Jumaat, 11 Januari 2013

DAGING GORENG KUNYIT

 Salam bahagia buat semua...
Daging goreng kunyit selalu sahaja saya buat kalau malas nak rujuk mana-mana resepi.Cara short cut supaya cepat dan mudah di sediakan.Sedap di makan dengan nasi putih dan sambal belacan serta sayur goreng.
Daging goreng kunyit ini di campur dengan sedikit hirisan jantung.Sedikit gula di tambah untuk melembutkan daging.Lagipun saya orang Kelantan,asal masak apa-apa pun mesti nak tambah gula!kalau tak masukkan gula tak sah jadinya!..he..he

DAGING GORENG KUNYIT
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 250 gm.daging lembu
  • 100 gm.jantung lembu
  • 1 ulas bawang besar-potong bulat
  • 1 biji lada hijau besar-potong serong
  • 1 biji lada merah besar-potong serong
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Daging dan jantung lembu di potong nipis.Siramkan dengan air dan toskan.
  • Masukkan ke dalam bekas,gaul bersama dengan serbuk kunyit,serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa.Perapkan sekejap(15 minit).
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng daging dengan api yang sederhana.
  • Bila daging hampir masak,tambahkan bawang besar, lada merah dan lada hijau.Kacau biar rata.Goreng sebentar lagi.
  • Setelah daging masak,bolahlah di hidangkan.

Rabu, 9 Januari 2013

AMERICAN CHOCOLATE CAKE

Salam bahagia buat semua...

Saya bermuhasabah diri hari ini dan kesimpulannya kita perlu berdamping dengan orang yang positif barulah kita akan jadi lebih positif.Dan lebih baik lagi,jadilah diri sendiri..
Hari ini nak tayang kek pula.Dah lama tak buat kek.Kalau lama -lama tak buat biasanya cepat saja habisnya.Sudah semestinya pilihan pertama adalah kek coklat yang saya jumpa resepinya semasa blog walking.Saya menggunakan krim putar dan topping coklat dan di taburi dengan milo nugget di atasnya.
AMERICAN CHOCOLATE CAKE
Sumber:jom makan.blogspot

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula kastor  saya guna 3/4 cawan
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh baking soda
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sudu ten esen vanila
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk nescafe campur dengan 1 cawan air panas.
Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan baking soda bersama.Ketepikan.
  • Panaskan oven dengan suhu 170'C.
  • Pukul  telur,susu dan minyak jagung sebentar,lebih kurang 1/2 minit.Masukkan bahan yang di ayak,susu dan air nescafe.Kacau dengan senduk kayu.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan tadi selama 45 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  • Bila telah masak,sejukkan dahulu sebelum di letakkan topping.
 topping coklat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar susu segar/susu cair
Cara membuatnya 
Masak semua bahan di atas api perlahan hingga sebati dan kelihatan berkilat dan sedikit pekat.
Sejukkan sebentar  ,barulah di curahkan ke atas kek

Kek saya buat di atas..
Terlebih dahulu saya  menyapu krim putar pada kek dan sejukkan di dalam peti ais.Kemudian di curahkan dengan topping coklat barulah di taburkan milo nugget yang di cincang kasar ke atasnya.


Isnin, 7 Januari 2013

SUP CAMPUR CENDAWAN DAN TOFU

Salam bahagia buat semua...
Saya masak sup lagi.Kali ini menggunakan kombinasi bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk.Sentiasa saja masak sup dan makan sup tapi badan tak juga ramping-ramping!.
Sekarang ni tengok sup rasa macam bosan ,tapi kalau lama tak makan jadi rindu pula!.Ada ke patut rindu kat sup!..

SUP CAMPUR CENDAWAN,TOFU DAN UDANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 5 ekor udang
  • 5 biji cendawan butang-potong nipis
  • 1 batang tofu telur-potong bulat dan goreng
  • 1/2 cawan taugeh
  • 1/2 biji bawang besar-hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar rempah sup Adabi
  •  1 biji lada besar hijau-potong bulat
  • 1 biji lada besar merah-potong bulat 
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sos ikan secukup rasa
Cara membuatnya
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Tambahkan air secukupnya untuk kuah sup dan masukkan rempah sup dan kiub pati ayam.
  • Masukkan cendawan butang dan biarkan hingga mendidih.Akhir sekali masukkan lada merah dan hijau,udang serta tofu telur dan taugeh.
  • Tambahkan sos ikan secukup rasa dan serbuk lada hitam.Biarkan sebentar,padamkan api dan sedia untuk di hidangkan. 
Bye..bye sampai jumpa lagi!!terimakasih kerana singgah di sini.

