Selasa, 27 Mac 2012

AIR SOYA CINCAU

Salam bahagia buat semua....

Seharian menghadiri Seminar Pengurusan Audit hari ini ,banyak info yang berguna untuk di aplikasikan kemudian nanti di tempat kerja.Pada waku pagi segalanya berjalan dengan baik hinggalah pada waktu tengahari saya mula sakit kepala.Mendengar ceramah dengan kepala yang sakit,ia menjadi semakin parah. selepas 8 jam berlalu barulah ia berhenti...seksa nya....
  Memetik intro seminar..to improve is to change,to be perfect is to change often..Winston Churchill.
 
Resipi untuk hari ini ialah Air soya cincau yang menyejukkan dan menghilangkan dahaga dalam cuaca yang panas ini.
Cincau (bahasa Inggeris: grass jelly atau leaf jelly) ialah sejenis makanan bak agar-agar yang dipergunakan di China dan Asia Tenggara sebagai pembasuh mulut serta juga dalam minuman. Dikatakan bersifat diuretik, cincau dijual dalam bentuk tin atau bungkusan di pusat-pusat membeli-belah di Asia.

Cincau dibuat dengan merebus rumput atau daun pudina (khususnya Pokok Cincau, Mesona chinensis) bersama-sama kalium karbonat dan kemudiannya mendinginkan cecairnya sehingga menjadi seolah-olah agar-agar. Cincau ini biasanya dicampurkan dengan sirap untuk menghasilkan sejenis minuman yang dapat menyejukkan badan. Warna minuman ini perang tua yang jernih, dengan cincau berbentuk lembar atau kiub di dalamnya. Rasanya sedikit merupai iodin. Cincau dijadikan minuman panas yang likat atau minuman berais di Taiwan. Ia juga boleh dicampurkan dengan air kacang soya untuk menghasilkan sejenis minuman yang dikenali sebagai "Michael Jackson" di Asia Tenggara dan Oakland, cincau juga dicampurkan ke dalam berbagai-bagai pembasuh mulut, seperti ais kacang dan cendol...Wikipedia


AIR SOYA CINCAU
Sumber:dari dapur

Bahan-bahan
  • 500 ml.air soya
  • cincau -potong dadu
  • beberapa ketul ais kiub
Cara membuatnya
  • Masukkan cincau yang telah di dadu ke dalam jag dan tambahkan air soya.
  • Jika ingin lebih manis boleh di tambahkan air gula.
  • Tambahkan beberapa ais kiub.Sejukkan sebentar dan bolehlah di hidangkan.

Isnin, 26 Mac 2012

TOFU TELUR SAMBAL PEDAS TOMATO NENAS

Salam sejahtera buat semua...
Hari ini saya bertugas pada sebelah petang.Biasanya pada waktu pagi saya akan memasak untuk makan tengahari.
Menu hari ini ialah masak tofu telur yang lama dah terperap dalam peti sejuk dan Apam pisang.Banyak sungguh pisang yang masak sampai tak sempat nak makan.Entrinya saya akan letak kemudian nanti.Hari ini nak entri pasal tofu telur dahulu.Resipinya di ambil dari blog Kak Ummi.Minta izin untuk di kongsikan di sini pula ya.


TOFU TELUR SAMBAL PEDAS TOMATO NENAS

Bahan-bahan
  • 3 paket tofu telur
  • 4 sdb.cili kisar
  • 1 labu bawang besar-dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 2 biji tomato-saiz sedang
  • 2 sdb.sos cili
  • 1/4 biji nenas-hiris kecil
  • garam /gula secukup rasa
  • 1 biji tomato-potong baji enam
  • minyak masak
Cara membuatnya
  • Potong tofu 1 inci tebal.Panaskan1/3 cawan minyak dalam non-stick pan dan goreng tofu hingga berkulit.
  • Angkat dan toskan minyaknya dan ketepikan.
  • Buangkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan cili kering kisar ,masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  • Sementara itu kisar 2 biji tomato tadi dengan 1/4 cawan air lalu di tambahkan ke dalam kuali dan kacau sebentar.
  • Tambahkan garam/gula secukup rasa.
  • Masukkan nenas dan biarkan lembut sedikit.
  • Masukkan potongan tomato dan tofu,kacau balikkan perlahan-lahan biar rata sekejap sahaja.
  • Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.
** saya mengunakan nenas kiub tin dalam resipi ini.

Ahad, 25 Mac 2012

BISKUT BATU KARANG



Salam bahagia buat semua...

