Ahad, 26 April 2020

AYAM KUNG PAO

Assalam buat semua
3 Ramadan
#stayathome
#staysafe
Hari ini saya kongsikan satu lagi resepi ayam kesukaan anak-anak iaitu Ayam Kung Pao.
Ia berasal dari Sichuan,merupakan hidangan stir-fry berasaskan ayam dan kacang di gabungkan dengan sayuran dan sos.
Sesuai untuk hidangan berbuka atau bersahur
Tetapi dalam resepi ini saya tidak meletakkan sayuran.
Let's try buat.

AYAM KUNG PAO

Bahan perap
1 keping dada ayam-potong dadu
2 sudu besar kicap
1 sudu teh minyak bijan
tepung jagung
garam secukup rasa
serbuk lada hitam/lada putih

Bahan tumis
1/2 inci halia-cincang
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering-potong seinci dan rendam air

Bahan sos
2 sudu besar kicap
air bancuhan tepung jagung
1 sudu kecil gula perang

Cashewnuts/peanuts-saya guna ready pack
hirisan daun bawang/sup

Cara membuatnya

  • Goreng Cashewnut dengan minyak dan ketepikan.
  • Ayam di potong dadu,gaul dengan kicap manis,sedikit garam.serbuk lada hitam/lada putih dan tepung jagung.
  • Perapkan selama 30 minit.
  • Goreng ayam separuh masak dan ketepikan(jangan goreng ayam terlalu lama).
  • Keluarkan lebihan minyak,biarkan dalam anggaran 3 sudu minyak dalam kuali.
  • Tumis halia,bawang putih hingga naik bau.Masukkan cili kering.
  • Masukkan ayam,sayuran jika ada dan cashewnuts
  • Kacau rata dan masukkan bancuhan sos.Biarkan selama 1-2 minit lagi.
  • Angkat dan taburan hirisan daun bawang(saya guna daun sup)

Jumaat, 24 April 2020

UBI KAYU CRUNCHY

Assalam buat semua..
1 Ramadan.
Alhamdulillah kerana kita bertemu lagi dengan Ramadan tahun ini
Dengan PKP di lanjutkan tarikh lagi ni,memasak setiap hari la saya.
Kebiasaannya tahun sebelum ni kalau tak larat masak tu adakalanya saya tempah kat kedai atau beli Nasi bungkus sahaja.
Hari ini saya kongsikan satu resepi dari Ubi kayu yang telah di buat dalam beberapa hari lepas.
Makan time panas-panas,rangup sahaja.
Let's try buat.

UBI KAYU CRUNCHY

Bahan-bahan
ubi kayu-di parut
2 senduk tepung beras
1/2 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa parut
sedikit kunyit/pewarna kuning
garam secukup rasa
1 sudu besar gula
air secukupnya

Cara membuatnya

  • Gaul rata kesemua bahan.Tekstur adunan tidak terlalu cair.
  • Panaskan minyak dan ambil sesudu adunan dan goreng ubi kayu ini sehingga perang.
  • Angkat dan toskan.
  • Sesuai di makan dengan sos pilihan atau di makan begitu sahaja.

Isnin, 20 April 2020

SAMBAL UDANG MADU

Asslam buat semua..
Hari ini saya masuk bertugas jam 2100.
Pagi-pagi masuk dapur goreng mee,siapkan sebiji kek tempahan.
dan masak kuah Kari daging untuk dimakan dengan Roti jala yang telah ditempah.
Kemudian kemas dapur untuk masak makan tengahari pula.
saya buat Ayam goreng butter untuk anak-anak dan Sambal tumis udang madu.
Dah siap semua baru boleh rehat dan taip resepi.
baru lah boleh tidur supaya malam ini tidak mengantuk sangat.
Let's try buat.

SAMBAL TUMIS UDANG MADU

Bahan-bahan
1/2 kg.udang
1 senduk sederhana cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu teh jus limau nipis
daun limau purut
1 batang serai-ketuk
2 sudu besar madu
serbuk cukup rasa Maggi

Bahan kisar
1/2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 biji buah keras
1/2 cm belacan

hirisan daun sup

Cara mmembuatnya

  • Panaskan minyak dan goreng udang sebentar.Ketepikan.
  • Buangkan sedikit lebihan minyak menggoreng udang dan tumis bahan kisar hingga masak.
  • Masukkan kesemua bahan lain kacau rata.
  • Tambah sedikit air dan masak hingga mendidih dan masukkan udang.
  • Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
  • Bolehlah di angkat.
  • Taburkan sedikit hirisan daun sup

Sabtu, 18 April 2020

KEK MARBLE JELITA

Assalam buat semua..
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental.
Mental...kadang-kadang ada juga koyak sebab tertekan dengan persekitaran,
tapi tak apa,kejap jer ia pulih balik.
Bulan ni agak kerap saya memasak tak kira penat atau tidak saya mesti masak
dan juga buat kuih atau kek serta kudapan.
Hari ini saya kongsikan resepi Kek Marble Jelita yang tengah trending.
Resepi dari Azlina Ina.Thanks
Let's try baking

