Jumaat, 28 November 2014

POPIA TELUR HANCUR


 As-Salam buat semua...
Satu lagi resepi ringkas,snek ringan peneman waktu senggang di musim cuti sekolah ini buat kudapan untuk anak-anak.Walaupun kadang -kadang berasa penat selepas kembali dari bertugas di hospital,tapi time masak tu..ennn..joyyy saja.Dah hobi lah kan dan time penyakit malas tak datang.Kalau time malas tu,Azim nak makan nasi goreng pun malas nak buat...tidur saja memanjanggg..

POPIA TELUR HANCUR
Resepi:Chef Amer Hamzah .thanks

Bahan-bahan
20 keping kulit popia
4 batang jejari ketam-hiris panjang
1/2 biji bawang besar-cincang
1 tangkai cili merah-cincang
3 tangkai daun ketumbar-cincang    saya tambah
3 biji telur
1/3 sudu makan lada hitam
serbuk perasa secukupnya
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit bancuhan tepung gandum-sebagai pelekat
minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara memasak
  • Panaskan minyak,tumis bawang besar dan cili merah sehingga layu dan naik bau.Kacau rata.
  • Kemudian masukkan telur,hirisan daun ketumbar dan kacau hingga rata.
  • Seteruskan masukkan garam ,serbuk perasa(saya ganti dengan kiub pati ayam)dan serbuk lada hitam secukupnya.
  • Kacau sebati hingga telur berketul.
  • Setelah telur hancur masak,sejukkan seketika dan sudukan di atas sekeping kulit popia.
  • Kemudian letakkan hirisan jejari ketam di atasnya.
  • Gulung dengan kemas dan lekatkan hujung popia dengan bancuhan tepung gandum.
  • Akhir sekali,goreng popia dalam minyak terendam sehingga kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan.Sedia di hidangkan bersama sos kegemaran. 

Khamis, 27 November 2014

KEK OREN KEPINGAN BADAM


As-Salam buat semua....
Kek oren kepingan badam yang terhasil ini adalah kek mentega kosong yang berperisa oren.Ia gebu dan moist sahaja.Buat makan-makan waktu petang bersama secawan nescafe.Saya bakar dalam loaf pan kerana keknya pun kecil sahaja.

KEK OREN KEPINGAN BADAM
Resepi:Nurul Asyikin Boinan/Majalah Saji November 2014.thanks.

Bahan-bahan
160 gm tepung naik sendiri
130 gm mentega
100 gm gula castor   saya letak 90 gm
2 biji kuning telur
1 biji oren-parut kulit
1/2 sudu kecil esen oren
25 ml susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar jus oren

Bahan B
2 biji putih telur
25 gm gula kastor
1/2 sudu kecil krim tartar

 Bahan hiasan: sedikit kepingan badam 

Cara membuatnya
  • Panaskan ketuhar pada suhu 175'c .
  • Putar mentega dengan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan kuning telur dan putar lagi seketika.
  • Sebaik adunan sebati,masukkan susu pekat manis.
  • Kemudian masukkan parutan kulit oren dan esen oren,gaul hingga sebati.
  • Selepas itu,masukkan tepung naik sendiri dan jus oren,secara selang -seli lalu di pukul hingga adunan bergaul rata.
  • Di dalam bekas lain,satukan kesemua bahan B iaitu putih telur,gula kastor dan krim tartar.
  • Pukul hingga putih telur kembang dan gebu.
  • Kemudian satukan adunan putih telur dengan adunan tepung tadi.Gaul rata.
  • Alaskan loyang menggunakan kertas minyak.Tuangkan adunan kek ke dalam loyang.
  • Akhir sekali taburkan dengan kepingan badam cincang.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit hingga masak /bergantung pada ketuhar masing-masing.

Isnin, 24 November 2014

PAU KELAPA

As-Salam buat semua..
Selalunya saya buat Pau inti kacang merah,kali ini try buat Pau inti kelapa muda pula.Intinya boleh di buat dengan kelapa muda campur gula melaka atau pun di campur gula putih.Dua-dua pun sedap..jom lihat resepinya.

