Ahad, 25 September 2011

SOFT BUTTER BUN

 BUAT ROTI LAGI 

Masa lepas raya ni,banyak stok makanan  yang tinggal lagi.Seperti tepung roti ,ia tidak digunakan langsung semasa bulan puasa.Jadi lepas raya ni teringin pula makan roti.Tengok inti tak ada dalam peti ais ,jadi saya buat roti kosong aje.Supaya nampak seksi dan mengiurkan serta 'yummy' saya taburkan serbuk badam,badam cincang,bijan yang masih ada dalam almari stok makanan.

Gambar:Adunan roti belum dibakar

Bahan -bahan doh
  • 330gm.tepung high protein
  • 50gm gula kastor
  • 2 sudu besar susu tepung
  • secubit garam
  • 1 biji telur gred C
  • 2 sudu besar yis segera mauripan
  • 140ml.air
  • 30gm.mentega

Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan diatas kecuali mentega hingga ia menjadi doh(lebih kurang 10 min).
  • kemudian uli sebentar di atas papan pencanai sambil ditabur tepung sekali-sekala(doh agak melekit) .
  • Bulatkan dan simpan didalam bekas dan biarkan selama 30min-1 jam.
  • Jika adunan telah naik berganda dari yang asal,tekan doh dengan hujung jari.Jika adunan tidak turun bermakna ia sedia untuk di bentukkan.
  • Keluarkan doh dan uli sebentar dalam 1 min.
  • Bahagikan doh sebanyak 60gm. setiap satu(saya agak je)dan bentukkan ikut suka.
  • Di dalam gambar ini saya gulungkan adunan jadi bulat seperti spiral.
  • Biarkan naik sekali lagi lebih kurang 1 jam.Bila dah naik renjiskan dengan air dan taburkan hiasan.
  • Bakar pada suhu 200'C selama 25min.
  • Roti yang telah masak sejukkan diluar saja .Saya menutupnya dengan sehelai tuala bersih.(supaya roti sentiasa lembut).

Sumber resipi hanamemorries.tq

KERABU PERUT

 
KERABU PERUT

Bahan-bahan
  • 250gm.perut lembu-direbus sehingga lembut
  • tomato,bawang merah,daun selom-dihiris
  • kerisik kelapa
  • garam,gula secukup rasa
  • air perahan limau nipis
  • lada merah-dihiris
  • sedikit serbuk lada hitam
Cara membuatnya

  • Campurkan dan gaul sebati semua bahan -bahan
  • Sedia untuk di hidangkan .


FRUIT CUSTARD PUFF

Semasa blog walking kat Mamafami fotopages ,saya terjumpa resipi ini.Bahasa melayunya Puff kastard buah-buahan.Nampak sedap sangat dan cara nak buat pun senang.Kebetulan ada puff pastry dalam peti Doraemon yang sudah di beli sejak 2 minggu lepas.Resipi di ambil dari blog CMG.Tq.Mamafami menulis resipi ini dalam bahasa Inggeris.Saya translate semula ke Bahasa Melayu.Entah betul ke tidak,tapi rasanya macam betul.Tak pe la,asalkan faham.




Bahan-bahan 
  • 10 keping puff pastri
  • Telur kuning- untuk glis. 
  • mangga,buah kiwi dan ceri secukupnya atau apa saja buah pilihan-saya guna buah koktel.

 Bahan kastard
  • 1 1/3 cawan susu segar
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh mentega
  • 1 sudu teh esen vanila


Utk.menyediakan casing pastri puff sila rujuk pada gambar dibawah-sumber Blog Mamafami.tq

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 190 C selama 25min.atau bergantung pada oven masing-masing.
Untuk menyediakan kastard.
  • Masukkan susu segar,tepung kastard dan gula kedalam periuk(saya guna non-stick pan).
  • Kacau guna whisker diatas api sederhana.
  • Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat(thickens).
  • Angkat dari api dan tambah mentega dan esen vanila.
  • Kacau hingga sebati dan sedia untuk digunakan.


cara menyusunnya
  • Letakkan adunan kastard secukupnya ditengah-tengah pastri puff yang telah siap dibakar.
  • Atur buah-buahan pilihan mengikut kreativiti.
  • Sedia untuk di makan.Sedapnya....