Stok biskut dah habis,jadi kena buat biskut lagi.Kat dapur dah macam musim raya ,ada enam balang kecil biskut dah siap-siap atur di atas meja.Bila rasa nak makan ,buka dan ambil saja.Terlalu kerap buka ,satu balang biskut dan pecah...dah tinggal berlima...waaaa..

BISKUT BATU KARANG
Sumber:citarasawan.blogspot.com/Kak Wan.Thanks

Bahan-bahan
  • 80 gm.mentega
  • 80 gm.gula
  • 2 biji telur
  • 230 gm tepung red rose
  • 1 sdk. baking powder
  • 1 sdb.susu cair
  • 60 gm.kismis
  • 20 gm buah campuran/mixed fruit
  • 1/4 sdk.garam
Cara membuatnya
  • Panaskan oven terlebih dahulu dan ayak tepung red rose bersama baking powder.
  • Pukul mentega dan gula hingga lembut.Masukkan telur satu-persatu dan susu cair.Pukul hinga sebati.
  • Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder tadi dan garam.
  • Kemudian masukkan kismis dan buah-buahan campuran dan adun hingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil satu sudu besar doh dan aturkan di atas loyang yang telah di gris terlebih dahulu.
  • Bakar pada suhu 150'C selama 20 min.atau sehingga masak.
  • Bila masak sejukkan dahulu sebelum di simpan d dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 24 Mac 2012

ROTI PRATHA PISANG


Salam sejahtera buat semua....

Resipi ringkas dan mudah ini sangat sedap sekali pada taste saya.Roti pratha yang garing di tambah pula dengan rasa pisang dan keju amat sedap sekali di makan semasa masih suam.Saya bagi 5 bintang untuk resipi ini!.juri untuk diri sendiri...

ROTI PRATHA PISANG
Sumber:Sinaran menu.blogspot

Bahan-bahan
  • 3 keping roti pratha
  • 3 sdb.kaya
  • 3 biji pisang-potong bulat dan nipis
  • mozarella cheese-parut
Cara membuatnya

  • Sapu nipis minyak atas loyang pembakar dan letakkan roti pratha.
  • Sapu rata kaya dan susun potongan pisang memenuhi roti pratha.
  • Taburkan keju mozarella parut di atas pisang.
  • Bakar di dalam oven pada suhu 180'C sehingga keju cair dan roti pratha berwarna perang.

KEK MARBLE RAINBOW

Salam bahagia buat semua....
Resipi hari ini ialah Kek Marble Rainbow.Ia adalah kek mentega kosong yang di letakkan tiga warna berlainan tapi tak cukup warna pelangi yang berjumlah 7 warna.Tak apa la asalkan bunyinya sedap di dengar dan rasanya sedap di makan!.Gambar dah terlebih edit sebab tu lah kek nampak kering...he..he.

KEK MARBLE RAINBOW
Sumber:Majalah Saji

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan marjerin/mentega
  • 2 sdb.susu pekat
  • 2 sdt.baking powder
  • 1 sdt.esen ros
  • 5 biji telur gred A
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • pewarna merah,hijau ,kuning

 Cara membuatnya
  • Panaskan oven.Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  • Pukul gula dan marjerin hingga kembang (ia kelihatan putih dan gebu).
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul hingga rata dan kembang.
  • Tambahkan susu pekat dan esen ros di ikuti dengan tepung yang telah di ayak sambil di kaup-baikkan hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Satu di warnakan merah,satu di warnakan hijau dan satu lagi di biarkan warna asal atau pun di letakkan warna kuning.
  • Susun adunan berselang -seli warna di antara satu sama lain mengikut kreativiti masing-masing.Mulakan dengan warna asal,warna merah dan warna hijau.Buat sehingga habis semua adunan.
  • Akhir sekali buat silang- pangkah pada  permukaan kek .ini untuk mendaoatkan corak menarik pada kek itu nanti.bakar sehingga masakpada suhu 180'C selama 45 min-1 jam bergantung pada oven masing-masing.
  • Setelah masak sejukkan di atas redai kek dan bolehlah di hidangkan.

Khamis, 22 Mac 2012

MAKANAN SEJUK BEKU

Sejuk Beku - Apa Anda Perlu Tahu 

Apa yang boleh disejuk beku?

Hampir semua makanan boleh disejuk beku. Beberapa pengecualian ialah makanan dalam tin atau butir telur. Untuk makanan dalam tin, anda boleh menyimpannya di bahagian sejuk beku setelah mengeluarkannya.