PAU INTI KELAPA.
Sumber:When a working mother cooks  thanks

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 paket mauripan(11 gm)
5 helai daun pandan
350 ml air suam
2 sudu besar marjerin/mentega
2 sudu teh gula
1 sudu teh pewarna hijau
daun pisang/kertas alas pau

Untuk inti kelapa
1 biji kelapa muda parut  
2-3 keping gula melaka 
gula pasir jika ingin lebih manis
1 sudu teh garam
1 mangkuk kecil air
2 helai daun pandan

Cara membuatnya
sediakan doh
  • Kisar daun pandan dengan air suam dan tapiskan.Satukan air suam dengan yis.Masukkan sedikit pewarna hijau supaya lebih terang.
  • Di dalam bekas penguli,satukan marjerin/mentega dan gula.Putar hingga hancur dan sebati.
  • Masukkan bancuhan yis dan tepung,baking powder secara berselang-seli dan uli selalu hingga menjadi doh yang kental.
  • Biarkan doh yang siap di uli supaya kembang.
  • Ketepikan untuk 15-20 minit.
* perlu di ingat,sukatan tepung adalah subjektif kerana ia mengikut mutu tepung.

Sediakan intinya
  • Hancurkan gula melaka dengan memasaknya bersama semangkuk kecil air dan daun pandan.
  • Tambahkan sedikit garam dan gula putih jika perlu.
  • Bila sudah hancur,masukan kelapa muda parut dan kacau sebati.
  • Masak hingga air gula melaka menyerap dan sedikit kering.Ketepikan.
  • Panaskan periuk kukusan hingga mendidih.
Ambil sedikit doh,leperkan di atas tapak tangan,letak inti di tengah-tengah doh dan bungkus inti berbentuk bulat.
Letakkan pau di atas daun pisang /kertas yang di potong 1inci x 1inci.
Kukus pau selama 7 minit.Jangan kukus terlalu lama kerana pau ini akan turun semua kerana oversteamed.

Ahad, 23 November 2014

CARROT SOUP

 As-Salam buat semua..
Entah apa corak saya lukis kat atas Sup karot ni.Lukisan mengambarkan perasaan.Agaknya kepala tengah celaru kut!tu yang corak terlahir macam tu..he..hee.Resepinya lupa pula ambil kat mana.Dah simpan lama sangat.tq.Rasa Sup karot ni lemak-lemak manis.Apapun nak share juga resepi kat sini,kut-kut ada yang tak nak makan nasi hari ini ...

CARROT SOUP
Olahan:daridapursuzana

2 batang karot-potong-potong
1/2 biji bawang holland/bawang besar-hiris
1 kiub pati ayam
2 sudu besar mentega
serbuk lada sulah
air secukupnya
fresh cream
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Rebus karot bersama air,kiub pati ayam dan bawang holland hingga karot empuk.
  • Bila dah empuk,kisar semua sekali dan masukkan semula ke dalam periuk dan masak semula.Guna api kecil.
  • Masukkan serbuk lada sulah,mentega,fresh cream dan sedikit garam.Gaul rata.
  • Tambah sedikit air jika sup terlalu pekat.Didihkan.
  • Hidangkan panas-panas dengan roti garlic,roti foccacia atau apa saja roti(saya makan dengan bun kosong ).
  • Juga enak di makan begitu sahaja.

Sabtu, 22 November 2014

KACANG PANJANG GORENG

As-Salam buat semua..
Kacang panjang ini di goreng untuk di lawankan dengan Daging mongolia.Makan sayur tak berkuah campur dengan nasi panas yang lembut-lembut sikit ,best kan!..Kebetulan ada beberapa ketul hati dan pedal ayam yang masih tak tau nak buat apa,jadi saya campur saja dalam sayur goreng ni..Let's try masak..

KACANG PANJANG GORENG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
kacang panjang-hiris nipis menyerong
1 labu bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-di ketuk
1 biji lada merah-hiris nipis
serbuk lada hitam
sos tiram
1/2 kiub pati ayam
2 ketul hati dan pedal ayam-hiris nipis
minyak canola

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak canola dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sampai naik baunya.
  • Masukkan hati dan pedal ayam bersama sedikit air.Masak hingga empuk.
  • Tambahkan kacang panjang,lada merah,serbuk pati ayam,serbuk lada hitam dan sos tiram, gaul rata. 
  • sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Jumaat, 21 November 2014

MONGOLIAN BEEF

Mongolian Beef
“Thin slices of flank steak, minced fresh garlic and ginger, dark brown sugar and soy sauce. Toss it all together and 30 minutes later you’ll be “chowing” down on a DIY  takeout, instead of waiting for the delivery guy.”-Kelley senyei.So what is Mongolian Beef ?. Its a chinese-american restaurant dish made up of sticky slices of beef which have been previously fried in oil to crisp them up, then served with a savoury sauce. You have to try it, ...best sangat!..
There are 3 parts to the Mongolian Beef recipe.First you fry the beef, then you make the sauce, then you cook your vegetables. Put everything aside and when you are ready you simply warm the three together and garnish....Pakcik Google
Banyak kali dah saya buat Mongolian beef yang menjadi kesukaan anak-anak.Selalunya  saya buat ikut bahan yang ada di dapur.Resepi di bawah telah di ubah-suai oleh saya,tambah situ-sini.. daun bawang tak ada,saya ganti dengan bawang besar dan tambah lada hijau.Best jugak..let's try masak..

