Rabu, 12 Disember 2012

KUIH KETAYAP



Salam bahagia buat semua...
Hari ini tarikh cantik 12.12.12 ,kuih ketayap mendapat tempat untuk masuk ke blog ini dulu.Sebenarnya masih banyak lagi resepi yang saya nak postkan disini cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan.Selalunya saya jarang membuat kuih tempatan.Tetapi oleh kerana si bongsu Azim suka sangat makan kuih ni jadi saya cuba belajar membuatnya dan alhamdulillah ia menjadi.Tapi ada juga komen darinya,kenapa intinya warna coklat.Sebenarnya saya dah terlupa yang dia suka makan Kuih ketayap yang inti kelapanya putih!.Nantilah Azim lain kali mama buat kuih ketayap yang intinya putih pula.Ni baru nak belajar buat...

KUIH KETAYAP
Sumber:Periuktanah.blogspot.tq
Bahan-bahan

A) Inti
  • 1 mangkuk kelapa parut putih sahaja. (lebih elok kalau ada yang muda sikit dan diparut halus)
  • 1/2 cawan air gula merah
  • 1 sudu besar gula putih (tambah jika kurang manis) 
 *saya masak bersama 3 helai daun pandan
Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga kering seperti di dalam gambar. Gunakan api sederhana. Rasa sedikit ketika hampir kering dan tambah gula putih jika kurang manis.
B) Bahan tepungnya
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar air pandan
    sedikit pewarna hijau
  • minyak untuk mendadar
*Saya tidak menggunakan minyak utk.mendadar manakala daun pandan di mesin dengan 2 cawan air seperti dalam resepi di atas.
Cara membuatnya
  • Campurkan kesemuanya di dalam mangkuk dan kacau sebati menggunakan pemukul.
  • Bila sebati, tapiskan ke dalam mangkuk lain.
  • Panaskan kuali dan sediakan minyak di dalam mangkuk. Letak satu sudu kecil minyak di keliling kuali.
  • Masukkan 1 senduk kecil adunan ke dalam kuali. Mulakan dari tepi kuali, angkat dan golekkan kuali agar adunan rata.
  • Bila warna ketayap sekata menunjukkan kuih sudah masak seperti dalam gambar.
  • Ulang proses mendadar hingga adunan habis.
  • Bila habis kesemuanya, letakkan inti dan gulung seperti di dalam gambar. Sedia di hidang.             
                  

Selasa, 11 Disember 2012

BERSIAR-SIAR DI ISTANA NEGERI.

Salam bahagia buat semua...
Malam ni barulah dapat mengadap komputer setelah seharian saya ketiduran kerana baru habis dari tugas malam.Kali ini nak entri pasal jalan-jalan kat Istana Negeri pada 2 minggu lepas sempena Keputeraan Sultan Muhammad ke-V.Istana Negeri yang terletak di Kubang Kerian,Kota Bharu, Kelantan telah di buka untuk lawatan anjuran MAIK(Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ).Ia bermula pada 1 November dan berakhir pada 6 Disember yang lepas.Taglinenya-Seabad mendaulatkan islam.
Julung-julung kalinya 
semenjak dari kecil hinggalah umur nak separuh abad, inilah baru pertama kali saya berpeluang menjejakkan kaki ke dalam kawasan Istana Negeri.Seperti kata-kata yang tertera pada penanda buku yag di beri "jenguklah(ziarahlah)orang yang tidak pernah menjenguk mu dan berilah hadiah kepada orang yang belum pernah memberikan hadiah kepada mu".-hadis Riwayat Bukhari.Saya adalah pelawat yang ke- 6,3446.
Saya kongsikan beberapa keping gambar di sini semasa di dalam kawasan istana.Di bahagian ruang pameran (dalam ruang istana)tidak di benarkan mengambil gambar.
                                                                             


Model 3 orang ni sempat berposing di ruang legar pameran di sebelah luar selepas habis kami round di dalam ruang pameran yang mengandungi kitab-kitab lama ,pedang pahlawan zaman silam,artifak-artifak lama yang lain seperti  perisai perang,barang-barang tembaga dan ada juga replika rumah Nabi Muhammad SAW.
 
Kami hanya sempat melawat beberapa tempat sahaja.Budak 3 orang tu cepat saja penatnya bila berjalan-jalan di kawasan istana.Si bongsu Azim mula minta nak minum ,nak makan (tak de keja lain anak yang sorang ni!).kalau perutnya tak di isi nak jalan pun dia dah tak ada mood.

           .......... tengok muka dah muncung tu!!....
              Senyum semula sebab dah tau dapat pergi makan kat KFC.
              Sampai jumpa lagi...ta-ta.

SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM

Salam bahagia buat semua..