Ahad, 6 Januari 2013

ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU

As-Salam buat semua...
Cuaca hari ini telah kembali pulih di Kelantan.Panas terik sahaja membuatkan badan pun terasa penatnya apabila pulang dari bertugas pada sebelah pagi.Selepas berehat sebentar pada sebelah petang saya masuk dapur menggoreng roti sosej yang saya buat semasa cuti semalam.Buat banyak-bayak dan simpan kat freezer.Kalau nak buat lepas balik kerja alamatnya tak terbuat la sebab keletihan.Yang ni cuma tinggal goreng sahaja.Saya tidak menyalutnya dengan serbuk roti sebab ia menyerap banyak minyak.Tak begitu sesuai untuk anak-anak saya.

ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 8 keping roti sandwich
  • 8 keping keju
  • 8 batang sosej ayam/daging
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • sedikit tepung gandum di campur air sebagai pelekat
Cara membuatnya
  • Celur sosej sekejap di dalam air mendidih dan toskan.
  • Ambil sekeping roti dan gelek nipis.Letak sekeping keju dan sebatang sosej kemudian gulung kemas-kemas.Hujung roti di sapu gam tepung gandum.
  • Buatlah sehingga habis.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga roti bertukar perang.Gunakan api sederhana dan minyak tidak boleh panas sangat supaya roti tidak hangus.
  • Angkat dan toskan minyaknya.Boleh di makan dengan pencicah pilihan.
*Anak-anak saya suka makan dengan sos cili yang di campur mayonis.

Sabtu, 5 Januari 2013

TERUNG GORENG TELUR BERKICAP

Salam bahagia buat semua..
Terung yang di goreng dengan telur ini rasanya amat sesuai sekali bila di makan bersama kicap dan di taburi
dengan hirisan bawang dan cili merah.Resepi yang mudah sahaja sesuai lah dengan saya yang tak berapa rajin memasak hari ini!.Tekstur terung yang lembut di dalam dan garing di luar kerana di selaputi oleh telur amat sesuai untuk di buat hidangan makan tengahari bersama nasi putih dan lauk pauk lain.Jom tengok resepinya...

TERUNG GORENG TELUR BERKICAP
Sumber:Journey to simplicity.

Bahan-bahan
  • 1 biji terung panjang saiz besar
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 5-10 biji cili padi-hiris   saya guna cili besar merah dan hijau
  • 1 biji telur
  • kicap lemak manis
  • secubit garam
Cara membuatnya
  • Buang kulit terung berselang-seli atau pilihan masing-masing.
  • Potong terung 3 atau 4 bahagian sebelum di belah 6.
  • Celup terung ke dalam telur dan goreng hingga terung masak.
  • Dalam pinggan,satukan terung,bawang dan cili kemudian tuangkan kicap dan gaul rata.Hidangkan.

BUTIR NANGKA

Salam bahagia buat semua..

Hari ini saya bercuti sehari menghabiskan baki cuti tahun lepas yang tak habis-habis lagi.Di tambah lagi dengan cuti dalam tahun ni, makin bertambah banyak lagilah!.nanti bila sampai hujung tahun tak habis lagi.Petang semalam masuk dapur buka kelas buat butir nangka.Jumpa pula  beberapa ulas buah nangka yang dah lama duk dalam peti ais.Bila letak dalam kuah ..dah hilang warna kuningnya..hee..hee.

BUTIR NANGKA 

Sumber:yana@my resepi

Bahan-bahan


  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan 
Bahan untuk kuah
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba
  • garam
  • daun pandan 
  • hirisan nangka   saya tambah
  • hirisan halia -racik halus   saya tambah
Cara membuatnya
  • Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna.Kacau.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  • Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan.Tambah air ikut keperluan.
  • Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel.bila masak ia akan timbul.
  • Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
Untuk kuahnya 
  • Masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.Tambahkan gula dan garam semanis dan secukup rasa.
  • Bila dah siap bolehlah dicampurkan butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya.Sedia untuk dihidang.
  • Lebihkan santan kalau nak kuah banyak.Begitu juga dengan halba.Boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Jumaat, 4 Januari 2013

SOLOK LADA

Salam bahagia buat semua...
Saya cuba membuat Solok lada setelah' terbeli' lada hjau yang besar-besar semasa membeli-belah kat pasaraya pada minggu lepas.Sebelum ni kalau nak makan solok lada selalu sahaja di beli tetapi ia tidak memenuhi citarasa saya.Biasalah tu saikologi...,kalau buat sendiri lagi best!.Kalau di Kelantan,Solok lada biasanya di makan bersama Nasi kerabu.Tetapi ia juga boleh di makan dengan nasi biasa bersama lauk pauk lain.
Solok lada atau juga dikenali sebagai Lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu yang popular di negeri Kelantan.Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan.
Ia tiada sukatan tertentu,resepi di bawah sebagai panduan sahaja.Masakan yang sedap adalah resepi yang di olah kita mengikut citarasa sendiri.
 
