Sayur ini di masak untuk hidangan tengahari.Seperti biasa saya masak sayur yang mudah dan ringkas sahaja.Ia adalah campuran cendawan tiram dan udang serta isi tauhu.Jom kita tengok resepinya
SAYUR CENDAWAN DAN UDANG
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
150 gm cendawan tiram-siat kecil
1 pokok sayur pak choy
1 biji lada merah-potong bulat
10 ekor udang
5 ulas bawang putih-ketuk
1 labu bawang besar
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu besar sos tiram
1sudu kecil gula
1 keping tauhu-goreng dan hancur kasar isinya
air secukupnya-untuk kuah
minyak untuk menumis
Cara membuatnya
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.
- Masukkan air secukupnya dan tambahkan cendawan tiram,udang dan sos tiram ,gula serta kiub pati ikan bilis.
- Masak hingga mendidih sekejap.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.