Sayur yang menjadi kesukaan saya.Sedap di makan dengan nasi dan lauk-pauk lain ataupun kadang -kadang saya makan sayur sahaja.Itupun penimbang masih bergegar!!...
Semasa mencelur sayur ini kuat sangat dok bercakap(sebenarnya membebel la tu!)saya telah terlupa akannya.Ni dah terover cook lah.Apalagi tiada sudah seri warna kehijauan Siew pak choy.Apakan daya nasi dah bertukar menjadi bubur!.
SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM
Sumber:HaNa's family.tq!

Bahan-bahan
  • seikat sayur Siew pak choy
  • 4-5 sudu makan sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa/gula - jika suka
  • 1 sudu besar sos lada hitam     saya tambah
  • tepung jagung dan air sedikit utk pekatkan kuah
  • bawang putih goreng/bawang goreng - utk hiasan
  • beberapa ekor udang-di buang kulit   saya tambah
Cara membuatnya
  • Sayur jangan potong dulu.Panaskan air.Celur Siew pak choy dengan batang-batangnya sekali.
  • Angkat dan toskan.Potong bahagian yang hujung. susun dalam pinggan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau atau kekuningan.
  • Masukkan sos tiram dan sos lada hitam dan juga air sedikit dan juga udang kemudian di kacau.Masukkan perisa jika suka.Tak payah letak garam sebab sos tiram dah masin. Kalau nak pekat bubuh tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Didihkan.Tutup api.Tuang kuah atas sayur tadi.
  • Hiaskan dengan bawang putih goreng/bawang goreng.Dah siap!

Isnin, 10 Disember 2012

POTATO WEDGES

Salam bahagia buat semua...
Lama betul saya menghilang dari dunia dapur maya ini.Al kisahnya PC di serang virus dan admit wad untuk beberapa lama.Bosan sungguh tak dapat menulis resepi tapi apakan daya, asyik dok blog walking kat dapur orang sahajalah kerana saya tak dapat nak akses akaun Google.
Hari ini 10 Disember barulah segala-galanya pulih dan saya dapat menulisnya kembali!sukanyaaaa....Syukur.

POTATO WEDGES
Sumber:Amie's Little Kitchen.Tq!

Bahan-bahan
  • 8 biji kentang-kupas dan potong wedges/baji
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu oregano leaves
  • 3 tangkai daun ketumbar-hiris halus
  • 1/2 sudu lada putih-tumbuk
  • 1 sudu serbuk pati ikan bilis
  • 1 sudu teh serbuk ENO/baking powder
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Rebus kentang setengah masak.Angkat dan toskan.
  • Campurkan tepung gandum,tepung jagung,oregano leaves,daun ketumbar,lada putih serbuk ENO dan serbuk kunyit dan serbuk pati ikan bilis.
  • Adun bersama air mengikut kepekatan yang diingini.
  • Celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
  • Sedia untuk di hidang bersama pencicah pilihan.
*Saya menggunakan sos cili thai dan mayonis

 

Sabtu, 17 November 2012

ROTI SARDIN ROLL


Salam bahagia buat semua...
Saya terjumpa dengan resepi Roti sardin roll ini dalam majalah wanita(ia di tulis sebagai sardin roll roti) semasa sedang mengemas buku-buku lama.Resepi yang ringkas dan mudah untuk di sediakan .Sesuai di buat hidangan pada waktu petang sambil menonton tv.Ia adalah resepi dari Chef Ismail .Oleh kerana abang yang tengah sahaja makan sardin,saya gantikan inti sardin dengan inti ayam.Daun parsley pula  tak letak kerana anak tak makan sayur.

ROTI SARDIN ROLL
Sumber:Majalah Wanita(Chef Ismail)

Bahan-bahan
  • 1 tin sardin(425 gm)
  • 2 sudu besar mayonis
  • 10 keping roti
  • daun parsley
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • garam
  • minyak utk.menggoreng
gam tepung-tepung gandum campur dengan air .
Inti sardin-buang kuah sardin dan hancurkan isinya.Tambah bawang ,mayonis dan garam .sesuaikan rasanya.

cara membuatnya
  • Gelek roti hingga nipis dan potong tepi-tepinya.


  • Kemudian letak inti sardin di dalamnya serta sedikit daun parsley .Sapukan gam tepung di tepi-tepi roti agar ia melekat ketika ketika di gulung nanti.

  • Kemudian gulung roti tersebut dan di hujung kedua-dua roti tekan dengan garfu agar ia menjadi sardin roll yang cantik.
                                  
  • Setelah siap roti sardin roll ini ,panaskan minyak dan goreng Roti sardin roll hingga keperangan.Apabila masak,tegakkan Roti sardin roll tadi agar minyak tidak meresap ke dalamnya.