Sesetengah makanan tidak sesuai disejuk beku kerana kualitinya terjejas apabila di nyah beku, contohnya mayonis atau sos krim. Daging dan ayam mentah pula masih boleh dikekalkan kualitinya jika disejuk beku berbanding yang telah dimasak. Ini kerana daging dan ayam hilang kelembapannya semasa proses memasak.


Adakah makanan yang disejuk beku selamat?

Makanan yang disimpan pada suhu 0 darjah Farenheit adalah selamat, bagaimanapun kualitinya terjejas apabila terlalu lama disimpan. Apabila makanan disejuk beku gerakan molekul diperlahankan, menyebabkan mikrob-mikrob menjadi dorman atau terpendam. Makanan yang disimpan di bahagian sejuk beku kekal lebih lama kerana pembiakan mikroorganisme yang menyebabkan kerosakan dan penyakit terhalang.

Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit?

Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan. Makanan yang dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikro-organisme yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa.

Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya sehingga semua parasit musnah.

Masihkah berzat dan berkualiti?

Proses sejuk beku sahaja tidak memusnahkan nutrien yang terdapat dalam makanan. Bagi daging dan produk-produk ayam itik contohnya, perubahan dalam nilai nutrien sangat sedikit.

Tetapi makanan boleh berubah warna dan menjejaskan kualitinya. Contohnya warna daging berubah coklat kerana kurang oxygen, manakala tulang dan daging ayam menjadi lebih gelap kerana pigment daripada tulang menyerap ke tisu-tisu sekitarnya.

Sebab itu, adalah lebih baik makanan disejuk beku dengan cepat. Jika disejuk beku dengan perlahan, kristal ais yang besar akan terbentuk, dan apabila anda menyahbekukan makanan, ia akan merosakkan sel-sel dan melarutkan emulsi. Daging contohnya, akan mengeluarkan banyak air dan hilang jusnya. Emulsi seperti mayonis atau krim akan kelihatan seperti pecah minyak dan kelihatan bergentel.

Semasa menyimpan makanan dalam ruang sejuk beku, elak meletakkannya di atas satu sama lain, sebaliknya biarkan selapis atas rak-rak berbeza. Setelah makanan sudah membeku, barulah disusun berlapis.

Sumber:saji on-line
Gambar:Google

JUS NENAS

Salam bahagia buat semua...
Hari ini saya bercuti selepas kerja malam.Non-hectic night!.Segalanya aman dan damai sahaja kecuali ada sedikit gangguan bunyi dari bed 17.He..he semua orang kat tempat kerja pun tahu apa yang dia sebutkan.Tak leh tulis kat sini-sensored!.cuaca yang begini panas,elok sangatlah saya sediakan Jus nenas yang sedap di minum sejuk ini -so refreshing.

JUS NENAS
Sumber:kak wan

Bahan-bahan
  • 2 keping nenas masak
  • 300 ml.ais krim soda/air masak biasa
  • 4 sdb.gula
  • 1 sdb.jus lemon/3 biji asam boi
  • air secukupnya
  • kiub ais secukupnya
  • nenas kiub dalam tin

 cara membuatnya
  • Potong dan kisar nenas bersama air dan gula.Masukkan perahan jus lemon/asam boi
  • Tuangkan ke dalam gelas dan tambahkan ais kiub.
  • Tambahkan nenas kiub.Sedia untuk di minum.

GULAI TELUR ITIK


                                                                       
GULAI TELUR ITIK
Sumber:Noor Masri

Bahan-bahan
  • 6 biji telur itik
  • 2 1/2 cawan santan
  • 1.5 cm lengkuas - diketuk
  • 1-2 sdb. cili kering kisar atau boleh ganti dgn cili padi jika suka
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
  • 1.5 cm halia
  • 1.5 cm kunyit hidup
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali telur) kedlm periuk, biarkan ianya mendidih
  • Perlahankan api kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan.Jangan di kacau.
  • Seeloknya pecahkan telur dlm piring dulu,kemudian baru lah di masukkan ke dalam periuk.
  • Biarkan kuah mendidih sekali lagi,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
** saya telah mengisar kesemua bahan yang di gunakan kecuali asam keping.

Rabu, 21 Mac 2012

MOUSSE COKLAT RANGUP BADAM

Salam bahagia buat semua...
Mousse coklat rangup badam...cubalah buat pasti terpikat.Sedap juga kalau di makan semasa sejuk sebagai dessert.