MONGOLIAN BEEF
Olahan:daridapursuzana
Sumber:Mongolian kitchen.thanks

Bahan-bahan
daging batang pinang
1/2 sudu teh halia cincang
1 sudu besar bawang putih cincang
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan air     tak letak
2/3 cawan gula perang      letak 2 sudu besar
1/4 cawan tepung jagung
daun bawang
minyak sayur

saya tambah
2 sudu besar sos cili
serbuk cukup rasa Maggi
1/2 biji bawang besar
1 biji lada hijau dan lada merah
*bunga kubis,capsicum  optional

Cara membuatnya
  • Potong daging batang pinang nipis-nipis dan perapkan dengan kicap manis,gula perang dan tepung jagung.
  • Biarkan selama 30 minit.Goreng dengan minyak sayur.Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak sayur dengan api sederhana,masukan halia dan bawang putih cincang.
  • Tumis sampai naik baunya.
  • Masukkan daging tadi dan sos cili.Gaul rata.
  • Tambah bawang besar dan lada hijau/merah.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Selasa, 18 November 2014

TART TELUR

 As-Salam buat semua...
Semalam buat Tart telur pula,nak makan saja time hujan ni.Dah terover bake pula..garing dan rangup je..Gambar pula kena ambil outdoor,langit mendung saja,dalam rumah-cahaya lampu pun tak cukup..dah guna kamera cap ayam macam ni lah kan!.resepi dalam majalah Saji November,banyak resepi menarik untuk di cuba.Nanti.....lepas satu-satu,coming soon..waiting list tak habis-habis.


TART TELUR
Resepi:Zanzafaraini Abdullah/Majalah Saji November 2014.thanks

Bahan-bahan
150 gm mentega
90 gm gula
1 biji telur
250 gm tepung
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan inti
125 gm air
65 gm gula
3 biji telur
50 gm susu
pewarna kuning     saya tambah

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanila.Sebatikan.
  • Masukkan tepung dan gaul sebati.Bentukkan mengikut acuan tart.
  • Kemudian bakar pada suhu 180'c selama 15 minit.
  • Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati.Tapiskan.
  • Tuangkan ke dalam pastri dan bakar lagi selama 20 minit dengan suhu 180'c.
**masa membakar dan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

Isnin, 17 November 2014

POTATO FRITTERS


 As-Salam buat semua..
Jengg-jengg... Potato fritters baru muncul kat dapur saya-menu musim hujan!..Walaupun agak ketinggalan nak buat masa ia jadi viral dulu,sampai seru juga saya nak merasanya.Betul llaarrr.... semua orang cakap ia sedap! Hujan-hujan ni makan Potato fritters yang rangup ni,kejap dah habis...

POTATO FRITTERS
Resepi asal:Noraida Durani

Bahan-bahan
3 biji kentang -sagat halus

4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
 Daun bawang/daun sup
Serbuk Lada sulah

Garam dan sedikit gula
Minyak masak -utk menggoreng


Cara membuatnya

  • Satukan kentang yang telah di sagat dgn tepung jagung, tepung gandum,daun bawang,telur,serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula.Gaul sebati
  • Panaskan minyak masak.Sudukan dan goreng agak-agak leper.balik-balikkan dan tunggu sampai masak.
  • Angkat dan hidangkan.Sedap dimakan bersama sos pilihan.

Sabtu, 15 November 2014

CORNFLAKES RANGUP

 As-Salam buat semua...
Saya buat biskut homemade untuk kudapan anak-anak di hujung minggu.Kalau nak cuba buat biskut ni,adjust la mana patut ye ikut kesesuaian sendiri.Biasanya resepi biskut dalam majalah ni,ada yang kena,kadang tidak.Hari ini dah hampir semingu hujan masih lagi turun,pusat kaji cuaca dah letak amaran jingga,maknanya nak sampai ke amaran merah la tu,so kena jaga-jaga.Saya cuma jaga makan saja..he..hee, sebab tidak tinggal kawasan banjir.