  • Sedia untuk di hidangkan dan ia rangup sekali ketika masih panas.


                                                                                         

Khamis, 15 November 2012

MINI PAVLOVA


Salam bahagia buat semua yang berkunjung...

Saya buat lagi Pavlova kerana ada lebihan telur putih yang tidak di gunakan tetapi kali ini saya buat mini Pavlova, lagi senang nak makan secara individu.Tompokan meringue kita kena tinggikan sedikit seperti kubah supaya nanti apabila masak ia tidak akan menjadi leper.Buah-buahan yang saya gunakan seperti buah delima,kiwi dan anggur sahaja.Tengah sedap mengambil gambar,telefon saya boleh terlepas dari tangan dan terjatuh di tepi koridor simen di tepi rumah ,mujur tak pecah!hee...hee, careless...

MINI PAVLOVA
Sumber:IrmadiLondon 

Bahan-bahan

  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor   saya guna 1/2 cawan
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1/2 sudu makan tepung jagung

topping

  • 1 cawan krim putar 
  • 1 1/2 sudu makan gula aising   tak letak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara membuat krim
Pukul krim putar dengan gula dan esen vanila sehingga kembang.
Bahan lain
Buah-buahan pilihan seperti-kiwi,strawberi,pic,nenas dan lain-lain buah mengikut kesukaan.
Cara membuatnya
  • Pukul putih telur sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya.Pastikan kesemua gula hancur.
  • Kemudian masukkan esen vanila,cuka dan tepung.Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  • Buat bulatan kecil di atas kertas minyak dan letakkan adunan serta bentukkan bulat seperti kubah kecil.
  • Bakar dalam oven selama lebih kurang 45 minit atau sehingga nampak perang muda.Masa membakar bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak,buka pintu oven sedikit dan biarkan sehingga sejuk.Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim putar serta hias dengan buah-buahan pilihan.

Rabu, 14 November 2012

KACANG PANJANG GORENG dengan TELUR

Salam bahagia buat buat semua..
Dalam minggu ini di Kelantan cuma hari ini sahaja hari bekerja(Rabu).Kita bercuti dari hari Ahad selama dua hari sempena Keputeraan Sultan Muhammad ke-v yang hensem tu,sehari lagi untuk Deepavali dan sehari lagi untuk 1Muharram.Jumlah semua cuti termasuk Jumaat dan Sabtu sebanyak 9 hari.Best kan!.dan esok adalah 1 Muharram .Berbahagialah bagi mereka yang memperoleh nikmat umur yang panjang dan mengisinya dengan amalan-amalan yang baik dan perbuatan-perbuatan yang bijak. Rasulullah SAW bersabda : “Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya (HR Ahmad).
Hari ini saya masak kacang panjang yang di goreng bersama telur sebagai hidangan makan tengahari.Kacang panjang yang dah lama bertapa dalam peti sejuk sudah hampir hilang warna hijaunya.

KACANG PANJANG GORENG dengan TELUR
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan

  • 1 ikat kecil kacang panjang-potong menyerong
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 ulas bawang merah-hiris nipis


Cara membuatnya

  • Tumbuk 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dan gaulkan bersama kacang panjang,serbuk lada hitam dan pati ikan bilis dan serbuk kunyit.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan telur sambil di kacau supaya telur menjadi hancur.Masukkan kacang panjang tadi dan gaul sebati dengan telur hancur.
  • Goreng sebentar dengan api sederhana,masukkan cili padi dan bawang yang di hiris halus.
  • Sedapkan rasanya dan bolehlah di hidangkan.


