz sederhana ini petang semalam.Dah lama tak makan puding,dalam cuaca panas begini sejuk saja rasa puding bila lalu ikut tekak ni.Ia juga di kenali sebagai agar-agar buih.Resepinya mudah dan ringkas sahaja.
PUDING BALQIS/AGAR-AGAR BUIH
Sumber: Kak nor Secubit garam.Thanks.
Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gm )
450 ml air
150 ml susu cair
5 sudu besar gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega
1 suud teh esen vanila
pewarna ikut citarasa sendiri
Cara membuatnya
- Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
- Masukkan susu cair dan mentega.Masak lagi hingga mendidih.
- Matikan api.Masukkan esen vanila dan kacau rata.
- Sejukkan adunan agar-agar hingga suam-suam panas(jangan sampai sejuk betul).
- Pukul telur hingga betul-betul kembang.Buang tali pusatnya untuk elak dari hanyir.
- Masukkan adunan agar-agar ke dalam adunan telur.Kacau hingga rata.
- Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian (ikut citarasa sendiri).Warnakan setiap bahagian mengikut warna yang disukai dan kacau hingga warnanya sebati dan rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan pilihan secara berlapis-lapis hingga semua adunan habis.Pastikan setiap lapis keras dahulu sebelum di tuang warna lain.
- Sejukkan di dalam peti ais sebelum di hidang.
As-Salam buat semua..
Kali ini buat Kek cawan pisang pula.Kalau jenis kek yang kecil-kecil begini cepat saja laku di rumah ini.Letak saja tempat mereka dok menonton Tv lagilah laku.Strategi saya supaya cepat habis nanti boleh cuba buat resepi kek lain pula!..
BANANA CUPCAKE
Sumber:Ilhamdapur.blogspot.Thanks.
Bahan-bahan
2 biji pisang ranum saiz besar
160 gm gula halus saya letak 100 gm
170 gm tepung naik sendiri
2 biji telur saiz A
110 ml minyak masak
1 sudu kecil ovalette
1/2 sudu kecil garam
hirisan badam atau coklat rice
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 170'c.
- Ayak tepung bersama garam.Ketepikan
- Dalam bekas sesuai,satukan pisang dan gula.Lecek pisang dan kacau sebati.
- Kemudian masukkan telur,minyak masak,ovalette dan tepung.
- Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 5-7 minit.
- Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dalam 3/4 penuh kemudian taburkan sedikit hirisan badam.
- Buat sampai habis dan bakar dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga permukaan kek perang(bergantung pada oven masing-masing).
As-Salam buat semua...
Hari ini saya bercuti dan semalam saya telah siapkan sebanyak 100 biji Apam coklat ini untuk Azim jual di pasaria sekolahnya esok untuk mengutip dana bagi tabung PIBG.Saya buat lebih sikit untuk makan-makan di rumah.Kebetulan semalam budak berdua tu tak sekolah,tak sampai petang semuanya dah licin.Apam ini rasanya macam kek coklat kukus,padat dan moist...
APAM COKLAT
Resepi:Alma@My Resepi.Thanks.
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko
**saya telah mengandakan adunan ini dan mengurangkan sukatan gula dan susu ke 3/4 cawan dan menambahkan 1/2 sudu teh serbuk nescafe ke dalam adunan serta secubit garam.
Cara membuatnya
- Panaskan pengukus yang berisi air hingga mendidih.
- Campurkan semua bahan-bahan ke dalam blender/mixer dan kisar hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit dengan api sederhana.
- Bila masak,sejukkan sebentar baru di keluarkan dari acuan.
- Hiaskan dengan taburan berwarna-warni.
As-Salam buat semua....
Selamat pagi buat semua pembaca blog ini dan juga semua kawan-kawan di dapur maya.Semoga hari ini di lalui dengan ceria dan bahagia.Hari ini saya nak postkan satu resepi yang menjadi kesukaan my bodyguard iaitu Kari kepala ikan tanpa santan.Kepala Ikan Merah yang di beli olehnya kat pasaraya Maidin ni amat besar,tak muat pinggan hidang yang biasa saya gunakan.Sedang elok dengan pinggan pai yang besar ini.
KARI KEPALA IKAN (tanpa santan)
Sumber:dayangjack.blogspot.com.Thanks.
Bahan-bahan
1 kepala ikan merah
kacang bendi
3 biji bawang merah-di hiris
2 ulas bawang putih- di hiris
1 inci halia-di hiris
1 tangkai daun kari
sedikit halba campur
tomato-belah 4
3 sudu makan serbuk kari ikan-bancuh dengan sedikit air
garam dan sedikit gula
air asam jawa
Cara membuatnya
- Tumiskan bawang merah,bawang putih ,halia,daun kari dan halba campur hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan rempah kari ikan dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
- Masukkan air secukupnya.Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
- Kemudian masukkan kepala ikan merah dan kacang bendi.Perasakan dengan garam dan gula.
- Akhir sekali barulah di masukkan air asam jawa dan tomato.
- Setelah masak,angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan papadom serta sambal belacan.