CORNFLAKES RANGUP
Sumber:Majalah Saji 2008

Bahan-bahan
250 gm mentega
150 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur

Bahan B
250 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
50 gm serbuk badam
50 gm cornflakes

*salutan luar-cornflakes secukupnya

Cara membuatnya
  • Putar bahan A sehingga sebati kemudian masukkan bahan B.
  • Gaul rata adunan dan buat bebola kecil.
  • Golekkan ke dalam cornflakes(jangan hancurkan)dan susun dalam dulang pembakar.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 130'c sehingga masak.

Jumaat, 14 November 2014

PANDAN BUTTER CAKE

As-Salam buat semua..
Sudah beberapa hari hujan turun di Kubang Kerian ini ,dari pagi membawa ke malam dengan suasana alam yang agak muram dan malap.Tak ada kerja lain dah kalau hari-hari hujan macam ni,kerja nak makan saja.Time ni buat apapun semuanya laku.Kek untuk entri kali ini amat lembut dan gebu sahaja walaupun hanya kek mentega kosong.Selalunya kek macam ni,tak laku sebab bukan kek coklat tapi tiba-tiba saja ada peminatnya.Dan.. ia pun,sudah habisss...

PANDAN BUTTER CAKE 
Sumber:mori's kitchen thanks 

Bahan-bahan(sukatan untuk sebiji kek kecil)
175 gm butter
100 gm gula  kastor   saya guna 85 gm 
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh pewarna hijau
110 gm tepung naik sendiri
3 sudu makan susu segar
perisa pandan

Cara membuatnya
  • Griskan loyang 8"x4"(saya guna loyang  kecil bulat)dan lapikkan dengan baking paper.
  • Panaskan oven pada suhu 175 'c.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan telur sebiji,pukul sebati ,kemudian masukkan lagi telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  • Masukkan esen vanila dan pukul sebati. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar tadi.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu bahagian di masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.Gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang berselang-seli ,warna asal dan adunan hijau.Buat sehingga habis.
  • Akhir sekali bakar dalam oven dengan suhu 175'c selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Bila kek telah cukup masak,keluarkan dari oven,biar sebentar dalam 2 atau 3 minit.
  • Keluarkan dari loyang dan bolehlah di hidangkan.

Sabtu, 8 November 2014

NASI GORENG CINA

As-Salam buat semua..
Jom sarapan pagi dengan Nasi goreng cina yang ringkas ni.Tak perlu letak macam-macam bahan pun dah sedap dimakan.

NASI GORENG CINA  

Sumber:Wikibooks

 

Bahan-bahan 

nasi putih
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Lada sulah
Serbuk ayam
Ayam (tambahan sahaja)
Sayur campur
Minyak bijan
Minyak masak
Telur


 

Cara membuatnya

  • Masukkan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan panaskannya, lalu masukkan bawang putih dan bawang besar.
  • Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
  • Selepas itu masukkan nasi dan sayur campur dan kacau supaya telur yang dihancurkan sebati dengan nasi dan juga sayur campur. Anda juga boleh menambah daging ayam yang dipotong kecil.
  • Selepas itu masukkan lada sulah, lada hitam, dan serbuk ayam, lalu gaulkan sampai naik bau.
  • Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan dan siap dihidang.

Selasa, 4 November 2014

APAM BALIK

APAM BALIK

Sumber: Azie Kitchen  .Thanks

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Bahan tabur:
Kacang tanah yg telah di kisar
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega


Cara membuatnya
  • Blend telur dan gula hingga kembang.Masukkan baking powder, yis, minyak dan garam.Blend lagi dan masukkan air. Blend lagi. 
  • Masukkan tepung, blend lagi dan akhir sekali, masukkan pewarna.Blend sebati.Perap selama 1 hingga 2 jam. 
  • Dengan menggunakan kuali non stick,tak perlu letak minyak. Buat saiz kecil- kecil,letak inti banyak banyak.Bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan panas- panas bersama teh O.


Sabtu, 1 November 2014

MUFFIN COKLAT

As-Salam buat semua..
Jom buat muffin pula,sekejap saja sudah siap,tak perlu putar segala bagai,cuma kacau-kacau gitu saja dah boleh di bakar.Mudah kan..let's try baking..

MUFFIN COKLAT
Sumber:Damai Qalbu, rohaisha.blogspot.com  .thanks

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang   
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder double action   saya guna baking powder biasa
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cips

Cara membuatnya
  • Pukul bahan A dengan whisk sehingga bercampur dan gula hancur.Saya kacau sebati sahaja.
  • Gaul bahan B sehingga rata dan masukkan ke dalam bahan A dan gaul rata.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin da taburkan coklat cips di atasnya.
  • Bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.Dah siaaap....