MOUSSE COKLAT BADAM
Sumber:Majalah Keluarga 2011

Bahan-bahan
  • 250 ml.krim putar
  • 4-6 biskut rangup-di hancurkan
  • 50 gm.badam cincang-panggang
  • 50 gm.coklat-di cairkan
  • 1 sdb.esen kopi
  • 1 sdb.gula perang
  • 1 sdt.serbuk kopi segera

Cara membuatnya
  • Putar krim dan gula perang hingga kembang dan sebati
  • Tambahkan serbuk kopi segera,esen kopi dan coklat cair.Kacau rata .
  • Bahagikan biskut hancur tadi sama rata,dan masukkan dalam gelas dessert.
  • Kemudian masukkan campuran krim tadi sama rata hingga ke atas lapisan biskut.
  • Taburkan lebihan biskut yang di hancurkan dan badam cincang di atasnya.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk dahulu sebelum di makan.
**Saya menggunakan almond flakes dan biskut marie di dalam resipi ini.

Selasa, 20 Mac 2012

SARDIN RING


Salam bahagia buat semua...

Resipi kali ini ialah Sardin Ring yang saya jumpa kat blog Puan Ros-Sinaran menu yang sentiasa membuat resipi yang mudah-mudah dan cepat siap .Ia sesuai di makan semasa minum petang.Saya sedang menyanyi lagu semasa sedang menggoreng...dah terhangus!!


SARDIN RING
Sumber: P.Ros @ SinaranMenu



Bahan-bahan 
  •  5 keping roti prata (jenama kawan)
  •  3 keping sardin (1 tin sederhana besar)
  •  2 ulas bawang merah
  •  1 1/2 sudu minyak untuk menumis
  •  sedikit garam dan lada sulah
** Saya menambahkan cili merah dan daun bawang/sup yang di cincang halus ke dalam bahan inti sardinnya.

Cara membuatnya
  •  Lenyek sardin hingga hancur.Potong bawang merah nipis-nipis.
  • Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang dan masukkan sardin.Kacau rata sekejap.Masukan garam dan lada sulah.Tambahkan daun sup/bawang dan cili cincang.Kacau dalam 2- 3 minit.Angkat dan sejukkan.
  • Potong 2 roti pratha.Letakkan 1 sudu kecil sardin yang telah dimasak tadi pada bahagian yang dipotong .Gulung pratha kemas-kemas. Cantumkan kedua-dua bahagian hujung roti dan buatlah simpulan yang rata dan kemas.
  • Panaskan 2 cawan minyak masak.Goreng hingga garing.Sedap dimakan waktu panas.
** saya menggunakan roti prata bawang di dalam resipi ini

    Isnin, 19 Mac 2012

    MONRODS ICE BLENDED





    MONRODS ICE BLENDED
    Sumber:majalah saji

    Bahan-bahan
    • 200 gm kiub ais
    • 2 keping biskut Oreo
    • 50 ml.susu segar
    • 50 ml.whipping cream
    • 2 sdb.serbuk milo

    Cara membuatnya
    • Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali whipping cream.
    • Kisar kesemua bahan hingga halus.
    • Akhir sekali ,hiaskan minuman menggunakan whipping cream dan serbuk milo.
    • Boleh juga di tambah 2 keping biskut oreo sebagai hiasan.

    Ahad, 18 Mac 2012

    NASI IMPIT GORENG


    Salam bahagia buat semua...

    Nasi Impit Goreng yang pada kali pertama cuba membuatnya ,ia sesuai di tekak saya .Cerita tentangnya...
    Ia tidak boleh terus di goreng selepas selesai merebusnya kerana akan hancur.Kena biarkan semalaman di dalam peti ais supaya agak keras sedikit .

    Gambar yang di ambil tergabung dari tiga minat saya iaitu masakan,suasana semulajadi yang hijau dan fotografi.Sebab itulah blog saya meriah dan serabut dengan gambar-gambar.....asalkan diriku bahagiaaaaa.....