Sabtu, 24 September 2011

TOPPING DAN AISING

Sebenarnya kalau kita nak aisingkan kek,banyak sahaja aising yang boleh digunakan atau beli di pasaran.Contohya ada di pasaran topping cream yang di perbuat dari tenusu,cuma pukul sehingga kembang dan bolehlah kita sapu pada kek,tidak perlu di tambah gula kerana rasanya sudah manis.(gambar :krim putar)

Kita juga boleh mengguna whipping cream /krim putar tetapi perlu ditambah dengan gula aising kerana krim putar ini tawar  rasanya.Topping cream berbeza dengan whipping cream kerana topping cream memang dikhaskan  untuk mengaising kek tanpa di tambah gula tetapi whipping cream selalunya digunakan untuk membuat sos atau digunakan dalam pastri atau bersama dengan bahan lain  untuk di jadikan pencuci mulut.
 
Anda juga boleh membeli krimwell.Ia adalah sejenis aising yang serupa dengan lemak tumbuhan atau shortening.Krimwell sering di gunakan untuk mengaising kek cawan yang di kenali sebagai cupcake atau cuppies
Ia mudah digunakan dengan hanya memukul bersama gula aising .Kemanisan boleh di tambah atau di kurangkan  bergantung kesukaan masing-masing.Jika anda suka ia juga boleh di letakkan pewarna agar kek yang dihias bertambah berseri dan menyelerakan .

Resipi aising krimwell
  • 500gm krimwell
  • 250gm-300gm gula aising
campurkan semuanya dan pukul hingga gebu.

SUMBER:DARI DAPUR AZLI RAZALI.

JUS KAROT SUSU


Semasa bercadang untuk membuka blog ini saya tidak bercadang untuk membuat blog masakan 100  peratus tetapi memandangkan banyak resipi yang tersimpan ,jadi banyaklah juga yang nak dituliskan disini.Saya ada beberapa resipi  sendiri dan yang lain semuanya di cuba dari blog masakan yang lain.Saya akan cuba pula menulis pasal perkara-perkara lain jika ada masa.Internet pun dah ok sekarang sebab hari ini dah beli modem baru.Modem yang lama rupa-rupanya severe head injury ?cause.Walaupun duit dah terbang tapi puas hati sudah.Eh..lamanya membebel sorang-sorang.Jom kita minum air karot susu yang sejuk ni.                                                                                   


JUS KAROT SUSU
Sumber:Tiffinbiru.blogspot


Bahan-bahan
  • 2 batang karot saiz besar-dikerat-kerat
  • 1 cawan air
  • 600ml susu rendah lemak
  • air gula dan ais secukupnya





Cara membuatnya.
  • Kisar halus karot dengan 1 cawan air.
  • Tapis dan perah,ambil airnya dan masukkan dalam jag.
  • Tambahkan susu dan air gula secukupnya dan rasa.
  • Seeloknya biarlah manis buah sahaja.Tambahkan ais dan biarkan sejuk sekejap.Jom minum!.

