Assalam buat semua..
Resepi Ayam ini baru pertama kali saya cuba
Rasanya sedap mengikut selera saya
Boleh makan dengan nasi putih ataupun nasi lain.
Let's try masak
AYAM MASAK BAWANG
Bahan
1 ekor ayam-potong kecil
Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
4 biji bawang merah besar
Rempah 3 sekawan
1 helai daun pandan
2 biji bawang Holland
1 inci halia
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar serbuk garam masala
2 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam,gula,cukup rasa
Cara membuatnya
Potong bawang nipis- nipis
Perah airnya dan gaul dengan sedikit tepung beras
Goreng hingga garing dan toskan
Dengan minyak yang sama-goreng ayam sebentar dan ketepikan.
Kisar bawang Holland dan halia
Tumiskan kedalam minyak lebihan goreng ayam tadi
Masukkan rempah 3 sekawan dan daun pandan.
Masukkan serbuk cili, semua sos,serbuk garam masala,gula,garam dan serbuk cukup rasa.
Tambahkan sedikit air
Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata
Biarkan seketika sambil di gaul sekali-sekala
Tambahkan bawang goreng dan gaul rata,tinggalkan sedikit untuk tabur di atas ayam
Sesuaikan rasanya dan boleh lah diangkat
Semasa menghidang,taburkan sedikit lebihan bawang goreng tadi.