SOLOK LADA
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 10 biji lada hijau besar
  • 6 ekor ikan selayang/ikan kembung- rebus ambil isinya
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • daun ubi kayu secukupnya-untuk alas dasar periuk.
Cara membuatnya
  • Belah tengah lada hijau dan buang bijinya.Rendam dalam air supaya belahan menjadi lebih terbuka.
  • Tumbuk lada hitam,bawang merah dan isi ikan,gula serta kelapa parut bersama hingga lumat.Jika tidak muat bolehlah di tumbuk kelapa parut berasingan dan di gaulkan bersama di dalam mangkuk.
  • Sesuaikan rasa inti solok,tambahkan garam secukup rasa dan tambahkan 2 sudu besar santan pekat dan gaul sebati.
  • Toskan lada yang di belah tadi.
  • Sumbatkan inti yang telah siap ke dalam lada dan buatlah sehingga habis.
  • Alaskan periuk dengan daun ubi kayu untuk mengelakkan dari solok lada menjadi hangus di dasarnya.
  • Masukkan solok lada yang telah siap di sumbat dan tambah santan ke dalam periuk.Gunakan api perlahan dan masaklah solok lada sehingga intinya masak.

Rabu, 2 Januari 2013

APPLE CRUMBLE


Salam bahagia buat semua...
Kebiasaanya saya membuat Apple crumble dalam bekas kaca besar tahan panas tapi kali ini saya cuba letakkannya pula di dalam acuan kertas empat segi kecil supaya senang di makan.Ambil satu dalam peti ais,letak satu sudu ais krim dan nikmatinya sambil membaca buku!.

APPLE CRUMBLE
Sumber:Hanamemorries.blogspot

Bahan-bahan untuk crumble
  • 150 gm.tepung gandum
  • 50 gm.gula
  • 110 gm .mentega sejuk dari peti ais
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar nestum  saya tambah
Untuk inti
  • 3 biji epal-kupas dan potong dadu
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar almond nib   saya tambah
  • 2 sudu besar kismis           saya tambah
Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan crumble,gaulkan perlahan-lahan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain,satukan semua bahan inti dan gaul sebati.Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas atau bekas kecil pilihan.tutupkan inti dengan menaburkan crumble tadi.Bakar pada suhu 180'C selama lebih kurang 30-40 minit atau sehingga bahagian atas crumble berwarna keperangan.
  • Hidangkan dengan ais krim atau sos kastard jika suka.Kalau suka makan sejuk,masukkan ke dalam  peti ais terlebih dahulu.

Selasa, 1 Januari 2013

IKAN MASIN TELUR HANCUR

Salam bahagia buat semua....
Hujan masih  turun di Kota Bharu sudah dua hari dan belum reda- reda lagi.Hari pertama sekolah kasut anak-anak dah basah.Hujan-hujan begini kalau makan nasi berlaukkan Ikan masin goreng tentu berselera sekali.Resepinya mudah dan ringkas sekali.

IKAN MASIN TELUR HANCUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan masin
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai daun parsli-potong halus
  • 3 biji cili padi-potong kecil 
  • 1/2 labu bawang besar-dadu
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan goreng Ikan masin sehingga masak.Angkat dan buang tulang ikan.Ambil isinya sahaja.
  • Pukul telur sekejap dan gaul sebati dengan isi ikan,daun parsli ,bawang besar dadu dan cili padi.
  • Panaskan sedikit minyak,masukkan kesemuanya  ke dalam kuali dan kacaukan sentiasa supaya telur menjadi hancur.
  • Bila telur nampak sedikit garing ,bolehlah di angkat dan di hidangkan.

MUFFIN NANGKA


Salam bahagia buat semua...
Entri saya yang pertama pada 1 Januari 2013.Selamat tahun baru diucapkan kepada semua kawan-kawan di alam nyata dan kawan-kawan di dapur maya ini.Saya tiada azam...,cuma ada pendirian hidup saya sendiri.Semoga semuanya akan menjadi lebih baik lagi dan apa yang akan di usahakan dalam tahun ini beroleh kebahagiaan.Amin.
Selesai sudah ucapan tahun baru.Kita tulis resepi Muffin nangka pula..

MUFFIN NANGKA
Sumber :Zqah.com.tq

Bahan-bahan
  • 100 gm.mentega
  • 2 biji telur A
  • 70 gm.gula halus
  • 175 gm.tepung gandum
  • 10 gm .baking powder
  • 80 ml.susu segar
  • 100 gm.nangka masak-dadu
  • 1/4 sudu teh esen nangka-pilihan
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'C.Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  • Putar mentega dan gula hingga kembang(nampak putih),masukkan telur dan terus memutar hingga berkrim.Perlahankan kelajuan pemutar dan masukkan tepung berselang -seli dengan susu segar.Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan esen nangka dan nangka yang di dadu tadi.Gaul rata dengan spatula.Isikan 3/4 penuh dalam muffin cup yang di sediakan.
  • Bakar selama 25 minit hingga warna keemasan atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan di atas jaringan sebelum di hidangkan.