Jumaat, 23 September 2011

BISKUT ALMOND LONDON

Satu-satunya biskut raya yang saya sempat buat adalah biskut Almond London.Saiznya agak besar sedikit dari yang dijual.Tiap kali membuatnya tak boleh nak adjust biar bagi kecil sedikit.Bila masak ,saiznya jadi lebih besar lagi,nampak gemuk-gemuk pula.Resipi biskut ini diberi oleh Sr.Roseliza Jusoh.Jaa..jika anda membaca blog ini ,kak su minta izin untuk di tempek resipinya di blog ini sebagai rujukan pada masa akan datang.Tq
 
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 250gm. mentega
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 1/2 cawan gula 
  • coklat masakan secukupnya
  • almond nibs-utk hiasan
  •  badam biji secukupnya

 Cara membuatnya
  • Biji badam dan badam nibs(badam cincang)di panggang/di goreng hingga masak.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang,masukkan telur dan esen vanila
  • Gaulkan dengan tepung gandum,tepung jagung dan serbuk badam hingga adunan sebati dan lembut.
  • Salut buah badam dan bakar hingga biskut masak dan sejukkan.
  • Cairkan coklat masakan secara double boil,celup biskut  dalam coklat dan taburkan almond nibs.

Khamis, 22 September 2011

KEK COKLAT KUKUS


Gambar-gambar makanan yang di ambil untuk di muatkan di blog ini di ambil di tempat yang sama. Sebab tu la semua gambar ada daun pokok buluh di tepi koridor rumah.Tempat tu la yang paling terang sekali pencahayaannya.Maklumlah kamera kita kena outdoor,kalau indoor tu nampak suram je.Macam CMG  kata,kamera cap ayam je.
Mari kita tengok resipi kek coklat kukus ni.Kek yang sangat moist dan sungguh sedap sekali.Kalau buat saiz 1/2 kg.ni semasa hari Jumaat/Sabtu,waktu pagi ada,bila petang dah hilang!!.cepatnya habis...


Kek Coklat Kukus by Zaima.Tq kerana sudi berkongsi resipi.

Bahan -bahan
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu cair
  • 1cawanminyakmasak(guna mentega -cairkan )
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 11/4 cawan tepung gandum(guna tepung kek)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanila

    Cara membuatnya
    • Campurkan gula,susu cair,susu pekat dan minyak/mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut.
    • Angkat dari dapur dan masukkan serbuk koko(saya biasanya tak masak koko utk.elak jadi pahit).
    • Ketepikan dan biarkan sejuk.
    • Tepung,baking powder dan soda dicampur dan diayak.Ketepikan .
    • Telur dipukul hingga kembang(anggaran 10min. pada high speed mixer)-jangan lupa masukkan ovalette dan esen vanila.
    • Campuran koko tadi digaul sebati dengan telur menggunakan whisker.
    • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan  whisker sahaja.
    • Biar semuanya bergaul sebati.Tuangkan ke dalam acuan 3/4 penuh sahaja,kerana adunan akan naik.
    • Kukus selama 45min.sahaja atau sehingga masak dengan api yang sederhana.
    • sejukkan kek terlebih dahulu didalam bekas sebelum di keluarkan 

    Saya menggunakan topping kek coklat moist. Resipinya ada dalam catatan yang lepas.

    Lapisan tengahnya diletak aising buttercream dan dilapisi buahan koktel.
    Resipi sebenar kek ini dicurahkan topping di atasnya sahaja dan tidak dilapisi apa-apa pun di tengahnya.

    Atas permukaan kek di letak coklat putih dan dark coklat yang di parut .                     

    2 SYAWAL

    Saya dan keluarga menghadiri jemputan rumah terbuka yang berderet-deret bermula pada hari raya kedua.Ada enam jemputan yang tak boleh tidak ,semuanya kena pergi.Alahai macam mana nak makan macam -macam ni.Strateginya setiap buah rumah kena makan sikit aje.Sempat pesan lagi pada anak -anak kena makan juga sedikit  apabila sampai ke rumah orang, nanti tuan rumah kecil hati.Walaupun dah kenyang kena makan juga walaupun sekeping biskut.
    Gambar-gambar yang sempat dirakamkan disini ialah semasa menghadiri jemputan rumah terbuka  Cikgu Intan Rafidah dan Cikgu Alfian iaitu anak sepupu saya .Hari raya pertama Cikgu Rafidah dah datang rumah ,jadi tiba giliran kami pula pergi beraya kerumahnya.
    Budak lelaki yang pakai baju merah dan gebu itu adalah anak Cikgu Rafidah yang tersangat kiutnya.