    NASI IMPIT GORENG
    Sumber:dari dapur

    Bahan-bahan
    • 2 paket besar nasi impit(pek 6)
    • 2 sdb.cili kering kisar
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 ulas bawang merah
    •  2sdb.sos cili thai
    • 1 sdb.sos tomato
    • 2 sdb.sos tiram
    • 1/2 sdk.serbuk lada hitam
    • 1/2 cawan ikan bilis halus
    • 1/2 paket daging/ayam cincang
    • garam/gula secukup rasa
    Cara membuatnya
    • Rebuskan nasi impit dan simpan di dalam peti ais semalaman.Elok di sediakan sehari awal.
    • Potong dadu nasi impit dan ketepikan.
    • Tumbukkan bawang merah dan bawang putih bersama-sama hingga halus.
    • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
    • Masukkan cili kisar dan biarkan hingga cili masak ,barulah di masukkan kesemua sos.
    • Masukkan daging/ayam cincang dan goreng sebentar hingga daging/ ayam masak ,barulah di masukkan ikan bilis.
    • Masukkan nasi impit dadu dan gaulkan biar rata.Tambahkan serbuk lada hitam.
    • Akhir sekali masukkan garam/gula atau perasa pilihan masing-masing.
    • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

    Sabtu, 17 Mac 2012

    BISKUT COKLAT RAMBO


    Salam bahagia buat semua...

    Buat kukis lagi!.Musim cuti sekolah,kukis  laris sekali di rumah ini.Dapat la display sekejap kat atas meja tu,lepas beberapa jam dah tinggal sikit.
    Biasanya saya buat beberapa jenis biskut dan di isi di dalam balang biskut seperti semasa sambutan hari raya.Kalau masa raya tu ,sebulan pun biskut masih ada lagi. Hari-hari biasa seperti ini mereka suka makan biskut homemade.

    BISKUT COKLAT RAMBO
    Sumber:Majalah Saji

    Bahan-bahan
    • 250 gm.mentega
    • 100 gm.gula aising
    • 80 gm.serbuk koko
    • 50 gm.tepung jagung
    • 200 gm tepung gandum

    Cara membuatnya
    • Ayak tepung gandum , tepung jagung  dan ketepikan .sementara itu panaskan oven.
    • Campurkan mentega,gula aising dan pukul hingga kembang.
    • kemudian masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum.
    • Gaul rata hingga adunan menjadi doh yang lembut dan sesua untuk di terap.
    • Selepas itu ,canai dan terap adunan  tadi mengikut citarasa.
    • Untuk hiasan,taburkan manik warna- warni di atasnya.
    • Bakar di dalam oven pada suhu 160'C sehingga masak.Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
    ** Berdasarkan pengalaman saya membuat biskut,biasanya resipi yang di berikan kadang-kadang tidak menepati  adunan yang kita inginkan.Kebanyakkan biskut yang saya buat telah di tambahkan tepung mengikut kesesuaian adunan samada untuk di terap atau di potong...seperti juga resipi ini.

    Jumaat, 16 Mac 2012

    JEMPUT-JEMPUT JAGUNG MANIS


    Salam bahagia buat semua....

    JEMPUT-JEMPUT JAGUNG MANIS
    Sumber:Majalah Keluarga Mac 2008


    Bahan-bahan
    • 2 cawan tepung gandum
    • 3/4 cawan gula
    • 4 tongkol jagung
    • 1 biji telur 
    • secubit garam 
    • sedikit air
    • minyak untuk menggoreng
    ** Boleh juga guna sweet corn kernel (jagung tin)




















        Cara membuatnya
        • Bancuh semua bahan dengan sedikit air dan gaul rata hingga sebati.panaskan minyak dan goreng bancuhan hingga kekuningan.
        • Angkat dan toskan minyak .Sedia untuk di hidangkan.

        TOFU OMELETTE

        Selamat petang buat semua...
        Tofu telur yang lembut dan gebu di buat pula jadi omelette,rasanya amat sedap sekali bila di makan dengan nasi.Malas nak masak yang berat-berat,hari ini saya buat resipi yang mudah sahaja.Rasanya macam telur dadar.

        TOFU OMELETTE

        Bahan-bahan
        • 1 batang tofu telur
        • 2 ulas bawang putih-cincang
        • 1 biji bawang besar-dadu
        • 2 biji telur-pukul sedikit
        • garam secukup rasa
        • sedikit serbuk lada hitam
        • 4 sdb.minyak masak
        **Saya telah menambahkan daun ketumbar dan daun bawang cincang serta cili  merah besar yang di hiris nipis di dalam omelette ini.

        Cara membuatnya
        • Hancurkan tofu telur,kemudian masukkan semua bawang putih,bawang besar,telur,serbuk lada hitam dan garam secukup rasa .
        • Panaskan minyak dalam non-stick pan .Tuangkan adunan tadi dan masaklah seperti telur dadar.
        • Apabila bahagian bawah telah kuning -perang,terbalikkan dan masakkan bahagian sebelah lagi hingga kuning perang juga.
        • Angkat dan hidangkan.