KEK MARBLE JELITA

Bahan-bahan
200 gm tepung naik sendiri
150 gm.butter-dicairkan
6 biji telur Gred A
150 gm.gula kastor
1 sudu besar ovalette
1/4 cawan susu segar
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar susu tepung/horlick
1 sudu teh esen vanila
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Putar kesemua bahan kecuali butter cair hingga kembang,gebu dan kelihatan putih.
  • Kaup balik butter cair suam ke dalam adunan.
  • Bahagikan kepada beberapa warna pilihan.
  • Lapik loyang 9x9 inci dengan baking paper dan panaskan oven.
  • Corakkan ikut kreativiti sendiri.
  • Bakar dalam oven(saya)pada suhu 150'c selama 40-45 minit.
  • Bila masak,sisip tepi kek dan terbalikkan atas redai petak-petak.
  • Sejukkan sebelum di potong.

Ahad, 12 April 2020

DALGONA COFFEE

Assalam buat semua..
PKP hari ke-26
Saya masih bertugas seperti biasa,hospital-rumah-hospital -rumah.
Ini lah saja kehidupan setakat ni.
Walaupun bosan sebab tidak dapat keluar berjalan-jalan seperti biasa tapi saya reda dengan semua ini
Stay at home itulah cara yang paling selamat.
Sentiasa cuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat.
dan jarakkan pergerakan kita  sejauh satu meter.
Cuma tiga sahaja.
Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang,dalam kesulitan ada juga kesenangan.

Ok..hari ini saya buat kopi viral ini.
Dalgona di katakan mula terkenal di Korea.
Nama Dalgona adalah sempena nama manisan Toffee Caramel kerana rasa kopi ini mirip manisan tersebut.
Dah 'penagih' kaffein tegar,jadi saya rasa harus mencubanya.
bukan sekali buat..ada dalam 4-5 kali.
Kena stop dulu,sebab selalu saja tak boleh tidur selepas minum kopi ini.
Jom lihat resepi mudah ini.

 DALGONA COFFEE

Bahan(untuk segelas)
2 sudu teh serbuk Nescafe Gold/biasa
2 sudu teh gula
2 sudu teh air panas

Full cream milk
ketulan ais

Cara membuatkan

  • Campurkan kesemua bahan dan kacau sampai gula larut.
  • Putar sampai berubah warna dan kelihatan berkrim.
  • Masukkan ketulan ais dan susu ke dalam gelas.
  • Letakkan krim kopi di atasnya.
  • Kacau sebati sebelum di minum.

Khamis, 9 April 2020

BUN INTI KELAPA

Assalam buuat semua..
PKP yang sedang di lalui ini membuatkan semua orang jadi bosan dan terutama sekali cepat saja jadi lapar.
Walaupun dah berbagai perkara di lakukan,rasa bosan di tambah dengan rasa lapar sentiasa hadir tak kira masa.
Semakin kerap saya masuk dapur dan cepat pula habis selepas di hidangkan.
Semalam saya buat roti bun untuk anak-anak,Inti kelapa muda.
Keluar saja dari oven,terus saja di makan ketika masih lagi suam-suam.
Let's try baking.
Resepi ini dari Chef Danial Hadi/FB

 BUN INTI KELAPA

Bahan doh asas

500 gm tepung roti/serbaguna
100 gm gula kastor
11 gm yis
8 gm.garam
4 gm bread improver
40 gm susu tepung
** Gaulkan serata semua bahan kering.
     ketepikan.

132 gm.telur
Masukkan ke dalam bahan kering dan sebatikan.

132 gm.air/susu
Masukkan air sedikit demi sedikit mengikut serapan tepung sambil menguli doh.

80 gm butter/shortening
Uli bersama doh hingga menjadi elastik(dalam proses menguli boleh masukkan tepung kalau doh lembik,boleh tambah air jika doh keras).


  • Rehatkan doh sekejap.
  • Bentukkan doh mengikut bentuk yang hendak di buat.
  • Untuk roti yang ada inti,boleh masukkan terus,manakala  untuk inti di luar seperti piza,roti sosej,bila dah kembang dan sedia untuk di bakar boleh di letakkan inti seperti sosej dan lain-lain.
  • Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda.
  • Proses toreh/ukir roti perlu di l;akukan selepas roti kembang sedikit atau selepas pembentukkan roti.
  • Bakar dengan suhu 200'c selama 10-15 minit sehingga masak.
Nota
  • Untuk elakkan roti kering,boleh letakkan air panas dalam cawan dan bakar sekali dengan roti
  • Wap air yang terhasil semasa membakar akan mengelakkan roti jadi kering