    Budak berdua ni dah tersadai tepi koridor rumah kekenyangan agaknya.Banyak makanan yang dihidangkan ,antaranya soto,spagetti ,koktel buah dalam kuah susu cair yang menyejukkan tekak .Ada juga kek coklat dan berbagai jenis biskut raya yang sedap -sedap.




    my bodyguard juga tersadai di atas sofa kekenyangan. Dah tak larat nak bangun,sedang tunggu masa nak tidur la tu.Budak -budak pula sibuk dok main playstation 3.

      

    Si Azim punyalah teruja dan kelaparan sampai tak tau nak makan apa.Tu dia sedang buat pilihan bijak nak makan apa.


     Azim ...tu bunga bukannya makanan!.Kalau ye pun Azim lapar takkan tak kenal antara bunga dan makanan.
     





    Akhirnya dia ambil spagheti,mungkin dia ingat mee bandung yang selalu dia makan.he..he budak pemilih makanan ni,kalaulah dia tau itu spagheti takkan dia nak makan.


    Azim sedang menambah mangkuk kedua.Selera nampaknya,sampai tak sedar jurugambar bebas sedang ambil gambar.





    Azim sedang makan dengan kakak.Nampak muka macam dah kekenyangan.Dah boleh posing tu.Baru perasan ada jurugambar tengah sibuk merakam gambar dia sedang makan .

    Hari itu kami pergi rumah keenam pada waktu malam.Mujur menunya adalah nasi dagang dan barbeku ayam.Kenyangnyaaaaaa....

    KERABU SUHUN


     KERABU SUHUN

    Kerabu suhun ini dibuat untuk berbuka puasa pada bulan puasa yang lepas.Rasanya sangat sedap tak payah makan nasi pun dah terasa kenyang kerana didalamnya mengandungi banyak lauk dan sayuran .Kalau tak caya cubalah sendiri.

    Bahan -bahan
    • suhun-di celur dalam air panas dan toskan
    • udang,sotong-dicelur
    • kacang panjang,tomato dihiris nipis
    • daun salad-potong
    • sos ikan/garam ,gula secukup rasa
    • air perahan limau nipis
    • bawang merah -dihiris halus
    • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
    Cara membuatnya
    • Didalam mangkuk campurkan semua bahan -bahan yang telah disediakan dan gaulkan  sehingga sebati.

    PUDING BERKUAH KOKTEL

    Puding Berkuah Koktel ini sedap dimakan sejuk-sejuk.Saya membuatnya untuk di makan pada hari raya yang lepas.Baru sekarang dapat memuatkannya disini untuk dikongsi bersama.Resipinya lupa pulak ambil kat mana.Apapun saya berterimakasih kepada penyumbang resipi ini kerana pudingnya sangat sedap sekali.

    Bahan-bahan 
    • 1 paket agar-agar
    • 5 -6 cawan air
    • 1cawan tepung kastard-di bancuh dgn.air
    • 4 sudu besar gula.
    Masak agar-agar hingga larut.Tambahkan 4 sudu besar gula.Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati dan sejukkan .

    Bahan kuah puding
    • 1 tin susu cair
    • 2 biji telur
    • 1 sudu teh esen vanila
    • 1 cawan kismis 
    • 1 tin buah koktel/laici/peach
    • 2 sudu besar tepung kastard.
    • gula dan garam (ikut rasa masing-masing)
    Cara membuatnya
    • Masak susu cair dan tambahkan air kedalam periuk sebanyak 1000ml(sukatan air ikut suka masing-masing).
    • Masukkan gula dan garam.
    • Masukkan koktel pilihan dan kismis.
    • Campurkan kastard dan telur yang telah dipukul terlebih dahulu dan esen vanila.Kacau hingga mendidih dan sejukkan.