Selasa, 13 November 2012

CHICKEN QUICHES



Salam bahagia buat semua..
Nama lainnya Chicken Tart dan nama melayunya Tart Ayam,tapi bunyi macam tak glamer.Saya letak tajuk omputih la pulak sekali-sekala.Tapi jiwa masih melayu selamanya..
Tak sangka pula anak-anak begitu mengemarinya.Saya redah saya kalau buat sesuatu pada pertama kalinya.Kalau anak-anak tak makan,saya yang tukang habiskan.Sebab tu la penimbang terkejut(bukan saya) setiap kali saya naik kat atasnya!.hee...he
Kulit tart menggunakan Pastri puff yang sentiasa ada stok dalam peti sejuk.Cadangnya kalau nak buat pastri apa pun saya selalu pakai Pastri puff sebab nak cepat.
CHICKEN QUICHES
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • pastri puff secukupnya
  • 250 gm isi ayam cincang
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 1 biji kentang-potong dadu kecil
  • 2 sudu besar hirisan daun ketumbar
  • 2 sudu besar sos prego tradisonal
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 biji tomato-buang isinya,potong kiub
  • sedikit hirisan nenas kiub
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
  • 1 sudu besar saus manis ABC Heinz
  • keju Mozarella parut secukupnya
  • mayonis dan sos cili secukupnya
Cara membuat intinya
  • Panaskan sedikit mentega dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya.
  • Masukkan isi ayam dan kentang dadu dan gaul sebati bersama bawang sebentar.
  • Tambahkan sos prego,sos cili,saus manis dan gaul rata.Tambah sedikit air dan masak dengan api perlahan.
  • Bila ayam dan kentang masak,tambahkan serbuk cukup rasa Maggi,nenas kiub ,tomato kiub dan hirisan daun bawang.Sedapkan rasanya .
  • Angkat dan ketepikan.
Cara membuat kulit tart
  • Keluarkan pastri puff dari freezer,biarkan ia lembut sedikit dan tekap dengan penekap bulat bergerigi.
  • Letakkan di dalam acuan tart dan bakar sebentar separuh masak.
  • Keluarkan dari oven dan masukkan inti ayam tadi.Taburkan keju Mozarella parut ke atasnya.
  • Bakar sebentar lagi sehingga kulit tart nampak garing dan keju mencair.
  • Hidangkan dengan picitan sos cili dan mayonis.

Isnin, 12 November 2012

UDANG GORENG MANIS LADA HITAM


Salam bahagia di angin lalu...
Selamat bercuti buat semua yang sedang bercuti.Hari ini saya masuk dapur sebentar menyediakan hidangan makan tengahari.Masak udang yang mudah sahaja.Anak-anak pula musim cuti ni asyik nak makan sahaja.Tak menang tangan 'tukang masak' yang selalu keletihan ini nak membuatnya!.

UDANG GORENG MANIS LADA HITAM
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 15-20 ekor udang saiz sederhana
  • 2 sudu besar sos lada hitam Life
  • 1 sudu besar saus manis ABC Heinz
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji lada merah besar-hiris nipis
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 1 sudu teh maggie cukup rasa

Cara membuatnya
  • Bersihkan udang dan perap dengan semua bahan di atas kecuali bawang ,lada merah dan serbuk lada hitam
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan udang .Goreng udang sebentar.
  • Masukkan bawang besar dan lada merah serta serbuk lada hitam.Gaul sebati sambil teruskan menggoreng sebentar lagi.
  • Bila kulit udang kelihatan merah,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Hidangkan bersama nasi putih.

Ahad, 11 November 2012

MARBLE CHEESE CAKE

Salam bahagia buat semua...
Musim cuti sekolah sudah bermula.Program saya nak buat macam-macam resepi dalam my wishing list.Entahlah kesampaian atau tidak.Asyik kerja memanjang sahaja.Kat mana la saya nak celah badan ni nak ambil cuti,dapat 3 hari pun cukuplah.List menunggu yang nak bercuti tak putus-putus(sesi mencurah perasaan!).Marble Cheese kek ini pun saya buat semasa sehari bercuti pada minggu lepas.Baru sekarang dapat masuk blog.


























MARBLE CHEESE CAKE
Sumber:Puan Ros-Sinaran menu.blogspot

Bahan-bahan
  • 250 gm.mentega
  • 1 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula kastor     saya letak 1 cawan shj.
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
  • Cairkan mentega dengan api sederhana,padam kan api dan masukkan serbuk koko.Kacau rata
  • Pukul gula dan telur hinga sebati.Masukkan ke dalam adunan mentega-koko.Kacau sebati.
  • Masukkan susu dan kacau lagi hingga semua sebati.
  • Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati.Akhir sekali,masukkan esen vanila dan kacau rata.
  • Panaskan oven pada suhu 175'C.Alas loyang 10"x10" dengan baking paper.Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan kek apabila masak kelak.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.tinggalkan sedikit untuk membuat corak marble di atas lapisan cheese nanti.
  • Bakar selama 20 minit.
  • Keluarkan kek dari oven dan biarkan selama 5 minit.Tuang adunan cheese ke atas kek dan ratakan.Paipkan baki adunan coklat ke atasnya dan lorekkan corak mengikut citarasa.
  • Bakar lagi selama 15 minit atau sehingga lapisan cheese kelihatan masak dan kering.
  • Sejukkan sebelum kek di potong.Saya memotongnya ketika masih suam sebab itulah tepi kek nampak tidak licin.
Bahan-bahan untuk lapisan cheese
  • 250 gm.cream cheese
  • 1 cawan gula kastor    saya guna 3/4 cawan
  • 1 biji telur gred B
Cara membuatnya
Pukul cream cheese hingga gebu.Masukkan gula dan pukul lagi ,kemudian masukkan telur.Pukul hingga semua bahan sebati dan tidak berketul/licin.